[Cerita Mdm Yui] Susuk Part I

Cerita asal dipetik dari Facebook: Mdm Yui (https://www.facebook.com/aleesya.hani)

#ceritasatumalam

#stockmerindingbacaanberteman – #SUSUK

“Tolong lah tok.. Dah buntu saya. Siang malam asyik menghadap perempuan tu, hati saya sakit tok.”

Rayu seorang wanita separuh baya, mencuba untuk menyampaikan simpati demi memenuhi hasratnya. dan wanita itu ialah AKU!! Aku yang telah hilang pertimbangan.

Aku tekad. Membulat tujuan!! Tidak mahu lagi diri aku menjadi hamba dan bahan cacian dalam kalangan rakan sekerja.

Telah hampir 13 tahun, aku bekerja di sebuah kilang elektronik di bandar A. Selama 13 tahun itu juga aku memendam rasa, bila diri aku ini menjadi bahan lelucon kawan-kawan.

Gurauan yang pada orang lainnya mendatangkan rasa lucu hingga senak perut, tetapi pada aku tidak lebih sekadar duri dan jarum-jarum yang menyucuk hati dan jiwa. Berapa banyak kesabaran telah cuba aku bina, akhirnya benteng runtuh, sehingga menitis air mata aku. Bukan sekali, tetapi berkali-kali.

Bukan aku tidak punya jiwa atau rasa. Namun banyak aku memilih untuk dipendamkan sahaja. Bagaimana juga hendak aku melawan, 1000 mulut yang mencaci. Sedangkan aku, atau siapa sahaja berdampingan dengan aku turut menerima tempiasnya. Hanya yang tingga, Zura. Dia lah satu-satunya sahabat aku yang bertahan dan menulikan telinga.

Mungkin kerana fizikal kami hampir sama, lali sudah telinga dijadikan bahan senda gurau semua orang. Dari rakan sekerja, hingga ke pihak atasan juga. Pada aku, suatu saatnya nanti, mereka akan terbuka mata dan berhenti menghina!
Tunggu saat dan ketika yang paling sesuai!!

Sekadar rakan sekilang, dia boleh lagi menjeruk hati dan perasaan. Tetapi, sehingga tahap dirinya dimalukan di hadapan jejaka yang telah lama dia simpan rasa, memang tidak dapat hendak dia sembunyikan lagi kekecewaannya.

“Sudahlah kau montel. Ada hati nak memikat Isma? Ni, aku bawakan cermin. Tengok puas-puas muka kau kat cermin tu!!”

Bergelak ketawa Hasimah bersama beberapa lagi rakan rapatnya, yang masing-masing berkilo bedak dan solekan menepek di wajah. Ya, memang mereka jauh lebih cantik, jika dibariskan sebelah aku.

“Hoi…dah macam tu pun nak makan lagi? Hahahahha… Korang, tak payah pergi zoo. Kat kilang kita ni, hari-hari ada badak. Boleh tengok free!!”

Melengking suara Hasimah melantun di dalam kantin pekerja tengahari itu. Mengejek aku dan Zura yang sedang mengambil hidangan. Bukan aku makan banyak, cuma memang fizikal aku begini. Bukan tidak cuba aku ber’diet. Turunlah dalam 3 atau 4 kilo. Kemudian statik begitu. Entah apa yang tidak kena.

“Isma!! Tu awek yang gilakan kau. Taknak kau boncengkan dia?” Tanya Hasimah pada Isma satu petang ketika kami semua dalam perjalanan pulang.

“Ish, takkan Isma nak bawa badak? Pom!! Meletup nanti tayar motosikalnya.” Jawab suara lain, tidak bukan rakan seperjuangan Hasimah juga.

“Sudahlah. Kau naik je dengan Isma. Lagi layak kau yang duduk belakang tu. Sama padan. Tak sedar diri punya perempuan. Ada hati pulak nak caras orang!” Satu suars lagi menikam-nikam hati aku.

Ikutkan hati aku, hendak sahaja aku pecahkan muka perempuan ini.

“Sudahlah. Apa masalah korang dengan Idayu hah? Dia tak kacau korang lah!!!”

Kuat suara Zura menjerit di tepi aku. Agak terkaku yang lain mendengarnya. Termasuk aku ketika itu.

Namun, tidak lama kemudian kesenyapan itu dibunuh oleh suara-suara hilai tawa dari kumpulan Hasimah dan rakan-rakannya.

“Geng badak back up oii…!! Hahahaahhaha!! Sesuai lah kau Zura, kau pun macam badak juga. Sama dengan kawan kau tu. Haaa..elok lah berkawan. Jalan sama-sama. Berendam pula kat sungai hujung kampung korang. Hahahaha…”

Terngiang-ngiang aku mendengarkan ejekan Hasimah.

Ketika itu. Hanya genggaman tangan aku eratkan, menahan rasa. Air mata tidak aku sedari membasahi pipi. Perlahan aku usap. Disebalik kaburnya mata aku, dapat aku lihat. Isma, hanya senyum sahaja. Dalam hemat aku, pastinya dia turut mentertawakan aku.

“Sudahlah Zura. Biarlah.” Hanya itu dapat aku bisikkan pada Zura, ketika mana dia juga terhenjut-henjut bahu menahan tangisan.

“Idayu, jom la ikut aku. Kita cuba jumpa wak tu minggu ni. Ajar sikit perempuan tu.”

Zura bercakap dalam esak tangisnya sepanjang jalan kami lalui.

“Aku pun dah tak tahan Zura. Aku setuju. Hujung minggu ini, kita pergi.”

Pada aku, mulut Hasimah perlu diajar menghormati perasaan orang lain. Jangan sesuka hati melemparkan kata-kata yang akhirnya membuatkan aku seolah mempertikai dan meratapi kejadian diri.

Bukan aku pinta dilahirkan berkulit hitam, berjerawat pasir, badan agak gempal dan bergigi agak ke hadapan seperti itu. Sudah suratan takdir aku. Dalam adik beradik juga, aku sememangnya lain benar dari yang lain. Sudahlah disisihkan oleh adik beradik, dikatakan aku mungkin anak yang dikutip dari tong sampah. Mak juga seakan malu mempunyai anak seperti aku. Tidak cukup itu, rakan sekerja juga mengetawakan aku.

“Cantik itu subjektif”

Persetankan ayat itu. Pada aku, semuanya hanya lakonan manusia sahaja. Tetap pada pandangan mereka, yang berkulit licin, putih merah, bermata bundar dan bertubuh langsing juga menjadi dambaan.

Itulah yang membunuh jiwa dan rasa aku.

“Sudah kamu pikirin sehabisnya?” Garau suara lelaki tua berjanggut putih dan bersila di hadapan dupa kemenyan yang sentiasa berasap ditaburi kemenyan. Terkejut aku seketika dari melayan perasaan, yang akhirnya membawa aku ke tempat itu.

“Sudah tok. Perempuan tu patut diajar. Saya sudah lama sakit hati. Mulutnya jahat tok.”

“Kalau boleh. Buatkan dia berjerawat. Hitam badannya. Geram saya tok. Geram!”

Aku sejujurnya ketika itu tidak berfikir waras lagi. Bertemankan Zura, satu-satunya yang paling memahami, aku bulat tekad bertemu dengan ‘Wak’.

Apa terjadi kali ini, biarkan. Puas hati aku kalau mulut perempuan bernama Hasimah itu pandai tertutup.

“Pengerasnya bukan sedikit. Kamu juga jangan terlanggar pantang larang yang aku syaratkan nanti.”

“Setuju?”

Tanya Wak lagi. Aku hanya mengangguk-angguk. Sambil berbalas pandang dengan Zura yang aku lihat bersemangat semacam wajahnya. Di dalam tas tangan yang aku bawa, tersedia wang tunai hampir Rm3000. Biarlah berapa juga yang dipinta. Hasil simpanan ini akan dilaburkan juga. Asalkan pulangan lumayan.

“Susuk ini aku akan pasangkan ke wajah kamu. Sakit sedikit masa hendak menerima. Selepas itu, kamu seperti biasa.”

“Perempuan itu, akan menerima bahagiannya. Cuma, paling penting.. Kamu juga ingat syaratnya. Jangan terlanggar. Padah akibatnya!!”

Keras dihujung suara wak, mengingatkan aku malam itu.

“Sudah sedia?” Tanya wak lagi.

“Sudah wak. Sudah..saya sedia wak!”

“Sebelum aku pasangkan Susuk Kembang Kantil ini, beringat kau akan pantangnya. Cuba kau sebut, dan aku dengarkan”

“Aaa..ya wak… Pertama, bila tiba hari lahir saya, saya tidak boleh memakan sate, jantung pisang emas, buah nanas, dan peria.”

Wak mengangguk! “Bener. Bagus, teruskan!”

“Kedua, saya tidak boleh memotong buluh secara langsung dari pohonnya.”

“Hermmm…teruskan.”

“Saya tidak boleh menghampiri atau menyentuh tanah sekitar kuburan.”

“Keempat, saya tidak boleh memotong kuku jari tangan atau kaki pada malam hari. Mulai dari jam 11.00 malam hingga menjelang subuh.”

“Kelima, saya tidak boleh melingkarkan jari kelingking tangan kanan dengan jari kelingking tangan kiri, begitu juga sebaliknya.”

Menarik nafas aku ketika mengingatkan semula pantang larang yang disyaratkan untuk aku memakai susuk Bunga Kantil tersebut. Mujur aku ingati. Zura juga mengangguk. Kami berdua banyak mendiamkan diri. Hanya menjawab, untuk pertanyaan yang perlu kami beritahu, atau mengulang semula ayat yang wak ajarkan.

Ini pilihan aku, dan jalan terbaik aku rasakan untuk semua melihat aku lebih cantik dan sempurna selepas ini. Zura disebelah hanya tersenyum. Dia juga akan memakainya nanti. Dapat kami bayangkan, jika terhasil usaha kami ini tahulah mereka.

“Bagus!! Nampaknya ringan, tetapi jangan sampai memakan tuan!” Pesan wak, sebelum dia memperkemaskan sila dan menaburkan lagi kemenyan di dalam dupa. Bersusup sasap asap menerobos.

“Ikut aku..baca dengan penuh tekad dihati. Bunga kantilnya perlu di”Loloh” (telan / makan).”

“Di ambil bunganya. Persiapin.”

Ujar wak.

Aku dan Zura memegang seorang 2 kuntum bunga tersebut. Antara bait mantera yang aku ingati, adalah..

“Sir kang tidak puji marang uwong
Nglangkahi kantil mlaku ning aku
Melua kanti mbuka ati slirane…..”

Panjang lagi. Tidak dapat aku ingati semuanya. Biarlah menjadi rahsia aku. Maka aku dengan sepenuh hati mengikut mantera yang diucapkan. Sebelumnya, ada beberapa perkara telah kami tunaikan. Termasuk membawa bunga tersebut. Saat memejam mata sambil melafazkan mantera itulah, aku rasakan seakan satu semangat meresapi diri. Entah bagaimana hendak aku ungkapkan. (Jangan dibaca atau digunakan. Jalan ini salah! Cuma aku ketika itu tersalah arah. Lagi pula, ada beberapa perkara perlu dilakukan sebelum ritual memasang susuk kembang kantil ini.)

Seiapa yang tidak tahu, bagaimana rupanya kembang kantil itu, biar aku jelaskan.

Bunga dari pokok ini wangi harum baunya. Jika dihidu sedalamnya, seakan ada bau manis semulajadi. Berwarna putih. Berkelopak kecil dan cantik. Banyak ditanam di kawasan perkuburan. Juga ada di tanam sekitar rumah. Tetapi, entahlah kini. Kerana tidak kurang juga khabar mistik bunga ini, yang katanya menjadi kegemaran sejenis ‘makhluk’ alam lain. Menyeramkan. Tetapi, untuk kalian, aku olahkan juga.

Setelah selesai ritual malam itu, aku dan Zura kembali ke rumah kami. Malam itu, kami berdua tidak dapat melelapkan mata. Pada awalnya, ada semacam hadir bauan wangi, Bunga kantil yang kami telan tadi.

Menurut wak, jangan khuatir kerana khadam bunga yang kami jadikan susuk tersebut, telah mula menjalankan tugasnya. Sememangnya untuk kami pengamal baru, akan berasa sedikit keseraman. Sekejap ada bunyi gumaman, sekejap terdengar bagai ada sosok mengelilingi rumah kami, sekejap pula hidung menghidu bau kemenyan dibakar. Asapnya ada yang masuk melalui daun tingkap rumah. Pelik! kerana kami berdua hanya disuruh mengungkap mantera tadi. tidak pula kami membakar kemenyan. Jadi siapa yang berkeliling dan memperasap rumah kami malam itu?

Benarlah kata Zura, wak tersebut sangat bagus dan ampuh. Tidak sia-sia aku memberikan keseluruhan rm3000 aku tadi.

Keesokan hari, kami juga telah dipesan agar tidak melihat cermin selama 7 hari berturut-turut. Hanya pada hari kelapan aku dan Zura dibenarkan melihat cermin, itupun tepat jam 12 tengah malam, bersama sebekas bunga kantil di letakkan di hadapan cermin yang hendak kami gunakan nanti.

Ketika itu, habia semua cermin di rumah kami, telah kami tanggalkan. tutup. buang. simpan, demi memenuhi syarat.
Benarlah, bila diri telah dihasut oleh iblis dan syaitan yang menyesatkan, dosa dan pahala tidak lagi dijadikan pertimbangan. Aku mula terpesong. Jauh aku rasakan…

.
.
.
.
.
.

Enjoy

– Mdm Yui –

Advertisements

2 thoughts on “[Cerita Mdm Yui] Susuk Part I

Add yours

  1. Ahaa, its nice discussion regarding this post at this place at
    this web site, I have read all that, so now me also commenting at this place.
    Everyone loves what you guys are up too. Such clever work and reporting!
    Keep up the amazing works guys I’ve included you guys
    to my own blogroll. Hi, I log on to your new stuff daily.
    Your writing style is awesome, keep doing what you’re
    doing! http://Foxnews.org/

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: