[Cultures] 13 Adat Perkahwinan Pelik-Pelik Di Seluruh Dunia

Artikel asal dipetik daripada iluminasi.com

Adat perkahwinan merupakan tatacara yang berbeza yang diamalkan berdasarkan budaya, adat, bangsa dan keturunan sesuatu pasangan. Sudah seperti menjadi satu kebiasaan satu pasangan itu perlu melalui pelbagai upacara tertentu yang diwarisi turun termurun dan dipenuhi satu persatu. Kalau tak mertua kecil hati!

Berikut adalah 13 adat ritual perkahwinan paling ganjil yang masih diamalkan oleh masyarakat pelbagai budaya yang hidup di serata dunia.

1. Menghitamkan pengantin

pengantin dihitamkan dengan disimbah cat hitam

Menghitamkan pengantin ialah tradisi yang sudah lama diamalkan di Scotland. Sebelum perkahwinan berlangsung, pengantin akan ‘diculik’ oleh rakan-rakan baik mereka sebelum dituang segala campuran benda kotor diperbuat daripada susu basi, tepung, telur, sehinggakan bancuhan tar. Biasanya campuran cecair hitam adalah sering digunakan. Ia bertujuan untuk menghalau roh jahat yang mengganggu pengantin dan masih dilakukan di sesetengah tempat di Scotland.

2. Upacara menangis kaum Tujia di China

iluminasi tradisi perkahwinan pelik

Wujud satu kaum etnik di China yang masih lagi mengamalkan budaya ini yang berasal ketika Zaman Negeri-Negeri Berperang China atau Warring States. Kaum Tujia yang duduk di daerah Sichuan masih berpegang teguh kepada upacara ini, bagi menandakan kesedihan yang dihadapi gadis kerana akan meninggalkan keluarganya selepas berkahwin.

Bakal pengantin perempuan akan duduk dalam satu dewan dan dimestikan menangis selama lebih sejam dalam 10 hari seorang diri, sebelum ibunya pun turut serta menangis pada hari ke 11 diikuti neneknya. Bagi gadis yang gagal menangis, mereka akan dipandang rendah oleh masyarakat setempat termasuklah keluarganya. Puncanya – jika gagal menangis, itu bermaksud gadis tersebut gembira untuk meninggalkan keluarganya.

3. Tetamu dibenarkan mencium pengantin

tetamu boleh cium pengantin

Mencium ketika berkahwin adalah perkara biasa yang berlaku dalam mana-mana budaya barat namun ia tidaklah sama dengan adat di Sweden. Di sana, para tetamu yang masih bujang dibolehkan mencium pengantin lelaki atau wanita. Jika pengantin lelaki keluar dari dewan atau pergi ke tandas maka para tetamu yang masih bujang dibolehkan mengucup pengantin wanita dan begitu juga sebaliknya.

4. Ayah mertua meludah anak menantu di Kenya

iluminasi tradisi perkahwinan pelik3

Suku etnik Massai di Kenya percaya yang kebahagiaan rumah tangga terletak pada ayah pengantin lelaki. Penganting perempuan dibotakkan kepalanya lalu dilumur kepalanya dengan lemak kambing dan minyak sebagai satu simbol keberkatan.

Selepas selesai upacara mencukur kepala, ayah mertua pengantin perempuan itu akan meludah kepala dan bahagian dada pengantin perempuan untuk memberi mereka nasib baik dan perkahwinan yang berpanjangan.

Habis saja upacara itu, pasangan pengantin akan beredar dan tidak dibenarkan menoleh ke belakang lagi, kerana mereka percaya pengantin yang menoleh ke belakang, akan bertukar menjadi batu. Sebagai penamat, dua hari kemudian, ibu pengantin lelaki pula akan mencukur kepalanya bagi sebegai tanda upacara perkahwinan mereka dah selesai.

5. Memakan sisa makanan di dalam mangkuk tandas 

kenduri makan dalam mangkuk tandas

Ritual pelik ini berasal dari Perancis. Walaupun ibu kotanya Paris merupakan bandar paling romantik namun rakyat Perancis mempunyai ritual pelik yang boleh meloyakan. Pada jamuan makan perkahwinan, sisa lebihan makanan atau sup akan dimasukkan ke dalam mangkuk tandas dan kedua-dua pengantin perlu memakannya. Mereka mempercayai bahawa amalan ini akan membawa tuah untuk pasangan pengantin. Kini, sisa makanan dan sup telah digantikan dengan minuman keras atau coklat, namun masih juga beralaskan mangkuk tandas.

6. Memecahkan pinggan serta kaca bagi mengusir roh jahat

memecahkan pinggan mangkuk untuk halau hantu

Di Jerman, pada malam sebelum berlangsungnya perkahwinan, ahli keluarga dan sahabat terdekat bagi pasangan pengantin akan memecahkan pinggan mangkuk atau kaca dengan membalingnya ke tanah. Ritual ini dipanggil Polterabend yang bermaksud “malam membuat bising” dalam bahasa Jerman. Tradisi ini dibuat kerana dipercayai membawa nasib yang baik selain mengusir roh jahat yang tidak suka bunyi pinggan atau kaca dipecahkan.

7. Penculikan pengantin perempuan di Kyrgyzstan

iluminasi tradisi perkahwinan pelik4 365

Upcara yang digelarkan ‘ala kachuu’ ini masih lagi diamalkan sehingga sekarang. Walaupun sudah pun diharamkan amalannya, masih ramai rakyat Kyrgyzstan yang meneruskan amalan ini sebagai satu tradisi.

Pihak lelaki akan menculik gadis yang ingin dikahwini sama ada secara sukarela atau paksa dan dikurung di dalam rumah keluarga lelaki dalam sebuah bilik. Gadis itu akan diberikan sehelai selendang yang perlu dia pakai jika dia setuju untuk menjadi isteri kepada lelaki yang menculiknya.

Jika si gadis enggan, pihak keluarganya akan dijemput bagi memujuk gadis tersebut untuk bersetuju. Selalunya, gadis itu akan bersetuju juga akhirnya. Menurut kajian, hampir separuh perkahwinan orang Kyrgyzstan melibatkan penculikan dan 2/3 daripada penculikan itu berakhir dengan perkahwinan paksa.

8. Pukul kaki pengantin lelaki dengan ikan di Korea Selatan

iluminasi tradisi perkahwinan pelik6

Kepercayaan Korea memerlukan seseorang pengantin lelaki membenarkan saudara-mara dan rakan-rakannya untuk memukul tapak kaki beliau dengan ikan atau sebatang tongkat sebagai satu simbol kejantanan.

Tradisi yang dinamakan ‘falaka’ ini diadakan sejurus selepas tamatnya upacara perkahwinan. Pengantin lelaki perlu menanggalkan kasut dan stokin yang dipakai serta kedua-dua kakinya dipegang dan tetamu bergilir-gilir akan menyoal penganting tentang apa saja yang mereka mahu. Jika gagal mendapat jawapan yang memuaskan, pukulan akan dikenakan pada tapak kaki pengantin lelaki tersebut.

9. Mencuri kasut

kasut pengantin dicuri tetamu

Di sesetengah kawasan di India, pengantin lelaki harus membuka kasutnya sebelum naik ke atas pelamin dan ini boleh menimbulkan kekecohan. Pihak keluarga pengantin wanita akan berusaha mencuri kasut itu manakala keluarga lelaki pula akan berusaha untuk melindunginya. Jika kasut berjaya dicuri, pihak pengantin lelaki perlu membayar sejumlah wang tebusan.

10. Berkahwin dengan pokok sebelum menebangnya

berkahwin dengan pokok sebelum ditebang

Di negara filem Bollywood ini, tersebar satu ritual pelik apabila pengantin wanita harus berkahwin dengan sebatang pokok. Tukang tilik memainkan peranan yang penting dalam perkahwinan di India. Jika pengantin wanita tidak secocok dengan pasangannya setelah ditilik, dia harus mengahwini sebatang pokok hidup dan kemudian pokok itu ditebang bagi membuang nasib malangnya itu. Antara artis terkenal yang melakukan upacara ini ialah Aishwarya Rai dan pasangannya Abhishek Bachchan.

11. Pengantin lelaki memanah pengantin wanita

pengantin lelaki memanah pengantin perempuan

Bagi masyarakat minoriti Yugur di China, pengantin lelaki diberikan sebuah busur dan tiga anak panah. Dengan peralatan yang diberi, dia perlu memanah bakal isterinya sendiri sebanyak 3 kali. Jangan khuatir kerana anak panah yang digunakan tidak mempunyai mata yang tajam (jika pengantin wanita mati maka siapa pula yang nak berkahwin pada majlis perkahwinan tersebut, kan?). Pengantin lelaki kemudian akan mematahkan anak panah dan busurnya supaya pasangan itu akan hidup bahagia selamanya.

12. Pengantin di Indonesia tidak dibenarkan ke tandas langsung

iluminasi tradisi perkahwinan pelik7

Semua pengantin dari suku etnik Tidung yang berasal dari Indonesia, tidak dibenarkan menggunakan tandas selama 3 hari selepas berlangungnya perkahwinan mereka. Mereka percaya dengan mengamalkan pantang larang tersebut, perkahwinan mereka akan kekal bertahan lama dan dihindari nasib buruk.

Dalam tempoj 3 hari tersebut, pengantin baru itu akan diawasi oleh beberapa orang yang ditugaskan memantau tindak-tanduk mereka sebelum dibenarkan mandi selepas menjalani 3 hari tersebut.

13. Membayar duit untuk menari dengan pengantin

bayar pengantin untuk menari

Di Poland, para tetamu yang hadir pada majlis perkahwinan dibenarkan menari mesra dengan pengantin lelaki mahupun wanita. Namun begitu, mereka perlu membayar sejumlah wang untuk menari bersama pengantin. Duit kertas yang biasanya dilekatkan atau dimasukkan ke dalam gaun atau sut pengantin bertujuan bagi membantu pengantin memulakan kehidupan baru bersama nanti. Kini, adat ini telah tersebar dan dipraktikkan sehingga ke Filipina.

Pelik-pelik juga kan tradisi perkahwinan masyarakat lain

Advertisements

8 thoughts on “[Cultures] 13 Adat Perkahwinan Pelik-Pelik Di Seluruh Dunia

Add yours

  1. It is the best time to make some plans for the longer term and it’s time to be happy.
    I’ve learn this post and if I could I wish to suggest you
    few attention-grabbing things or advice. Maybe you can write next
    articles regarding this article. I want to learn even more things approximately it!
    It is perfect time to make some plans for the future and it is
    time to be happy. I have read this post
    and if I could I wish to suggest you some interesting things or advice.

    Maybe you could write next articles referring to this article.
    I desire to read even more things about it! Ahaa, its fastidious dialogue regarding
    this piece of writing at this place at this webpage, I have read all that, so now me also
    commenting at this place. http://foxnews.net

    Like

  2. Zenegra Online Uk Amoxicillin Creatinine Clearance [url=http://staminamen.com]cheapest cialis[/url] Finasteride 5 Mg For Sale Viagra 25mg Bestellen Compra Viagra En Espana [url=http://mailordervia.com]buy viagra[/url] Propecia 2mg Novolog Ltd Vente Viagra Kamagra 24 Hour Candian Pramcy [url=http://buycialonline.com]cialis generic[/url] Acheter Xenical En Suisse Levaquin 750mg Gatigol Usa Cheap Zentel Mail Order Carmarthenshire Generic Viagra Sold In United States Levitra Scaduto Fa Male [url=http://ciali20mg.com]online cialis[/url] Buy Finpecia Online Clomid Mois Ovulation Stendra Can I Purchase Valtrex For Sale In The Uk [url=http://bakgol.com]achat de viagra en belgique[/url] Dapoxetine Achat Propecia Low Dose Viagra Generika Frau Can I Buy Prevacid In Canada [url=http://truthaboutstaininggrid.com][/url] Cialis Generico E Originale Propecia Propecia

    Like

  3. Propecia Tariffe Uricon With Out Precritpion For Dogs [url=http://xzanax.com][/url] Acquisto Viagra Online Sicuro Cialis Generika Tipps Zithromax Full Or Empty Stomach Propecia E Infertilidad Efectos Secundarios [url=http://drugsor.com]viagra vs cialis vs levitra samples[/url] Propecia Wa Cialis Precio 20 Mg Cialis Senza Dogana [url=http://cheapvia25mg.com]viagra[/url] Amoxicillin Libido Viagra Frau Tabletten Acheter Amoxicillin Pharmacie Livrer A Domicile De Medicaments [url=http://eulexin.net]online pharmacy[/url] Acheter Kamagra Bon Marche Priligy 30mg Wiki Cephalexin 500mg Cap Ranbaxy

    Like

  4. Holistic Propecia Buy Genuine Levitra Viagra From Usa Suppliers [url=http://viaaorder.com]viagra[/url] Propecia Ancianos Acheter Cialis Tadalafil 20mg Tab Shipped Ups Progesterone Amex Accepted Store

    Like

  5. І wаs curious if you ever thoought of
    changing the page layout օf уouг website? Ιts very
    well ԝritten; I love ԝһat youve got tⲟ say. Bᥙt maуbе үou could a ⅼittle m᧐re
    in the way ᧐f content so people could connect ԝith іt ƅetter.
    Youve got an awful lot оf text fоr ߋnly haᴠing one
    oor 2 images. Maybe yⲟu coսld space іt oսt bеtter?

    http://viagra.bingapproved.club

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: