Iman Tak Dapat Diwarisi

Tatkala aku menulis posting ini, aku teringat satu kisah yang dinukilkan di dalam kitab alquran, tentang Nabi Allah, Nuh Alaihissalam.

Mempunyai isteri yang ingkar akan suruhan Tuhan, tidak mahu mengikut seruan walau drp suami sendiri, akhirnya tenggelam dalam badai besar yang menelan seluruh kampung.

Sedang Nabi Nuh a.s bersedih di atas bahteranya, dia dipujuk dengan janji2 Allah swt yang tak termungkir.

Hidayah itu milik Allah swt. Dia akan berikan kepada sesiapa yang dikendakinya.

Sedang aku bersedih dengan kelakuan diriku dan ahli2 keluargaku yang lain, kisah ini sedikit sebanyak memujuk aku. Hatiku nan rawan telah kembali pulih.

Tahu lah aku, bahwa tiadalah kudratku untuk mengubah masyarakat sekelilingku yang penuh terpalit candu dunia, meski ia adalah drp keluargaku terdekat.

Lalu aku akan menjauh. Mencari di mana tempatnya aku boleh merasa dekat dengan Tuhan, iaitu di kalangan orang2 beriman.

Suatu hari nanti akan aku tinggalkan semua ini dengan redha hati, dgn berpegang pada janji Allah swt, bahawa Dia akan sentiasa menjaga hambaNya yang beriman, dan hambaNya yang ingkar, tiada yang dapat menyelamatkan mereka daripada kemurkaan Allah swt.

Wallahualam.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: