[Tips Pengantin Baru] Permohonan Kad ID Nikah Negeri Pahang Selepas Selesai Majlis Akad

Alhamdulillah.

Segala puji bagi ALLAH, Tuhan semesta alam atas segala nikmat dan kurnia-NYA maka selamatlah sudah kami berdua menjadi suami isteri yang sah pada 29.12.2018, sekitar jam 1130 pagi bertempat di kediaman pihak perempuan di Pahang.

Jadi, langkah seterusnya adalah proses permohonan untuk mendapatkan Kad ID nikah yang macam kad pengenalan tu. Tujuan kad ini dikeluarkan adalah untuk mengesahkan bahawa kita adalah suami isteri yang sah apabila berada ditempat awam atau apabila terperangkap dalam serbuan pihak berkuasa agama Islam seperti di hotel atau di taman-taman pada waktu gelap.

Ok, senarai semak..

Berikut adalah perkara-perkara yang perlu anda sediakan sebelum ke Pejabat ugama bagi tujuan memohon kad ID Nikah masing-masing

  1. Borang Nikah daripada Jurunikah (borang ini akan diberikan oleh jurunikah/tok kadi selepas tamat upacara akad nikah. bawa sahaja satu booklet yang tok kadi dah staple siap2. jangan pandai2 buka atau leraikan. ada 3@4 helai kesemuanya. bawa satu booklet tu)
  2. Gambar ukuran passport dengan background biru. ok yang ni sila take note. Gambar utk tujuan ini, pengantin lelaki perlu lah bersongkok dan pengantin perempuan hendaklah memakai tudung berwarna gelap. nak selamat, pakai saja tudung warna hitam. pic lelaki nak sekeping, pic perempuan nak sekeping. di bawah nanti sis bagi contoh pic yang mengikut format Pejabat Agama Negeri Pahang.
  3. wang pemprosesan RM15. jangan lupa minta resit pembayaran in case pegawai tu lupa nak bagi.

Seterusnya, syarat-syarat…

  1. Permohonan kad ID Nikah ini hendaklah dilakukan dalam masa 14 hari daripada tarikh menikah. jika lewat, sis tak pasti kena denda apa tapi yang pasti bukan kena menikah lagi sekali la hahahahah. kalau boleh, sementara masih berada di negeri Pahang tu, seeloknya buat di sana sebelum habis cuti kahwin. perlu diingatkan, kalau bernikah di Pahang (negeri pengantin perempuan) maka hendaklah permohonan itu dilakukan di negeri Pahang. sis buat di Pejabat Agama Negeri Pahang dekat dengan JPN di Muadzam Shah
  2. Semasa menyerahkan borang nikah, photocopy siap-siap satu salinan untuk anda berdua bawa ke mana sahaja sebelum kad ID tu siap.
  3. kad ID Nikah akan siap dalam masa satu bulan daripada tarikh dihantar. satu bulan tu anggaran kasar sahaja, pegawai tu kata, cuba call selepas dua minggu, kadang-kadang kalau tak banyak permohonan bagi bulan tersebut, kad kita boleh siap lebih awal dari sebulan. yang penting call dan bertanya. malu bertanya sesat jalan hehe
  4. semasa nak collect kad ID nikah selepas sebulan submit tu, bawa sekali resit pembayaran. kalau ada resit ni, wakil nak ambilkan kad ni pun boleh.

Nota tambahan: jika sudah sampai di Muadzam Shah tapi lupa bawa gambar, ada satu kedai gambar atas seven eleven (7E) yang menawarkan perkhidmatan ini cuma mereka tak sediakan songkok. Songkok anda boleh pi cari kat Pasaraya Sakan atau TenTen atau GreenPoint berhadapan dengan Pantai Selamat.

ok, gambar dibawah contoh gambar yang mengikut spesifikasi pehabat ugama. lelaki bersongkok, perempuan bertudung gelap (hitam0 dan kedua-duanya background biru. sekian, sampai sini sahaja post sis kali ni. nanti dah dpt kad ID nikah tu, sis update lagi post ni. Assalamualaikum.

9 thoughts on “[Tips Pengantin Baru] Permohonan Kad ID Nikah Negeri Pahang Selepas Selesai Majlis Akad

  1. Hi. I have checked your wordpress.com and i see you’ve got some
    duplicate content so probably it is the reason that you
    don’t rank hi in google. But you can fix this issue fast.

    There is a tool that rewrites content like human,
    just search in google: miftolo’s tools

    Like

    1. Stakat 2019 masa mohon tu xde lagi kad pintar..pakai kad biasa mcm driver’s license tu dan ada pic kita and pasangan..dpt dua kad..satu kita simpan satu suami punya

      Like

  2. Adakah kad nikah tahun 2003 dengan yang sekarang rupa bentuk yang sama… kalau tidak, perlu ke tukar yang baru.

    Like

Leave a comment