[Confession] Natijah Makan Harta Anak Yatim, Kedua Kaki Mak Aku Kena Potong

Related image

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan mereka bertanya lagi kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (masalah) anak yatim.

Katakanlah: Memperbaiki keadaan anak yatim itu amatlah baiknya dan jika kamu bercampur gaul dengan mereka (maka tidak ada salahnya) kerana mereka itu ialah saudara kamu (yang seagama) dan Allah mengetahui akan orang yang merosakkan (harta benda mereka) daripada orang yang hendak memperbaikinya. Dan jika Allah menghendaki tentulah Dia memberatkan kamu (dengan mengharamkan bercampur gaul dengan mereka). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa Lagi Maha Bijaksana.” (Surah al-Baqarah, ayat 220)


Hai, nama aku Sarah. Aku tak tau nak ceritakan pada siapa. Kerana ini akan membuka aib ibu bapaku sendiri. Tapi aku nak masyarakat tahu apa bahayanya makan harta anak yatim, apa kesannya yang mak ayah aku hadapi akibat menganiaya adik tiri mereka sendiri, iaitu paksu aku. Sebenarnya, kalau nak ikut hukum, kira adik kandung, kerana cuma berlainan ibu, tapi masih ber-bin kan ayah yang sama.

Arwah atuk aku ni sejak kematian isterinya (arwah nenek kandung aku), dia banyak kali cuba berkahwin. Dengan janda ada anak, dengan janda single, dengan anak dara tua, tapi tak pernah bertahan lama. sehingga lah dia kawen dengan seorang anak dara muda (nek muda aku lah) perkahwinan mereka bertahan 10 tahun lamanya dan dkurniakan seorang anak lelaki, iaitu paksu aku. aku panggil Paksu Jamil (Bukan nama sebenar).

Aku dengan paksu Jamil ni umur separuh baya. Ye lah, dah nama pun tokwan nikah dgn anak dara muda kan. Dia lahir masa tu usia aku 15 tahun. Mak aku anak kedua daripada 5 beradik yang seibu. Paksu aku anak ke 6 yang se-bapa.

well, tokwan aku ni bukan lah orang kaya ke apa tapi dia banyak tanah bendang dan tanah kebun. sentiasa ada hasil dan dia memamng dikenali dikampung. Biasa lah banyak harta, kereta besar, orang kenal lah. Jadi masa tokwan nak menikah anak dara, adik beradik mak tak setuju lah. lebih-lebih lagi mak. katanya nek muda hanya nakkan harta tokwan sahaja.

tapi dah jodoh kan, kahwin lah juga tokwan dengan nek muda. sepuluh tahun juga mereka jadi suami isteri. masa ni semua ok-ok sahaja lah walaupun tiap kali balik raya kat kampung aku perasan lah juga ada suasana tegang je antara nek muda dengan adik beradik mak aku. tapi keadaan selalunya dapat dikawal lah.

segalanya bermula bila tiba-tiba tokwan jatuh sakit. biasa lah kan umur pun dah 70an nak masuk 80 normal lah sakit-sakit tua kan. tapi nek muda yang kena tuduh katanya hantar benda kat tokwan sampai dia mati. naudzubillah. mak and adik beradik dia ni tak takut dosa fitnah ke.

bila tokwan dah takde, isu paling hangat adalah isu harta dan hak penjagaan paksu aku yang masa tu baru berusia 10 tahun.

balik je dari kubur, tanah kubur masih basah dan merah, mak dah bertempit dalam rumah halau nek muda dan paklong pun aku tengok sama je tengah berbagi-bagi isu harta. ayah aku tu depan org diam saja dia tapi bila berdua dengan mak, kadang-kadang aku dengar juga dia menghasut. “Jangan dibagi budak tu duduk rumah ayah. nanti habis dibolotnya tanah-tanah arwah. tu, duit dalam bank tu, pergi keluarkan semua”

naudzubillah. kadang-kadang aku kesal, apa lah nak jadi dengan mak dan ayah ni. kenapa tak serupa orang lain.

disebabkan nek muda ada anak lelaki, jadi nek muda ada hak atas sebahagian harta tokwan mengikut pembahagian faraid. sepatutnya tak ada masalah lah kan? nek muda boleh duduk dengan anak dia atas tanah rumah pusaka tokwan tu, besarkan anak dia.

tapi, takdir Allah swt, lain pula jadinya. seminggu selepas tokwan meninggal, nek muda tiba-tiba jadi gila. menjadi-jadi hingga beberapa bulan. mula-mula dia berkurung dalam bilik. dengar cerita makan taknak apa pun taknak. kadang-kadang paksu cerita ibunya itu bercakap sorang-sorang, lepastu tak semena menangis. kadang ketawa sendirian. terpaksa paklong hantarkan ke hospital dan nek muda ditahan di wad psikiatrik.

bila dah bahagi-bahagi harta, mak dan adik bradik lain ada lah jugak aku dengar tak puas hati itu ini. pertikaikan kenapa kena kongsi juga dengan orang luar. Astargfirullah, nak kata mak aku ni tak belajar ugama, dulu tokwan hantar sekolah agama. tapi beza adik kandung sendiri dengan orang luar pun dia tak tahu. mujur paklong jenis tegas. minta adik beradik mak yang lain jangan ganggu nek muda dengan paksu sebab masing-masing sudah dapat bahagiannya.

jadi senyap lah sekejap isu harta. beberapa bulan selepas itu paklong datang rumah arwah tokwan sebab dia dengar nek muda meracau macam orang gila sebelum paklong dengan maklong bawa dia pergi hospital. itu pun jenuh kena ikat dalam hilux nak bawa dia. mereka kan lama tak datang melawat paksu, macam mana diorang boleh tahu nek muda sakit? ha mak aku la bagitau paklong ”makcik sakit” katanya. haa ni pun ada cerita macam mana mak aku boleh tahu. sedangkan tak mungkin lah dia rajin sangat nak pegi melawat orang yang dia benci dari dulu.

kalau kat rumah aku tu, tak habis-habis mak meratib betapa bencinya dia dengan ”makcik” dia tu. anak-anak cuma dengar. tapi ada juga adik beradik aku yang sebelahkan mak. membodek la katakan. boleh dapat duit belanja lebih kalau mengampu mak. ish ish apa nak jadi. macam aku anak ke tiga memang pendiam. mak cakap apa, mak cerita apa aku sengih-sengih je walaupun aku tahu mak aku salah, tapi aku tak boleh derhaka dengan dia. nanti dengan aku sama kena sembur. mak ni baran dan pemarah.

nak dipendekkan cerita, bila nek muda tak dpt dikeluarkan dari wad sakit jiwa kerana diisytihar sakit jiwa oleh doktor. bak kata mak aku, ”gila royan”, maka mereka adik beradik bermesyuarat lagi untuk decide sapa nak jaga paksu yang masa tu baru nak masuk darjah lima.

sejak paksu lahir, ini lah kali pertama aku tengok mak aku usap kepala paksu sambil cakap ”kesian budak ni, kecik-kecik dah hilang mak ayah.. takpa la bang long, adik-adik, biar kak ngah jaga budak ni” sambil senyum-senyum simpul. dah besar sikit baru aku paham, senyum ada makna.

bila mak bawa balik paksu untuk tinggal bersama kami, bermula la kisah duka budak halus tu seperti hidup dalam neraka. sepak terajang itu biasa. makan pun kadang-kadang dua hari sekali baru dapat makan itupun nasi putih yang bahagian kerak-kerak tu dengan kepala ikan je. dihancur-hancur kan la kepala ikan goreng tu untuk rasa sedap sikit nasi tu. ayah? ayah pun sama. pernah dipijaknya paksu depan kitorg semua masa paksu tengah buat kerja sekolah. terguling-guling paksu menahan senak. aku macam nak nangis dah. abang-abang aku boleh bantai gelak je. aku pun hampir stress sebab aku kesian dengan paksu. nak ditegur, selalunya end up aku akan kena benda sama.

3 tahun pertama paksu duduk dengan aku, memang badan dia penuh birat. paklong, pak lang, mak andak dan maksu timah pun lama x datang jenguk paksu. kesian dia. kalau time raya pun selalu dikatakan budak tu tidur atau keluar bermain. dan aku juga baru tahu upah jaga paksu, paklong beri mak rm300 setiap bulan daripada hasil kebun tokwan. dan bahagian paksu sebanyak 800 sebulan pun mak lesapkan. haritu lah, mak bising-bising telefon paklong katanya ‘duit royalti’ belum masuk. aku yang dengar pun geram. masa ni pun aku dah macam benci mak dengan ayah.

lepas tu aku tak tahu apa jadi dengan paksu. aku masuk U lepas SPM, lepas tu sambung bekerja di ibu kota. balik pun sekali sekala. bila balik, ada juga duduk-duduk tanya kabar dia. tapi paksu dah banyak berubah. jadi pendiam je. sepuluh patah tanya, sepatah je jawab. kurus je dia. bila tengok muka dia, attitude dia, aku tahu dia memendam rasa tapi tak tahu pada siapa dia nak mengadu. aku pun jarang balik. entah apa yang di hadapi sepanjang 7 tahun ni, Allah je yang tahu.

dia belajar tak berapa pandai. entah betul tak pandai atau jiwa dia tertekan tak boleh belajar. mak memang hantar dia sekolah tapi bukan selalu bagi pergi sekolah pun. kadang-kadang sakan paksu tu bersiap nak pergi sekolah subuh-subuh, tiba2 mak suruh pergi menebas la, kait kelapa lah. ikut suka dia je. naya je kat paksu.

belajar tak pandai, SPM pun dia tak ambik. lepas PMR terus paksu kerja. kerja-kerja kampung macam tu je. itu pun, semua hasil gajinya mak yang simpan. bukan tolong simpan ye, kira ambil terus. tak dibagi, diugut halaunya budak tu. dalam hati aku kadang terdetik je, lari je lah paksu, tak tahan Sarah tengok paksu kena buli dalam rumah ni.

agaknya paksu aku pun terdetik benda sama, satu hari tu, balik dari kerja dia terus tak balik rumah. mungkin itu hari gaji dia kerja car wash tu, dia terus naik bas pergi rumah paklong di kota tinggi. dia cakap dia nak tau mak dia kat mana. dia nak jumpa mak dia. Allah, masa ni aku dengar dah sebak rasa. paklong tanya kenapa, dan kenapa dtg sorang. paksu kata dia lari dr rumah kak ngah (mak aku la) dan dia cerita semua yang dia ingat. masa ni dia 17 tahun.

paklong marah. telefon mak marah-marah tapi mak buat muka bodoh je anggap tindakan dia betul. paklong kata kat paksu, malam ni tidur kota tinggi, besok ke temerloh sama2 dengan dia, bersemuka dengan mak dan ayah aku. tapi malam tu juga paksu hilang dari rumah paklong. menyelinap keluar, dan takda siapa tahu paksu kat mana sekarang.

sejak dia hilang, ada terfikir nak buat report polis, tapi paksu selalu telefon paklong , cakap jangan risau, dia selamat. dia cuma nak berdikari, dan terima kasih atas jasa paklong selama ni. dia juga suruh paklong ucap terima kasih kat mak aku sekeluarga sebab dah jaga dia selama ni. Allah, mulianya hatimu paksu.

mak aku pulak, lepas paksu hilang, seminggu dua tu dia pura-pura tunjuk riak happy tapi aku anak, aku tahu lah dia betul2 happy ke atau buat2. dia tak habis2 menyumpah ”anak tak sedar diuntung, elok lah kau pergi jauh2, bawa bala je..senang hati aku kau xde”. padahal dalam hati dia, kita tau dia tengah berkecamuk, mungkin dah mula takut kalau paksu lapor pada badan kebajikan masyarakat ke apa ke. paklong memang marah sungguh, bergaduh besar juga hari paklong datang tu walaupun paksu malam tu dah hilangkan diri.

semua orang tak sangka mak macam tu. dan paklong juga kesal dengan kami adik beradik sebab tak laporkan hal yang dah lama berlaku ni. maafkan kami paklong.. T_T

genap sebulan paksu lari, mak jatuh sakit. kakinya bengkak2 dan kena potong. nak kata diabetis, bacaan gula mak normal. mak selalu demam2 dan meracau2 nak jumpa ‘makcik’ katanya. ayah ada panggil orang bijak pandai datang ubatkan mak. kata ustaz, mak termakan santau sendiri. rupanya, dulu dia lah yang santaukan nek muda, supaya dia dpt hak penjagaan paksu, sekali gus dapat duit dan harta2 bahagian paksu yang septutnya diserahkan kepada paksu bila umur 18 tahun.

mak meracau agak teruk, selalu gelisah. katanya ada orang nak datang lah. menjerit mengongoi tengah2 malam mendayu-dayu. bukan bahasa melayu pulak tu. bahasa siam! kami pun naik seram. ayah pula asik lepak kedai je main dam aji. serabut agaknya tengok mak sakit.

sekarang ni paklong tengah usahakan mak aku untuk jumpa nek muda kat hospital kat perak. ustaz kata dia kena minta maaf dekat orang tu, baru boleh buang sihir yang makan diri dia tu. tapi agak susah nak berjalan jauh sebab keadaan mak makin uzur, kaki takda, pakai pampers. sekarang aku yang ambil cuti tanpa gaji jaga mak. abang-abang aku ada yang dah kahwin ada yang kerja jauh.

kalau lah masa boleh diulang kembali, aku harap aku dapat halang semua ini dari terjadi. aku benci apa yang mak dan ayah buat, tapi macam mana pun, dia mak ayah aku, aku mohon korang doakan semoga mereka berubah ya. mereka pun dah dapat balasan setimpal. untuk korang yang diluar sana, jangan lah sesekali menganiaya atau memakan harta anak yatim. doakan supaya mak aku sempat bertaubat. mak aku sekarang dah menyesal dan asik suruh kami cari paksu. dia nak pulangkan hak-hak paksu yang dia ambil dulu.

buat paksu jamil, sarah harap kalau paksu baca ni, sarah minta maaf bagi pihak keluarga sarah. paksu tolong lah balik temerloh, mak sedang sakit. mak nak sangat jumpa paksu.

yang benar

-sarah-


Perkataan yatim disebut sebanyak 23 kali dalam al-Quran dan ia pasti memberi satu isyarat jelas kepada umat Islam bahawa mereka perlu memberikan perhatian serta pembelaan untuk membolehkan anak yatim hidup selesa, sempurna seperti orang lain yang mempunyai ayah dan ibu.

Daripada Abu Ummah, Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang membelai kepala anak yatim kerana Allah SWT, maka baginya kebaikan yang banyak daripada setiap rambut yang diusap. Dan barang siapa yang berbuat baik kepada anak yatim perempuan dan lelaki, maka aku dan dia akan berada di syurga seperti ini, Rasulullah SAW mengisyaratkan merenggangkan antara jari telunjuk dan jari tengahnya.” (Riwayat Ahmad)

Mengulas hadis riwayat Ahmad itu, Al-Hafizah Ibnu Hajar Al-Asqalani berkata: “Cukuplah sebagai bukti yang menetapkan dekatnya kedudukan nabi dengan kedudukan orang yang mengasuh anak yatim, kenyataan bahawa antara jari tengah dan jari telunjuk tidak ada jari yang lain.”

Ayat itu antara puluhan ayat menyarankan supaya hubungan dengan anak yatim ini bukan hanya sekadar memberi makan minum atau pakaian sahaja, tetapi juga layanan perasaan dengan mencampuri mereka penuh rasa cinta dan kasih sayang sebagaimana hubungan dengan adik beradik.

Umat Islam wajib memperbaiki keadaan mereka dengan memberikan pendidikan, bimbingan moral dan menguruskan harta kekayaan mereka. Jangan dipersia-siakan nasib mereka sehingga moral menjadi rosak dan hak mereka terbengkalai.

Dahulunya, sebahagian penjaga anak yatim mencampurkan makanan anak yatim dengan makanan mereka, harta anak yatim dengan harta mereka untuk sama-sama dilaburkan dalam perniagaan menyebabkan ada kala berlaku penganiayaan terhadap anak yatim. (https://www.bharian.com.my/node/65779)

Advertisements

4 thoughts on “[Confession] Natijah Makan Harta Anak Yatim, Kedua Kaki Mak Aku Kena Potong

Add yours

  1. Generico Propecia Comprar Cialis Cialis Avec Priligy Cialis For Sale In Phoenix viagra Conseguir Viagra Viagra Efectos En El Hombre Levitra Farmacia Acquisto Propecia Usa No Prescription Acheter Du Viagra Sur Reaction To Amoxicillin generic cialis from india Acquisto Viagra Pfizer Stendra 50mg No Physician Approval In Internet Al Maximo Kamagra canadian levitra Where Can I Buy Levitra In Massachusetts Atenolol And Amoxicillin

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: