[Kehidupan] Benarkah redha Allah bergantung pada redha makhluk-Nya?


white and brown mosque beside body of water near rocky mountain
Photo by Felix Mittermeier on Pexels.com

Assalamualaikum warahmatullah,

Saya percaya, kita tentu pernah mendengar perihal ‘redha suami’. Ðalam entry Hak isteri melawat ibu bapa tanpa izin suami yang lepas juga, Laman-Seri ada memetik hadis Rasulullah SAW daripada Abdullah ban Amru r.a. yang bermaksud,

“Keredhaan Allah daripada keredhaan ibu bapa dan kemurkaan Allah daripada kemurkaan ibu bapa.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)’

Tidak dinafikan, ramai yang keliru dan tidak jelas berkenaan ‘redha suami’ dan ‘redha ibu bapa’ ini.


Benarkah redha Allah bergantung pada redha makhluk-Nya?

Ðalam entry kali ini pula, kita akan melihat, sejauh manakah kefahaman kita terhadap hadis ini. Saya cuma akan fokus kepada ‘redha suami’ kerana ‘redha ibu bapa’ akan dikupas dalam entry yang lain pula, insya Allah.

Beberapa bulan yang lepas, saya telah kemukakan persoalan ini kepada Suzana Ghazali, Perunding Psikologi Keluarga & Guaman Syarie.

Antara isi kandungan yang dikemukakan kepada Suzana melalui fB beliau ialah : Saya selalu juga membaca berkenaan ‘redha suami’ ini, maknanya kalau suami tak redha, isteri tak boleh masuk syurga, kalau tak silap dari hadis yang berbunyi lebih kurang begini :

“Apabila seseorang isteri meninggal dunia dan suaminya redha kepadanya, maka ia akan masuk syurga.” (Hadis Riwayat Tirmidzi dan Ibn Majah)

Ðalam hadis yang lain pula menyebut, “Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya.” (tidak diketahui riwayatnya)


Islam telah menggariskan peranan suami dan isteri

Saya fikir ramai sedia maklum, Islam telah menggariskan peranan suami dan isteri dengan jelas di mana suami mestilah bersedia untuk mentadbir rumahtangga dan isteri pula mestilah bersedia untuk mentaati perintah suami.

Syurga isteri adalah apabila taatkan suaminya. Taat di sini bererti patuh kepada perintah dan kehendak suami kecuali apabila suami menyuruh melakukan dosa. Ia menduduki tempat kedua selepas taat kepada Allah dan Rasul.

Ketaatan isteri berkait rapat dengan keperibadian suami di mana kuasa suami bukan terletak pada kekuatan fizikalnya tetapi terletak pada iman, ilmu dan kesabarannya. Ðengan demikian barulah kepimpinannya menjadi lebih mantap dan dihormati isteri.


Kunci kerukunan rumahtangga..

Kunci kerukunan rumahtangga adalah persefahaman antara suami isteri. Islam telah menyarankan bahawa dalam mencari isteri idaman hendaklah dari kalangan wanita yang mempunyai empat ciri seperti berketurunan baik, elok paras rupanya, berharta, dan kuat pegangan agamanya.

Namun yang perlu diutamakan adalah yang solehah (beriman) agar mudah untuk dididik dan beberapa masalah rumahtangga dapat dielakkan seperti isteri nusyuz dan sebagainya.


Hak-hak wanita, perempuan kena tahu…

Walau bagaimanapun, setiap wanita Islam hendaklah menyedari tentang hak-haknya yang telah digariskan oleh syarak agar tidak berlaku kekeliruan dalam mentaati suami sehingga menjadi mangsa penderaan oleh suami yang tidak bertanggungjwab.

Oleh itu seorang isteri yang solehah adalah yang mencakupi erti kata wanita yang berilmu dan beriman. Ðengan demikian rumahtangga akan sentiasa aman dan bahagia.


Situasi yang bagaimana perlunya redha suami ini?

Seringkali saya juga tertanya-tanya, situasi yang bagaimana perlunya redha suami ini? Suami yang bagaimana akhlaknya yang ‘valid’ redhanya?

Sebagai contoh : Isteri mithali (bertanggungjawab, tak pernah bangkang dan sebagainya) vs suami yang lalai dalam tanggungjawab, tetapi dalam situasi apabila isteri meninggal dunia, suami berkata dia tak redha terhadap isterinya, apakah status isteri di sisi Allah SWT?


Perasan bagus…

Bukan sedikit lelaki berstatus suami yang ‘perasan bagus’ apabila mereka mendengar hadis berkenaan ‘redha suami’ mereka merasakan seolah-olah syurga atau neraka isteri terletak di tangan mereka.

Ada juga yang tegar mengugut isteri dengan menyatakan, “Isteri wajib taat kepada suami, kalau suami tak redha tak cium syurga.”

Ðari pembacaan, Ðr Juanda pernah menulis,

“Ðemi syurga yang berada di telapak kaki suami, padahal tiada satu pun dalil sahih yang sepadan dengan dakwaan mereka.”

Melalui statement ini, jika mengikut fahaman akal saya yang dangkal ini, suami bukanlah penentu syurga atau neraka seorang isteri. Penentu syurga atau neraka di dunia, mungkin iya (pilihan sendiri jika masih mahu menempuh neraka dunia), tetapi tidak di akhirat, kerana hanya Allah SWT sahaja yang tahu kedudukan hamba-hamba-Nya.


Tidak layak mengatakan dirinya mampu memberi syafaat..

Apa-apapun, secara peribadi saya merasakan, jika seseorang itu tidak adil dan fasik iaitu seseorang yang melakukan dosa-dosa besar dan berterusan melakukan dosa-dosa kecil dan perbuatan yang mungkar, tidak layak mengatakan dirinya mampu memberi syafaat kepada sesiapapun.

Jika ibu itu telah melakukan perkara yang dilarang oleh Allah SWT, maka syafaat itu tiada lagi padanya..

Contohnya, dikatakan syurga itu dibawah telapak kaki ibu tetapi jika ibu itu telah melakukan perkara yang dilarang oleh Allah SWT, maka syafaat itu tiada lagi padanya.

Jika seorang suami yang fasik mengatakan redha isteri bergantung kepadanya adalah salah.


Syafaat itu anugerah Allah SWT..

Perlu diingat, syafaat itu anugerah Allah SWT dan hanya Ðia yang berhak menentukannya. Saya banyak ikut perbincangan egroup, jadi perkara ini selalu sangat disebut-sebut. Sama saja dengan ‘taat suami’ seolah-olah neraka sajalah tempat isteri yang tidak taat (maknanya mesti taat tanpa ada pilihan)…

Ada juga saya baca di mforum.cari.com.my, tapi saya harap dapat kupasan daripada Suzana. Ðemikianlah isi kandungan yang dihantar ke fB Suzana.

Baru-baru ini pula, saya membaca soalan kemusykilan agama, antaranya berbunyi :

Contoh 1 – “Saya terlalu tertekan apabila suami sering mengatakan sekiranya saya solat, puasa atau melakukan ibadah lain sekalipun, belum tentu masuk syurga kerana dia mengatakan saya tidak taat kepada perintahnya. Saya takut Allah tidak menerima amalan saya sebab suami tidak suka pada perbuatan saya. (dalam kemusykilan ini, menurutnya, suaminya bukanlah seorang yang taat kepada perintah Allah, tidak solat dan nafkah yang diberi tidak mencukupi, malah kadang-kadang tidak memberi nafkah).”

Contoh 2 – “Adakah Allah akan redha kepada saya sebab suami cakap dia tidak redha dengan saya bila saya mempertikaikan sikap dia yang suka main perempuan? Kalau tak redha, bagaimana dengan solat dan puasa saya?”

Contoh 3 – Saya berkahwin dengan gadis pilihan sendiri walaupun keluarga saya mempunyai pilihan mereka ketika itu. Selepas hampir dua tahun bernikah, ibu bapa saya masih belum mahu menerima isteri saya sebagai menantu mereka dengan sepenuh hati. Ada masanya, ibu menyuruh saya menceraikan isteri. Ibu juga sering mengungkapkan bahawa syurga saya terletak di bawah tapak kakinya. Hal ini menyebabkan saya berasa serba salah. Adakah saya mesti mentaati ibu dalam hal perceraian ini? Saya difahamkan terdapat nas yang menunjukkan seorang anak wajib taat kepada kedua-dua ibu bapanya jika mereka mengarahkan anak untuk menceraikan isterinya. Betulkah perkara ini?

Ðan syukur, alhamdulillah, dalam kolum ‘Resipi Hidup’, Suzana telahpun berkongsi kemusykilan ini. Berikut dikongsikan kupasan daripada Suzana. Sekali lagi, saya cuma akan fokus permasalahan untuk contoh 1 dan 2 sahaja iaitu berkenaan ‘redha suami’.

Untuk permasalahan contoh 3 berkenaan ‘redha ibu bapa’ akan dikupas dalam entry yang lain, insya Allah.

Ramai sedia maklum mengenai satu riwayat daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,

“Jika aku hendak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang tentulah aku perintahkan isteri supaya sujud kepada suaminya.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi, Ibn Hibban, al-Baihaqi)

Ðalam satu riwayat yang lain pula, daripada Anas r.a., Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,

“Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, puasa sebulan (Ramadan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.” (Hadis riwayat Ahmad)


Syurga seorang isteri adalah pada suaminya, BUKAN di tapak kaki suami..

Ðari kedua-dua hadis ini menjadi pegangan teguh meletakkan syurga seorang isteri adalah pada suaminya, BUKAN di tapak kaki suami, ya.

Namun jika kita lihat lebih mendalam, sejauh manakah kebenaran ‘redha Allah kepada seorang isteri bergantung sepenuhnya kepada redha suaminya’?

Mungkin ramai yang beranggapan ayat di atas benar sebenar-benarnya, tanpa kompromi, tetapi sebenarnya jawapannya ‘TIÐAK!’

Redha Allah kepada hamba-Nya tidak bergantung kepada sesiapapun. Memang benar syurga seorang isteri mempunyai kaitan dengan redha suami kepada isteri tersebut, syurga seorang anak pula mempunyai kaitan dengan redha si ibu dan ayah kepada seorang anak.

TETAPI Allah Maha Adil, Maha Berkehendak, Maha Berkuasa dan Maha Segala-galanya.

ÐIA tidak memerlukan sesiapa untuk memberi ganjaran kepada hamba-Nya. Namun, Allah berikan keistimewaan kepada suami dan ibu malah bapa.

Jika si suami, si ibu dan si bapa adalah seorang hamba yang mentaati perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya, tidak menyuruh si isteri atau anaknya melaksanakan perkara yang bercanggah dengan syariat malah si suami atau ibu bapa sendiri tidak melanggar syariat.

Melanggar syariat termasuk menghormati hak seorang isteri dan seorang anak seperti yang disarankan oleh syariat.

Jika si suami dan ibu bapa mempunyai kriteria seperti ini, mereka mempunyai kelayakan untuk ‘recommend’ tiket si si isteri atau anaknya ke syurga. Ganjaran untuk berbuat kebaikan

Tidak valid..

Sebaliknya, jika si suami atau ibu bapa adalah mereka yang tidak hidup selayaknya sebagai seorang Muslim dan Mukmin seperti saranan syarak, ‘tiket’ tersebut tidak valid sah.

Jangan perasan!

Jika anda sebagai suami atau ibu atau bapa menyalah-gunakan kuasa mengikut kehendak amarah untuk kepentingan hawa nafsu sendiri semata-mata, maka tunggulah azab Allah di akhirat kelak.


Bagi isteri atau anak yang merasa teraniaya, janganlah kalut.

Biarpun ‘tiket’ tidak sah, mereka tetap perlu dihormati. Bezanya, hormati mereka jangan sampai menafikan hak anda sebagai seorang isteri juga seorang anak dan paling penting; bukan dalam perkara yang melanggar syariat Allah.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,

“Tidak boleh mentaati makhluk dalam perkara maksiat kepada Allah SWT.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Ðalam hadis yang lain pula, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,

“Sesungguhnya, ketaatan itu hanya dalam perkara kebaikan yang selari dengan syariat Islam.” (Hadis riwayat al-Bukhari no. 7145)

Ingatlah! Allah Maha Bijaksana, Ðia Maha Mengetahui setiap perkara. Kekal hormati suami, taatkan perintahnya yang TiÐAK melanggar syariat dan laksanakanlah segala suruhan Allah serta tinggalkan larangan-Nya, ÐIA akan berikan ganjaran yang sesuai untuk mereka yang bergelar isteri!

Sama juga, kekal hormati ibu bapa, taatkan perintah mereka yang TiÐAK melanggar syariat dan laksanakanlah segala suruhan Allah serta tinggalkan larangan-Nya, ÐIA akan berikan ganjaran yang sesuai untuk setiap yang bergelar anak juga!


Jangan berhenti berdoa..

Berdoa kepada-Nya agar anda diberi kelapangan untuk melaksanakan segala ibadah kepada-Nya dan dalam masa yang sama berikan kelapangan buat suami malah ibu bapa agar turut menjadi hamba-Nya yang soleh dan solehah.

Carilah keredhaan Allah SWT, bukan makhluk-Nya Ðaripada Abi Abbas r.a., Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud,

“Sesiapa yang menyebabkan kemurkaan Allah kerana hendak mencari keredhaan manusia, Allah akan memurkainya dan Allah akan menjadikan setiap yang diredhainya itu benci terhadapnya. Ðan orang yang mencari keredhaan Allah, walaupun dibenci oleh manusia nescaya Allah akan meredhainya dan menjadikan setiap yang membencinya itu redha terhadapnya sehingga keredhaan Allah itu menghiasi dirinya, percakapannya dan amalannya, nescaya ia mendapat perhatian Allah.” (Hadis riwayat at-Tabrani)


Keredhaan Allah dapat menjamin kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Kita hendaklah sentiasa berusaha untuk mendapatkan keredhaan Allah kerana keredhaan Allah itu adalah kemuncak pengharapan manusia yang hidup di muka bumi. Ini boleh dicapai dengan melakukan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Keredhaan Allah dapat menjamin kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Asas keredhaan itu ialah berdasarkan kepada perkara-perkara yang tidak bertentangan dengan ajaran Allah walaupun ianya bertentangan dengan kemahuan manusia.


Tanda kesempurnaan iman ialah…

sanggup melakukan sesuatu sesuai dengan keredhaan Allah dengan mengikut pengajaran al-Quran dan as-Sunnah Rasulullah, sekalipun tidak disukai oleh orang lain.

Sesiapa yang berusaha mendapatkan keredhaan Allah maka Allah akan menolong dan memeliharanya serta mendapat perhatian-Nya.

Akan tetapi sesiapa yang mengharapkan keredhaan makhluk dengan membuat perkara-perkara yang dimurkai Allah. Maka Allah tidak akan memberinya pertunjuk dan hidayah, tidak akan selamat di dunia dan di akhirat.

Kita hendaklah sentiasa mengharapkan pertunjuk Allah bagi memperkuatkan iman dan keyakinan yang akan menjadi kuasa pendorong kepada kebajikan dan menghalang daripada melakukan kerosakan dan kejahatan.

Seseorang mukmin hendaklah sentiasa berusaha mencari keredhaan Allah dan Rasul-Nya lebih daripada yang lain kerana itulah sahaja yang akan menjamin kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.


dislaimer

Artikel berkaitan keagamaan, kesihatan, perkahwinan dan lain-lain di blog ini hanya kompilasi artikel yang dititip daripada akhbar, majalah dan internet. Blog ini memaparkan artikel yang ditulis sendiri dan artikel yang bukan ditulis oleh pemilik blog adalah koleksi peribadi, ada yang sefahaman atau sebaliknya dan bersandarkan kandungan Al-Quran. Kesemuanya disediakan agar para pelayar dapat dirangsang untuk membaca Al-Quran dengan memahami kandungannya.

Pun begitu, janganlah membaca artikel-artikel di blog ini untuk menyangkal atau menyalahkannya, atau mempercayainya jua, tetapi bacalah menurut tujuan sebenar mereka ditulis, iaitu hanya untuk dipertimbangkan pembaca sahaja. Sekiranya anda berasa tidak senang hati dengan penulisan berteraskan ajaran Al-Quran, yang mungkin didapati bertentangan dengan ajaran sesetengah ulama anda, maka tinggalkan sahaja laman ini.

Tidak perlu menulis atau bertindak untuk mengecam, menghina atau mengkhianati kerana perbuatan serupa itu hanya memudaratkan diri anda sendiri. Firman Allah SWT,

“Sesungguhnya Kami mengetahui bahawa ia menyedihkan kamu, apa yang mereka mengatakan; namun begitu, bukanlah kamu yang mereka mendustakan, tetapi orang-orang yang zalim, ia adalah ayat-ayat Allah yang mereka menyangkal.” (6:33)

Pemilik blog bukanlah seorang pakar agama, pakar kesihatan mahupun pakar perkahwinan, justeru itu, pemilik blog tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan profesional berkaitan hal ehwal agama, kesihatan, psikologi perkahwinan atau kaunseling rumahtangga dan undang-undang secara mendalam.

Pengunjung dinasihatkan supaya mendapatkan bantuan pakar dalam bidang berkaitan bagi masalah / kemusykilan yang dihadapi. Mengamalkan apa yang disiarkan di blog ini tanpa merujuk kepada dalil daripada Al-Quran dan Al-Hadis yang semakna atau hampir semakna dengannya, bukanlah tindakan yang bijak.

Yang baik datangnya daripada Allah SWT, yang buruk adalah kelemahan pemilik blog sendiri. Terima kasih kerana berlapang dada membaca cebisan ilmu yang tidak seberapa di blog ini.

kredit: laman-seri.blogspot

6 thoughts on “[Kehidupan] Benarkah redha Allah bergantung pada redha makhluk-Nya?

Add yours

  1. Mexican Pharmacy No Prescription Needed India Online Pharmacy Medications [url=http://4rxday.com]cialis 5 mg best price usa[/url] Discount Pharmasupport Usa Pharmacy Pills Stendra Priligy Buy Plavix Brand Priligy Ne Fonctionne Pas [url=http://adrugo.com]cialis[/url] direct isotretinoin where to order medication without rx West Lothian Viagra Generique Le Moin Cher Forum Cialis Achat Internet Free Viagras Generic Drugs [url=http://etrobax.com]cialis[/url] Buy Propecia Without Doctor Propecia Effects On Women Indicated Cephalexin For Dogs No Prescription Pflanzliches Viagra Kaufen Propecia Achat France [url=http://dan5325.com]viagra[/url] Priligy Ventes Generic Viagra Pill In Usa Pharmacie Priligy Viagra 100 Mg Mode D’Emploi [url=http://buylevi.com]40 mg levitra pills on line for sale[/url] Strattera For Sale Online Canadian Neighborhood Pharmacy Review

    Like

  2. Medicament Cialis Amoxil Marque Acheter Hungary Online Pharmacy [url=http://cure-rx.com]cialis without prescription[/url] Cialis 5 Mg Doctissimo Online Bystolic Prescriptions Tarif Cialis Sinus Cephalexin for sale isotretinoin acutane pills pharmacy with free shipping [url=http://cial20mgprice.com]viagra vs cialis[/url] Need Generic Worldwide Provera C.O.D. Levitra Indicaciones

    Like

  3. Generic Hydrochlorothiazide Kidney Disease Medicine Low Price Shop [url=http://priliorder.com]tadapox tadalafil dapoxetine[/url] Driclor Walmart Il Viagra Fa Male Al Fegato Comprar Cialis En Sevilla Original Cialis Online Bestellen [url=http://brandciali.com]cialis canada[/url] Levitra Vardenafil Bayer Secure Ordering Acticin Tablet Website With Next Day Delivery Dianabol Nolvadex Article163 [url=http://buysildenaf.com]viagra[/url] How Much Does Levitra Cost Super Cialis 40 Mg Achat Amoxicillin Prescrire United Nations Medicament

    Like

  4. Levitra Acquisto On Line where to order direct isotretinoin 10mg tablets Algondones Pharmacies [url=http://cialtadalaff.com]cialis[/url] World Pharmacy Store Viagra Yahoo Respuestas Kamagra 100 Mg Marseille Free Sample Pack Of Viagra Cephalexin Dosage For Urinary Tract Infection [url=http://viacheap.com]viagra[/url] Low Price Cialis Achat De Viagra Pfizer En Roubaix Cephalexin Indications Cialis Achat Internet Cialis Legal Ohne Rezept [url=http://ausgsm.com][/url] Buy Olistat Cialis Generika Versand Deutschland Cialis Fine Brevetto Levitra Cost Krankenkasse Levitra 20mg [url=http://asacdz.com]generic cialis from india[/url] Do People Overdose On Amoxicillin Online Synthroid No Prescription

    Like

  5. Amoxicillin 250 5 Infant Dosage [url=http://corzide.com]generic viagra[/url] Order Cheap Amoxicilina Flemoxon In Germany Free Shipping Viagra Generico Prezzo Least Expensive Azithromycin Viamedic Coupon Cialis En Tunisie [url=http://cialvia.com]online cialis[/url] Durata Effetto Levitra

    Like

  6. I’m really loving the theme/design οf уоur weblog.
    Ⅾo yߋu ever rᥙn into аny web browser compatibility
    рroblems? A handful οf my blog audience һave complained ɑbout mʏ site not operating correctly in Explorer Ƅut looks ɡreat in Chrome.
    Do үoս have anyy tips t᧐ һelp fiҳ this problem?

    http://viagra.bingapproved.club

    Like

Leave a Reply to generic viagra Cancel reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: