[Confession] Suami Durjana – Isteri Pucat Macam Mayat Hidup Angkara Sihir Suami Sendiri

Terima kasih blogger misscosmics sudi siarkan kisah ini untuk para isteri ambil pengajaran.

Hai. Assalamualaikum. Nama aku Lin. Kat sini aku nak share story pasal seseorang yang dekat dengan aku. Dia adalah kakak aku, someone yang aku rasa paling rapat dengan aku, seorang yang baik, tak lokek dengan parents dengan adik beradik, dan dia adalah harapan mak ayah aku sebab dia kerja. Kak aku seorang penjawat awam. Seorang guru. Semuanya nampak normal nampak sempurna kami adik beradik dan anak beranak.

Tapi sejak dia kahwin dengan juga seorang penjawat awam (polis), dia hilang dari kami. Pernah dia tak balik bertahun-tahun sampai mak aku kena stroke. Korang bayangkan setahun lebih kakak aku tak balik sebab suami dia tak bagi. Siang malam mak aku menangis. Tapi bukan ini yg aku nak story, tapi sesuatu pada kakak aku yang dia tak pernah tahu.

Baru-baru ni kakak aku pengsan kat tempat kerja dia. Pulse rate 25, hb 4. Bayangkan nyawa dia dihujung tanduk. Dia call mak mengadu kat mak aku, dan seperti biasa mak mak kan, dia suruh kakak aku balik kampung.

Sampai je kakak aku kat kampung, yes muka dia pucat sangat. Dia nampak sangat-sangat letih dan tak bermaya..

Kebetulan masa dia sampai kampung mak aku tak ada. Yang ada aku, suami aku dan anak-anak aku. Oh ya, aku dan anak-anak tinggal bersama orang tua, sebab suami aku kerja dekat Penang. Aku di Kedah. Dalam sebulan suami akan balik 3 atau 4 kali melawat kami anak beranak. Aku duduk dengan parents sebab suami jauh, apa-apa jadi mak ayah aku risau jadi panggil kami duduk dengan mereka.

So, hari kakak aku balik tu, aku macam biasa la duduk mengadap dia. Aku tanya “kak pengsan ka?” Dan dia pun buka cerita lah. Dia story la kenapa boleh jadi macam gitu. “Badan akak keluar ruam-ruam merah. Sangat gatal dan memedihkan. Doctor cakap akak allergic makanan”

Badan dia ada ruam-ruam merah. Doktor cakap alergik. Tapi sebenarnya bukan. Kenapa aku cakap bukan? Aku pon tak tau. Masa tu instinct aku kuat mengatakan ada yang tak kena dengan akak aku tapi aku tak tau apa dia. Just apa yang keluar dari mulut aku secara spontan.

Kakak cakap lagi, dia kata badan dia macam kena miang buluh. Gatal merenyam, bisa-bisa, bila digaru, makin pedih dan berair serta menjadi kudis yang mengeluarkan bau hamis. Tak lama lepas tu mak ayah balik, nampak kakak, mak macam sedih. Mak bercadang nak minta air penawar untuk kakak.

Air Penawar ni, biasa lah kalau duduk kat kampung kan, kalau anak-anak demam ke apa, memang selalu ambil air penawar daripada seorang Pak Cik ni memang kami sekeluarga dah lama kenal dia. Kita cuma berusaha tapi yang menyembuhkan Allah SWT. Jadi mak aku minta ayah pergi jumpa Pak Cik yang sama, minta air penawar untuk kakak pulak. Sebab mak tengok kakak tak bermaya sangat macam orang sedang demam teruk.

Masa tu, sekali lagi aku rasa tak sedap hati, lantas mulut aku secara spontan usulkan kat mak, “eh mak, bawalah kakak sekali, senang Pak Cik tu nak tengok-tengokkan, ubatkan kakak.” Masa ni suami kakak, abang ipar aku itu lah, dia macam tak bagi. “Tak ada apa lah mak, Mira cuma penat kerja je tu”. Nasib baik mak aku berkeras, ye lah, penat apanya dah serupa itu pucat lesi muka anaknya. Mak mana yang tak susah hati tengok anak jadi macam tu. Dah lah lama tak balik, sekali balik dah macam lempeng. Kurus dan pucat!

