Resepi – Kari Ayam Bujang

img_20190217_171357_077920651477.jpg

Sis serba salah hendak kongsi resepi masakan kari ayam sis kali ni. pasal apa, sis masak kari ni tak ikut standard resepi kari biasa. sis buat ikut tekak sendiri. sis suka kurang santan, pekat tak berkuah sangat ala-ala rendang tapi still kari dan ianya mesti pedassss. sis takboleh makan kari yang tak pedas.

jadinya lepas tengok resepi ni, anda boleh ubah suai lagi mengikut citarasa masing-masing okey!

RESEPI KARI AYAM BUJANG UNTUK 2 ORANG MAKAN (atau seorang, dua kali makan)

Bahan-bahan:

  • 4-8 ketul ayam
  • sebiji ubi kentang/ubi keledek
  • bawang merah 3 ulas*
  • bawang putih 3 ulas*
  • halia seinci*
  • cili padi 5 tangkai (sis letak 10)*
  • serbuk rempah kari faiza extra hot
  • serbuk santan 2-3 sudu besar, kalau suka kuah santan lebih, masukkan je terus sepaket tu.
  • daun kari jika ada. sis tak buh sebab lupa beli.
  • sedikit minyak untuk menumis
  • bahan perasa/gula/garam

cara-cara memasak:

  1. blend kesemua bahan bertanda *
  2. tumis bahan blend tadi dalam 3 sudu minyak yang dipanaskan. masukkan daun kari jika ada.
  3. bila dah pecah minyak, bancuh sepaket serbuk rempah kari faiza extra hot tu, dan masukkan ke dalam bahan yang sedang ditumis.
  4. masukkan asam keping 2-3 keping.
  5. reneh/tumis rempah td sampai pecah minyak.
  6. masukan 4 ketul ayam. masukkan ubi keledek. sis suka ubi keledek sebab manis sikit. ubi kentang pun sedap.
  7. masukkan secawan air. reneh seketika sehingga ayam dan kentang masak dan empuk. api slow/sederhana
  8. masukkan santan. sis pakai santan serbuk. kalau dpt santan fresh lagi ok. kalau pakai santan serbuk tu masuk terus boleh, nak bancuh dulu pun boleh. cuma bila campak terus, dia akan jd sedikit berketul, jangan risau, lama-lama dia dissolves dalam kuah.
  9. bila santan dan kuah dah sebati, perasakan dgn gula dan garam atau serbuk perasa secukupnya.
  10. siap untuk dihidang. jangan lupa share. #masakansimpleorangbujang

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: