
Hai, kepada wanita-wanita dan gadis-gadis negeri Pahang yang bakal berkahwin, di sini ada sedikit panduan bagaimanana untuk memulakan proses memohon kebenaran berkahwin negeri pahang
kadang-kadang kita ni dah lama pi kursus kahwin, atau masa pergi tu pergi yang negeri lain punya, jadi setiap negeri ni proses dia ada sedikit berlainan. macam sis kursus kat selangor, jadi penceramah fokus kepada proses negeri selangor je.
Baiklah. Senarai Semak.
Perkara wajib ada. Make sure you didn’t missed out any of these documents!
- Salinan IC pengantin perempuan dan pasangan
- Salinan IC ayah
- Salinan IC ibu
- Salinan Sijil Nikah ibu ayah / Sijil Cerai ibu ayah
- Salinan dan original Permohonan Kebenaran Nikah daripada pihak lelaki
- Salinan Surat Beranak perempuan
- Salinan Sijil Kursus Pra Perkahwinan lelaki dan perempuan
- Original Sijil Kursus Pra Perkahwinan perempuan
- Original Keputusan Ujian Saringan HIV
- Borang rasmi Permohonan Kebenaran Berkahwin Negeri Pahang
- Borang Wakalah dan Saksi jika bapa kandung tidak dapat mewalikan
Now, Proses.
1. Pihak lelaki kena buat permohonan dulu.
Kalau negeri Pulau Pinang (sis tau Penang pasal bakal shuben sis orang Penang), boleh pergi dapatkan borang di Pejabat Agama terdekat mengikut daerah, kena bawa salinan IC sendiri, salinan IC bakal isteri, salinan Sijil Kursus Pra Perkahwinan, original Sijil Kursus Pra Perkahwinan dan Keputusan Ujian Saringan HIV.
Dalam masa seminggu dah boleh pergi collect. Then bagi dekat bakal isteri. Kalau dekat bagi by hand, Kalau jauh bagi by pos pun boleh. asalkan bukan bagi by mouth. hahah. nak pos tu, beli la file plastik keras tu bubuh semua dokumen dalam tu supaya masa sampai kat awak takde la rosak semua dokumen tak pasal lak jadi kes lain nak mohon semula from A to Z.
Sis EMPHASIS PERKATAAN SIJIL ORIGINAL KURSUS PRA PERKAHWINAN ni sbb benda ni wajib ada. dia nak chop/tebuk kat sijil original, supaya mereka tau kita ni betul2 first time kawen, bukan duda, janda atau sebagainya. sebab kalau sijil yang pernah dichop atau ditebuk menandakan individu tersebut telah pernah berkahwin sebelum ini.
2. Isi Borang Permohonan Kebenaran Kahwin Negeri Pahang.
Ok. pihak perempuan dari Pahang, bila dah dapat kebenaran kahwin pihak lelaki tu, turn kamu pulak download borang kat laman web JAIP bahagian undang-undang Keluarga Islam.
Kalau laman web tu down, call JAIP dan minta mereka emelkan semua borang. Mereka akan bantu anda. Percayalah, mereka sangat baik. Borang tu isilah sewajarnya. hantaran dan mas kahwin pun masa ni kena letak dalam borang.
3. Ujian saringan HIV
Hanya bolh dibuat di KLINIK KERAJAAN SAHAJA ye. Kalau masa pi kursus penceramah kata boleh buat kat swasta then pi endorse atau sahkan kat kerajaan engkorang JANGAN PERCAYA ye! sebab engkorang paham-paham la nurse atau staff klinik, kalau depa kata depa takmau endorse, apa korang boleh buat, ye x? nak tak nak kena amik cuti, pegi mana-mana klinik kerajaan.
DANNNNNNNNNNN jangan percaya laman web KKM kata klinik sekian-sekian ada tawarkan khidmat buat ujian ni sebab mulanya sis buka website kata Klinik Kesihatan Pantai Baru, Bangsar boleh buat, sekali aku dah drive p sana dia kata tak boleh. haih. P klinik taman medan plak, dia cakap kena bawa borang tu pegi Pahang.
Sis stress. last-last sis call Klinik Kesihatan Bandar Tun Razak Pahang, cakap nak datang isnin, dan sis apply cuti dua hari balik kampung. kena CALL dan TANYA ye adik-adik sebab mereka akan bgtau hari apa sahaja boleh, pukul berapa boleh buat..bukan main semborono. ok ujian dia tak lama. sekejap je dalam 10 minit. results dia sealed dan dia pesan jangan buka seal nanti pejabat agama tak terima.
4. Pergi Jumpa Tok Penghulu atau Pengurus FELDA
jadi, kaedahnya, korang bawaaaaaaaa lah SEMUAAAAAAAAA benda yang sis senaraikan kat senarai semak tadi, Pi jumpa tok penghulu atau pengurus FELDA untuk dia sahkan semua salinan.
Ingat ye, SEMUAAAAAAAAnya.. dan dalam borang anda tu ada 2 tempat encik pengurus kena sign.
5. Pergi Rumah Tok Imam/ Juru Nikah
Lepas tu, korang pegi rumah tok imam atau jurunikah, dalam borang tu ada satu tempat tok imam kena sign.
6. Pergi Pejabat Agama Pahang (Sis Pergi Cawangan Muadazam Shah)
lepas tu, kesemuuuuaaaaaaaa itu, sila bawa dan submit ke Pejabat Agama Pahang Cawangan Muadzam Shah sebelah Uniten dekat ngn JPN tu.
7. Pergi Semula Rumah Tok Imam Selepas ambil balik borang dari Pejabat Agama
selepas 3 hari, mereka akan keluarkan akuan kebenaran berkahwin, dan sila bawa akuan kebenaran tu pergi semula rumah tok imam, beri pada dia, dan lock tarikh dengan dia, pukul berapa dan beritahu nak buat di masjid atau dirumah.
Macam sis request dirumah sahaja. senang untuk semua pihak. dan jangan lupa ambil balik sijil kursus pra perkahwinan yang original tu dan simpan.
ok done. kalau tak ada apa masalah dr segi nasab, keturunan atau wali, inshaAllah, tunggu sahaja lah hari nikahnya ya.
Nota tambahan:
Surat beranak wajib ada ye. Kalau yang dah hilang atau kertas lama dah lusuh sangat, boleh mohon baru di JPN Muadzam Shah sis buat dalam masa sejam dia keluarkan surat beranak baru, bayar RM5.
Sijil Kursus Pra Perkahwinan sah seumur hidup
Ujian saringan HIV sah 6 bulan sahaja. kalau dalam masa 6 bulan masih tidak melansungkan perkahwinan, kena buat semula sekali lagi
Borang Kebenaran Berkahwin hanya sah selama 3 bulan. kalau dalam masa 90 hari ini masih tidak melangsungkan perkahwinan, kena buat permohonan baru
jadi adalah dinasihatkan dapatkan tarikh yang confirm dulu baru lah proceed dengan semua prosiding2 di atas
Hai nak tanya, time submit form ke pejabat agama tu tuan badan wajib ada ke atau boleh wakilkan wali?
LikeLike
Submit tu sapa2 pon boleh submit x semestinya pengantin atau wali. Ibu atau adik bradik pun boleh. Mcm sy duduk kl, susah balik, mak sy yg tlg submit, collect and submit kembali pada imam.
LikeLike
Janji kena cukup semua dokumen yg mereka perlukan. Kalau kurang mereka takkan proses
LikeLike
Tamat tempoh kebenaran pihak perempuan pon 3 bulan ke?
LikeLike
Ya 3 bulan.kalau dlm masa 3 bulan masih tak melangsungkan perkahwinan, kena mohon semula slps tarikh luput
LikeLike
HYE, MAAF NK TANYA.. MCM SY BAKAL SUAMI TU YG ORG PAHANG N SY SELANGOR.. UTK ISI BORANG LELAKI KENA SETELKAN SEMUA BORANG DIA DULU, DH SETEL BARU PERGI HIV TEST.. DAN SEMUA BORANG PAS KT BELAH PEREMPUAN PULAKKAN? THEN BELAH PERMEPUAN SETELKN SMUA DPTKN COP DLL.. BETUL X?
LikeLiked by 1 person
Dear Hairuna,
Pihak lelaki kena ambil borang dulu. Dalam borang tu lengkap semua perkara termasuk borang rasmi hiv test. Lengkapkan semua maklumat, pergi hiv test, dptkan tandatangan org berkenaan, dan dia kena hantar ke pejabag ugama. Dalam masa seminggu dia pergi collect semula borang dia yang dah diluluskan, dan dia kena pass all of the document pada awak utk awak proceed dgn majlis agama islam selangor
LikeLike
Maksudnya lelaki kena submit dlu kat pejabat ugama pahang.
Ya betul seperti yg awak katakan. Dia kena cepat. Sbb selagi dia x setel, awak x boleh proceed
LikeLike
hai, nak tanya..borang akuan akad nikah tu sy dh dapat..tak perlu bagi tok kadi dah kn..sbb sy dah booked dia dh masa minta kebenaran berkahwin tu..jadinya bagi akuan akad nikah tu semasa hari majlis akad nikah jelah kan??
LikeLike
Kena beri pada dia juga. Depends pd kadi. Ada kadi dia nak simpan sendiri. Ada kadi boleh bg masa akad tp better bg dia siap2 senang dia nak susun jadual dia.
LikeLike
salam nak tanya .sekarang 2020 p0n kena download borang ke ya ? sebab sy bukak web emunakahat tu nak isi borang .sy isi ic pasangan dia tulis pemohon tidak dibenarkan membuat permohonan baru jika permohonan sedia ada tidak diluluskan .haa gituu pening dah nak isi camane .btw lelaki isi borang kat selangor .sy nak isi pahang
LikeLike
Ha? Mcm mana jd mcm tu? Dia pernah mohon berkahwin ke sblm ni?baik cik call pej ugama pahang utk confirmkan balik.
LikeLike
assalamualaikum..sis mk tnye..klau mcm sy….mak ayh sy dh mnggl…sy kne bwk sijil meninggal ke?srt nikah ibu bapa perli jgk ke?
LikeLike
Waalaikumsalam sis Norasiah…kalau mak ayah dah tak ada, masih perlu provide sijil nikaj mereka rasanta utk pembuktian nasab dan keturunan..dan sijil kematian utk urusan wali lain..takpa sis bawak je sediakan semua, nnt masa nak submit tu kalau mereka mintak, dah sng urusan…kalau x minta, simpan semula…
LikeLike