Nak tak nak, abang ipar terpaksa turutkan kehendak mak dan ayah. So berangkatlah mak aku, ayah aku, suami kakak aku dan anak aku yang last ikut dorang. Anak aku tu rapat dengan neneknya so keman-mana mengikut saja lah dia tu.

Masa kat sana aku tak tau apa jadi. Aku pun tak sempat bertanya sebab masa mereka balik dari rumah pakcik tu, aku anak beranak tengah bersiap-siap nak keluar beriadah hari tu. Aku perhatikan je masa kakak aku turun dari kereta nak masuk rumah, pucat betul muka dia, macam tak ada darah. Aku tengok semua orang diam je. Jadi aku beri masa mereka bertenang dulu, bawa anak-anak aku keluar dulu, malam nanti lah baru tanya.Mereka pun tentu penat.

Malam tu tak sempat aku bertanya, lepas makan malam, mak datang duduk dekat aku. Mak aku buka mulut “adik tolong sat tengok-tengok kak” sebab masa tu kak aku demam panas. Mak kata, “petang tu ok je, masa hang keluaq tu tiba-tiba kak Mira mengadu dia demam dia rasa sejukkkkkk sangat”. Mak cakap kat aku tolong tengok-tengokkan ni, aku faham lah. Sebabnya mak tau aku ada kelebihan boleh merasa dan kadang boleh nampak kehadiran mahkluk tak diundang.

Jadi, malam tu lepas aku solat isyak aku buat solat sunat 2 rakaat mintak Allah SWT permudahkan urusan aku.

Nak dipendekkan cerita, aku mula nampak bayangan lain mendampingi kak Mira. Ada dua benda kat dia. Satu hitam dan satu putih. Yang hitam dalam rahim dia yang putih dihujung kepala dia. Aku cuma boleh nampak tapi tak mampu nak tolong ubatkan. Aku mintak kak Mira pergi berubat kat mana-mana ustaz. Kak Mira kata, “tengoklah dulu”. Samada dia sukar nak percaya apa aku cakap, atau dia sendiri tengah digest apa sebenarnya berlaku pada dia. Dia macam keliru. Nak dipaksakan dia percaya, takut lain pula jadinya. Jadi aku beri ruang dan masa untuk dia. Nak fight benda ni, tuan badan kena ada spirit yang tinggi.

Esoknya mak aku pergi kenduri. Kebetulan mak aku pergi dengan anak pakcik yang ubatkan kak Mira. Anak pakcik tu ada masa kami sekeluarga datang bawa kak Mira. Dia cerita kat mak aku, ayah dia (pakcik tu) nampak sorang tua datang dengan dorang masa hari kejadian. Orang tua tu duduk sebelah abang ipar aku, dia pandang ja pakcik tu sampai pakcik tu jadi kelu lidah tak dapat sempurnakan proses berubat.

Masa balik, ‘orang tua’ tu pimpin tangan kakak aku siap sapu-sapu muka kakak aku. Mungkin cuba nak provok Pakcik berubat tu yang mengatakan dia dah take control kak Mira dan pakcik tu tak dapat berbuat apa.

Sebenarnya, family kami memang dah dapat agak abang ipar aku itu lah yang dah manderem kakak aku. Mana kami tahu sebab abang ipar aku pernah confess kat seseorang. Dia nak kakak aku dengar cakap dia, ikut telnjuk dia. Tapi kami diamkan dulu sebab belum jumpa bukti, takut jadi fitnah lah kan. Lagipun takut dia apa-apakan kak Mira lebih teruk lagi. Menurut sumber yang boleh dipercayai, abang ipar buat macam tu kat kak Mira masa abang ipar kena posting kat Sabah. So dia dapat kawal kak Mira dari jauh. Walaupun sebenarnya dia tak perlu pun buat begitu. Kak Mira bukan jenis perempuan yang suka keluar sesuka hati, taat pada mak ayah dan suami.

Kakak macam dah terima hakikat yang dia terkena buatan orang cuma dia tak tau itu sebenarnya daripada suami dia sendiri. Sekarang ni kakak aku tengah struggle, dia cakap dia dah putus asa nak berubat, sebab suami dia buat tak tahu je kat dia. Dia mengadu sakit, suami dia buat tak peduli just suruh makan panadol, mengadu kulit gatal-gatal, dikata mengada-ngada, suruh sapu bedak saja, minta dihantar berubat kampung, suami dia akan melenting marah-marah. Tapi bila di hospital, tiada doktor sahkan tiada penyakit serius cuma keletihan masa dia pengsan hari tu.

Kakak cakap, layanan suami pada dia pun dah dingin. Nak balik rumah mak ayah pun dia tak bagi. Hidup dia stress. Kadang-kadang bila ditempat kerja, kak Mira ada Whatsapp aku. Dia cakap macam nak mati je. Nak bunuh diri. Dia stress hidup dengan suami dia. Aku pulak, bila dia dah mengadu macam tu, aku mampu nasihat je. Aku suruh dia istighfar. Aku taknak dia ambil langkah terburu-buru. Dalam masa sama, aku dengan mak ayah tengah berusaha nak ubatkan kak Mira tanpa pengetahuan dia dan suami.

Dia selalu kata dia rasa sayu sedih je tiba-tiba tanpa sebab. Aku suruh dia ambil wuduk baca Al Quran kalau tak mampu buka surah Al Baqarah. Benda ni bukan main-main aku pernah laluinya, tak ada support memang akan hanyut. Hanyut dalam bisikan. syaitan.

Setiap kali kalau aku bercakap tentang hal ni bahu aku akan terasa berat dan lepas tu leher rasa macam dicekik. Benda ni Baru berlaku minggu lepas. Setakat ini masih tiada apa-apa progress tentang perihal kak Mira. Kalau ada, In Shaa Allah akan aku update episod ke dua confession ni nanti. Kalau rajin lah ye. Hehe

Tujuan aku ceritakan hal ni, aku nak dunia tahu, sihir dan santau ini masih wujud hingga ke hari ini. dan bukan sahaja berlaku daripada jiran ke atau saudara jauh ke atau kawan-kawan atau rakan sekerja atau mentua dan ipar duai, ianya boleh juga datang daripada orang yang amat dekat dengan kita. Orang yang suatu masa pernah melafazkan sejuta sayang taat setia pada kita tapi masih tergamak melakukan demikian. Termasuklah suami sendiri atau sebaliknya.

To my sis, mak abah adik semua sayangkan kak Mira. Semoga Allah SWT bagi kakak kesembuhan, Allah SWT bagi kak kesedaran. Lawan lah kak, jangan mengalah. Aku mohon Ya Allah, bukakanlah pintu hati kakakku, tunjukkan dia jalan yang lurus, berikan kesembuhan pada dia, dia lah harapan mak dan ayah aku. Kepada pembaca yang baca kisah ni, minta tolong doakan kakak aku ya. Jasa baik kalian aku mohon Allah SWT balas dengan seribu kebaikan.

Aku harap, dengan tersiarnya kisah ini, kaum isteri kat luar sana bukak mata bukak hati, kalau rasa ada benda tak kena kat diri berusahalah. Kalau suami tak nak amik tahu, it’s not the end of the world. Mak ayah adik beradik masih ada. Atau paling tidak pun , anda masih ada diri sendiri. Tolonglah diri anda sendiri.

Adik yang susah hati,

-Lin-

9 thoughts on “[Confession] Suami Durjana – Isteri Pucat Macam Mayat Hidup Angkara Sihir Suami Sendiri

Add yours

  1. naturally like your web-site but you have to take a look at the spelling on quite a few of your
    posts. Many of them are rife with spelling issues and I find it very troublesome to inform the
    reality however I’ll definitely come again again.

    Like

  2. Hey just wanted to give you a quick heads up.
    The text in your article seem to be running off the screen in Safari.
    I’m not sure if this is a formatting issue or something to do with internet browser compatibility but I
    thought I’d post to let you know. The layout look great though!
    Hope you get the issue solved soon. Thanks It
    is the best time to make a few plans for the future and it’s time to be happy.
    I have read this publish and if I could I desire to recommend you some interesting things or tips.
    Perhaps you could write subsequent articles regarding this article.
    I want to read more issues approximately it! Wow! This blog looks exactly like my old one!

    It’s on a totally different subject but it has
    pretty much the same page layout and design. Wonderful choice of colors!
    http://foxnews.net

    Like

  3. Cialis Super Activa Citalopram Online Levitra Es Efectivo [url=http://sildenaf50.com]viagra[/url] Virgra Lotensin Keflex Uses For Generics 4 U Soft Cialis Online [url=http://viaonlineusa.com]viagra online[/url] Vendita Cialis Svizzera Keflex Pfizer Viagra Wiki Cephalexin 500mg Color Propecia Bestellen Ohne Rezept Direct Secure Ordering Bentyl Saturday Delivery Kingston [url=http://oc-35.com]finpecia from india online[/url] Costco Pharmacy Prices Levitra 52 Prix Viagra Et Cialis Amoxicillin Vs Augmentin For Pediatric Sinusitis Propecia Farmacia [url=http://cialvia.com]cialis[/url] Can Amoxicillin Eliminate Tooth Infection

    Like

  4. Dapoxetina Menarini Picture Of Keflex Priligy Serve La Ricetta Medica [url=http://cialusa.com]cialis for sale[/url] Order Now Doryx Vibramycin Generic Provera With Free Shipping Price Overseas Amex Accepted Lexington Can You Buy Cipro 250mg Online Amoxil Et New Primatene Mist For Sale [url=http://rxasian.com]viagra[/url] Propecia Engorda Garantia De Satisfaccion Pepfiz Cialis Generico Sevilla Glyburide Online No Prescription Cialis Legal Deutschland [url=http://cheapcial20mg.com]cialis tablets for sale[/url] Viagra Cialis Farmaci Where To Order Doryx Jersey Citybuy Vigora 100

    Like

  5. Priligy Generico Andorra [url=http://bestviaonline.com]viagra[/url] Cheap Viagra In Australia Generique Cialis En France Online Provera Ups Cephalexin Induced Acute Interstitial Nephritis [url=http://cheapvia25mg.com]viagra[/url] Misoprostol Sans Ordonnance Penicillin Amoxicillin Keflex Rash Cialis Vrai Ou Faux Amoxil Problems [url=http://ilfrc.com]comprar viagra[/url] Levitra Dosaggio Essere Buy Doxine

    Like

  6. Tadalis Sx Soft Price Propecia Tasmania [url=http://zgdkdz.com]online pharmacy[/url] Where To Buy Flagyl Us Secure Ordering Dutasteride Medication Price Shipped Ups Store Falkirk How To Buy Antibiotics Online Buying Real Provera Cycrin Finasteride Propecia [url=http://abtsam.com]viagra prescription[/url] Before After Using Propecia Pillole Kamagra Calificaciones Con Propecia [url=http://cthosts.net]cialis vs viagra[/url] Cialis Non Agisce Cialis 10 Mg Precio Farmacia Levitra Lawyers [url=http://leviinusa.com]levitra brand online[/url] Kamagra Sildenafil Citrate Tablets Zithromax Powder Online Canadian Pharcharmy For Antibiotics Buy Strattera Atomoxetine Mexico Online [url=http://rxasian.com]viagra[/url] Dapoxetine Prix How Long Does Levitra Last

    Like

Leave a Reply to http://wiki.jedium.com/ Cancel reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: