[Kekeluargaan] Malu Apabila Ibu Tidak Sembahyang

baby touching woman s face
Photo by Daria Shevtsova on Pexels.com

SOALAN:

Dalam urusan rumah tangga, ibu seorang yang baik dan bertanggungjawab, tetapi setelah saya berumur 18 tahun sekarang ini, saya tidak pernah melihat ibu sembahyang, biarpun umurnya mencecah 50 tahun.

Saya benar-benar rasa malu lebih-lebih lagi apabila ada saudara-mara yang bertanyakan tentang ibu. Saya tidak tahu sama ada bapa sedar atau tidak hal ini. Beberapa tahun lalu saya pernah menegurnya secara tidak langsung dan ibu menyuruh saya diam. Akibatnya saya kena tampar apabila bertanyakan benda yang sama.

Biarpun tidak pernah sembahyang, ibu tetap berpuasa. Saya rasa terlalu cemburu melihat teman sebelah rumah yang berjaya kerana mempunyai ibu yang solehah. Saya perlu meminta doa ibu untuk kejayaan, tetapi bolehkah saya memintanya padahal ibu tidak pernah sembahyang. – Siti Aini, Kuantan.

JAWAPAN:

Kebanyakan orang bermasalah dengan bapa atau suami yang tidak sembahyang, ataupun tidak mengambil berat tentang sembahyang, tetapi saudari menghadapi masalah ibu yang tidak pernah sembahyang. Pada kebiasaannya, untuk membentuk seorang ibu itu melakukan sembahyang adalah lebih mudah, daripada mengajak atau membentuk seorang suami itu sembahyang.

Di rumah, bapa adalah ketua..

Untuk menasihati, mengajar atau membentuk seorang ketua bukan mudah. Pada kebiasaannya, seorang bapa yang mendirikan sembahyang di rumah, akan dituruti oleh isterinya, juga seluruh keluarganya. Kerana itu, apabila seorang ibu itu tidak pernah sembahyang, sehingga berumur 50 tahun, ini membuktikan, besar kemungkinan bapa saudari juga tidak mengambil berat tentang sembahyang.

Adalah sukar untuk menggambarkan seorang bapa mendirikan sembahyang di rumah, atau di masjid seperti biasa, padahal isterinya buat tidak nampak sehingga berumur 50 tahun. Kalau ini berlaku, iaitu bapa saudari mendirikan sembahyang dan menasihati ibu saudari agar sembahyang, tetapi masih tidak sembahyang juga, ini bererti bahawa ibu saudari seorang yang teruk. Ingkar nasihat suami, ingkar perintah Allah.

Saudari menganggap ibu saudari seorang yang baik dan bertanggungjawab. Dalam urusan masak-memasak, mengemas, menyediakan makanan dan sebagainya, sebagai lazimnya mungkin dia seorang yang baik, tetapi sebagai seorang ibu Islam, sekiranya dia tahu tentang kewajipan bersembahyang, lalu dia tidak menasihatkan anak-anak supaya bersembahyang, dia sebenarnya bukan seorang ibu yang baik atau solehah.

Sekiranya dia tidak memahami tentang kewajipan bersembahyang, lalu menyebabkannya tidak sembahyang sehingga berumur 50 tahun dan tidak berupaya menasihati keluarganya untuk mendirikan sembahyang, ini bererti bahawa ibu sendiri tidak menjalankan tanggungjawabnya akibat kejahilannya.

Tanggungjawab ibu bukan setakat mengurus makan minum,

memandikan anak, mengemas rumah atau memastikan anak-anaknya berjaya dalam pelajaran, tetapi juga mengurus tanggungjawab terhadap Allah yang diwajibkan ke atas anak-anaknya, termasuk urusan sembahyang.

Apa yang dilakukan oleh ibu saudari yang dianggap sebagai “baik dan bertanggungjawab” adalah bersifat luaran, untuk hidup sebagai manusia biasa, tetapi urusan sembahyang juga berkaitan urusan hidup di dunia dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.

Memang ada orang yang berpuasa apabila tiba waktunya,

tetapi tetap tidak mendirikan sembahyang. Banyak punca menyebabkan berlakunya demikian, di antaranya ialah kerana puasa Ramadan itu datang setahun sekali, ketika itu dirasakan suasana menjadi berubah, pada adatnya kedai-kedai, warung memberhentikan aktivitinya, termasuk dapur di rumah sehingga kanak-kanak darjah satu pun berpuasa adalah sesuatu yang janggal, terlalu luar biasa.

Suasana sekeliling ini begitu mempengaruhi, sama ada di rumah atau di tempat kerja. Semua orang boleh tahu sekiranya seseorang itu tidak berpuasa di bulan Ramadan, biarpun dia bukan seorang Islam, tetapi hal seumpama ini tidak berlaku pada mereka yang mendirikan sembahyang, di mana ia merupakan rutin harian, yang mesti dilakukan sekurang-kurangnya lima kali sehari semalam.

Adalah sesuatu yang terlalu ganjil…

sekiranya seseorang itu makan di khalayak ramai di bulan puasa, biarpun dalam keadaan uzur, tetapi hal seumpama ini tidak berlaku pada mereka yang meninggalkan sembahyang atau tidak pernah sembahyang.

Di Malaysia, mereka yang tidak berpuasa dan didapati makan di khalayak akan ditangkap. Enakmen ini boleh menjadi suatu pendorong utama seseorang itu tidak makan di khalayak ramai dan ini benar-benar dilakukan. Sembahyang Jumaat juga mempunyai peruntukan menurut enakmen kerajaan negeri.

Walaupun demikian, berbanding dengan pelaksanaan undang-undang terhadap mereka yang tidak berpuasa, tangkapan terhadap mereka yang tidak sembahyang Jumaat seumpama tidak pernah dilakukan sekarang ini.

Punca utama ibu saudari tidak bersembahyang ialah kerana dia tidak beriman dengan adanya ibadah sembahyang, di mana ia merupakan salah satu daripada rukun Islam.

Tiang agama

Hal demikian berlaku, besar kemungkinan kerana dia tidak mempelajarinya. Apabila seseorang itu tidak mempelajarinya, dia akan jahil mengenainya. Kerana itu orang yang seperti ini tidak akan menyedari bahawa ibadah sembahyang itu adalah tiang agama.

Barang siapa mendirikan sembahyang, dia telah mendirikan agama. Dan barang siapa meninggalkan sembahyang, dia telah merobohkan agama. Berdasarkan kepada keterangan hadis ini, ibu saudari termasuk dalam golongan manusia yang merobohkan agama, iaitu agama Islam yang dianuti olehnya sehingga ia berumur 50.

Di akhirat kelak, iaitu pada hari kiamat,…

perkara yang mula-mula sekali ditanya oleh Allah ialah sembahyang. Sekiranya sembahyang seseorang itu diterima Allah, maka ibadah lain akan diterima Allah. Sekiranya sembahyang yang dilakukan itu ditolak, tidak diterima Allah, maka ibadah-ibadah lain akan tertolak.

Hadis ini menjelaskan bahawa sembahyang itu adalah lambang kesempurnaan iman seseorang, sahsiah diri. Sekiranya baik sembahyangnya, maka baiklah sahsiah seseorang, sekiranya tidak, maka buruklah sahsiah orang yang berkenaan.

Imbangan atau perumpamaan ini adalah bagi mereka yang mendirikan sembahyang. Orang yang tidak sembahyang, seperti ibu saudari tidak dapat untuk diberi kayu pengukur, kerana dia tidak sembahyang, seperti yang saudari jelaskan.

Orang yang tidak tahu ilmu yang berkaitan dengan sembahyang, tidak akan berasa apa-apa kalau tidak sembahyang. Tidak akan berasa berdosa meninggalkannya, padahal orang yang demikian termasuk dalam golongan orang yang fasik.

Sebab utama seseorang itu tidak sembahyang…

ialah kerana tidak mempelajari atau memahami perlunya sembahyang, yang berlaku kerana dia tidak mempelajarinya, juga tidak diajar untuk mempraktikkannya. Hal demikian berlaku pada permulaan kehidupannya dan apabila dia berkahwin, sekiranya dia seorang isteri, lalu bertemu dengan suami yang tidak sembahyang, maka dia pun terus tidak sembahyang. Inilah fenomena yang mungkin dilakukan oleh ibu saudari.

Walaupun demikian tidak dinafikan adanya anak-anak yang dididik sembahyang dari kecil, tidak sembahyang apabila dewasa, atau tidak dididik tetapi bersembahyang, melakukan sembahyang atau ada kesedaran untuk bersembahyang seperti yang berlaku pada saudari, hasil daripada ilmu yang didapati di sekolah, di surat khabar, majalah, radio, televisyen, kawan-kawan juga suasana sekeliling yang mempengaruhi, selain daripada hidayah Allah.

Setiap orang menanggung dosa yang dilakukan olehnya. Bapa saudari tidak menanggung dosa isterinya yang tidak bersembahyang.

Walaupun demikian, bapa saudari berdosa kerana tidak mengajar, menyuruh isterinya mendirikan sembahyang. Sebagai ketua dalam rumah, dia bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku dalam keluarganya termasuk tanggungjawab mendirikan sembahyang.

Tidak ada sumber yang jelas menyatakan bahawa doa seorang ibu adalah doa yang mudah dikabulkan oleh Allah…..

Walaupun demikian tidak dinafikan bahawa doa ibu adalah di antara doa yang perlu dipohon oleh anak, termasuk doa kejayaan peperiksaan, kejayaan hidup berumah tangga dan hidup harian, kerana itu lumrahnya adalah manusia penyayang dan penuh rasa timbang rasa.

Apabila berdoa, ia akan melakukannya dengan bersungguh-sungguh kerana ibu ataupun perempuan mempunyai lebih rasa simpati, sensitif dan prihatin yang lebih.

Hal demikian lebih cenderung menepati adab-adab berdoa yang perlu dilakukan, iaitu mesti dengan penuh hati, yakin bahawa doa yang dilakukan itu dikabulkan oleh Allah, bukan dengan separuh hati, dalam keadaan suci, menghadap kiblat, memilih waktu mustajab dan sebagainya sebagai lazimnya.

Atas pemahaman seperti inilah maka doa seorang ibu itu diperlukan, kerana si ibu lebih mudah memenuhi adab-adab berdoa yang sewajarnya diikuti. Merujuk kepada persoalan yang dihadapi, saudari tidak boleh menafikan peranan ibu, biarpun dia tidak pernah sembahyang.

Sama ada Allah perkenankan permohonannya atau tidak kerana dia tidak sembahyang, maka itu bukan urusan manusia….

tetapi sebagai seorang anak hubungan antara dirinya dengan ibu, sama sekali jangan dipisahkan. Pohon doa, juga restu daripadanya dan dalam masa yang sama berusaha bersungguh-sungguh dan terus berdoa kemudian baru bertawakal.

Mudah-mudahan dengan cara demikian, dia akan insaf bahawa saudari tetap menghargainya dan akhirnya akan balik ke pangkal jalan dengan mendirikan sembahyang.

Bukan mudah untuk menarik seorang ibu yang berumur 50 tahun untuk sembahyang, untuk mengajar lebih dahulu memahami keperluan sembahyang dan melakukannya setiap waktu seperti yang wajar dilakukan. Walaupun demikian, saya yakin bahawa ibu saudari biarpun tidak mendirikan sembahyang seperti yang dijelaskan besar kemungkinan dia tahu bagaimana hendak sembahyang.

Pada lumrahnya, orang Melayu di Malaysia yang beragama Islam asal, bukan mualaf atau saudara baru, tahu bagaimana hendak sembahyang, cuma masalahnya, kebanyakan daripadanya tidak mahu sembahyang. Hal demikian memudahkan lagi untuk mengajaknya mendirikan sembahyang.

Dalam urusan seperti ini, tanggungjawab utama terletak pada bapa saudari. Saya berkeyakinan bahawa ibu saudari akan sembahyang sekiranya diminta oleh bapa saudari untuk berbuat demikian, lebih-lebih lagi sekiranya dia berupaya menjadi imam mengetuai sembahyang.

Memang memilukan apabila melihat emak bapa orang lain sembahyang bersama, berjemaah di rumah atau di masjid, hidup dalam aman damai dan penuh ketenangan. Padahal keluarga sendiri tidak menentu, ibu tidak sembahyang, bapa juga tidak ambil kisah, biarpun azan dilaungkan di sekeliling.

Manakala adik-beradik masih melekat matanya di kaca televisyen merenung gambar-gambar kartun hingga di senja hari, tetapi tidak kurang juga ibu bapa yang terpaksa berkejaran, menjeritkan anak-anak balik dari padang atau halaman, menutup kaca televisyen supaya mandi, berwuduk dan sembahyang bersama.

Itulah yang dinamakan perjuangan hidup. Mereka yang tidak putus asa dan sabar akan berjaya dengan hidayah Allah dan mereka yang lalai, dibuai angan-angan dan nafsu akhirnya akan kecundang jua.

Pembaca yang ada kemusykilan

alamatkanlah soalan kepada:

Dr. Amran Kasimin

Mingguan Malaysia

46M, Jalan Chan Sow Lin

55200 Kuala Lumpur.

Faks: 03-92213752

E-mel: mingguan@utusan.com.my

6 thoughts on “[Kekeluargaan] Malu Apabila Ibu Tidak Sembahyang

Add yours

  1. Usa Propecia Levitra Avantage [url=http://realviaonline.com]cialis 5mg best price[/url] Acheter Avec Viagra En Ligne Macrobid Legally [url=http://ilfrc.com]prueba gratuita de viagra[/url] How Much Does Levitra Cost Prednisone Back Order Kamagra In Belgio Achat Amoxicillin Sens Ordonnance Gratuit Comprime Preisvergleich Cialis 20 Mg Kohlpharma [url=http://viaacost.com]viagra[/url] Generic Viagra Viagra Generico Alguien Lo Ha Probado Canada Pharmacy Online Alli Diet Pill Zithromax Out Of Date Alli Weight Loss In Stock [url=http://asacdz.com]where to buy cialis online safely[/url] Clomid Metformine Acheter Tadalafil Canada

    Like

  2. Cialis 20mg Lilly [url=http://cheapciali.com]cialis cheapest online prices[/url] isotretinoin 20mg Nizagara For Sale How Strong Is 250 Grams O Amoxicillian [url=http://realviaonline.com]cialis online[/url] Doxycycline 40 Mg Online

    Like

  3. Purchase Diflucan Without Rx Trouver Cialis Pas Cher Paris [url=http://staminamen.com]buy generic cialis online[/url] No Rx Amoxicillin Generic Prezzo Cialis Viagra Preis Cialis 10 [url=http://ac-hut.com]cialis[/url] Viagra Over The Counter Canadianbreez Compro Viagra Precio Cialis Inde Candian Meds Without Rx [url=http://buylevi.com]levitra 10mg[/url] Propecia Spain Cialis Levitra Amoxicillin No Prescription Cephalexin Feline Canada Drug Superstore Buy Vardenafil 10 Mg Cherche Viagra [url=http://tadalaffbuy.com]cialis[/url] Se Vende Viagra Madrid Levitra Online Drugstore Comment Acheter Viagra France [url=http://avdrug.com]cialis sildenafil levitra comparaison[/url] Cheap Azoran No Rx Buy Doxycycline Antibiotics Priligy Discount

    Like

  4. Prezzi Del Viagra Viagra Cialis Aphrodisiaque Mononucleosis And Amoxicillin [url=http://oc-35.com]cheapest propecia[/url] Propecia Di Doping Precio Viagra En Farmacias Espana Cialis Y Eyaculacion [url=http://addrall.com]xenical 120 mg price uk[/url] Buy Medicine From Cannada Orlistat Propecia Male Breast Cancer Levitra Cost Uk Buy Disulfiram Online Stendra Mastercard Accepted Tyneside Order Kamagra Uk [url=http://viaapill.com]online pharmacy[/url] Priligy 120 Mg Propecia Headache Generic Viagra X Mg [url=http://xzanax.com][/url] Viagra Kopfschmerzen Vermeiden Kamagra Effets Secondaires

    Like

  5. Effetti Cialis 5 Mg Buy Real Bentyl With Free Shipping [url=http://gnplls.com]levitra precio en farmacia[/url] Amoxil Dogs Discount Zentel With Free Shipping On Line Pharmacies Come Ottenere Viagra Cialis Original Wirkung Kamagra Canada [url=http://genericvia.com]viagra[/url] Laxa Tea Propecia No Se Utiliza Achat Du Vrai Cialis En France Generic Viagra Pills [url=http://cthosts.net]tadalafil cialis from india[/url] Propecia Al Femminile Acquistare Viagra In Farmacia Doxycycline 40 Mg Online Amoxicillin Dosage For Dog [url=http://getpharmacyonline.com]cialis overnight shipping from usa[/url] Cheap Viagra Europa Finasteride Online Us Pharmacy Valtrex Online Purchase Viagra Cialis Eu Comment Se Procurer Du Cytotec Free Shipping Pyridium C.O.D. Low Price [url=http://uscagsa.com]cheapest cialis[/url] Generique Cialis En Pharmacie

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: