Resepi – Sambal Bujang Bebola Ikan dan Ayam

Resepi ni sis create sebab sis teringat kenangan lampau masa sis belajar kat terengganu dulu. Student al maklum tak banyak duit, kalau makan tghri, sis ambil nasi putih dgn sambal fishball sebab murah. Makcik tu kira rm1.50 je utk 3 ketul fishball dan nasi. Kalau amik ayam, rm4. So jimat banyak. Ini makanan yang bantu sis survive jd nak recall balik memory makan sambal fishball sambil2 nak habiskan stok ayam beku dalam peti sejuk tu.

Ok check it out.

Bahan2

  • 2-3 ketul ayam bahagian isi
  • 15-20 biji bebola ikan pelbagai perisa. Sis guna vege fish ball and fried fish ball
  • Sebiji Bawang besar dihiris bulat – utk hiasan
  • Setengah biji bawang besar*
  • 5 biji cili padi merah*
  • 3 biji cili padi merah dan hijau – utk hiasan
  • Satu paket pes Asam Pedas Adabi
  • Satu sudu kecil pes Asam Jawa Extra Adabi
  • Daun ketumbar dihiris kasar – utk hiasan
  • Gula satu sudu besar/seinci gula merah
  • Bahan perasa/garam
  • Dua sudu besar sos cili
  • Satu sudu besar sos ikan
  • Minyak utk menumis

Cara cara masak

  1. Panaskan minyak. Lebih sikit drp minyak tumis sayur. Sambal memang sedap minyak banyak sikit. Letak la dlm dua senduk kecil
  2. Bender bahan bertanda * dengan stgh cawan air. Tumiskan bahan blender
  3. Tumis sampai garing dan naik bau
  4. Masukkan satu paket pes Asam Pedas Adabi. Dalam pes ni dah lengkap semua ramuan bawang putih, cili kering, kunyit. Sbb tu masa blender tadi x masuk semua bahan tu. Kalau takda pes adabi ni, boleh guna 5 sudu besar cili giling, dan tambahkan 3 ulas bawang putih serta satu sudu kecil serbuk kunyit dalam bahan blender bertanda * tadi
  5. Masak/tumis sampai pecah minyak
  6. Masukkan ayam dan bebola ikan. Ye masuk mentah tak perlu digoreng dulu
  7. Tumis dengan api sederhana biar dia masak perlahan dan meresap sambalnya tu dalam isi ayam dan fishball kita tu
  8. Masukkan pes asam jawa satu sudu bsr
  9. Masukkan dua sudu besar sos cili
  10. Masukkan satu sudu besar sos ikan
  11. Tumis lagi sehingga kuah sedikit kering atau selama 10minit macam tu. Api sederhana kecil. Kena jaga jangan bagi hangus bahagian bawah kuali
  12. Masukkan gula dan perasakan dgn bahan perasa. Gaul sebati.
  13. Masukkan cili hiasan td. Masukkan terus dengan tangkai tak perlu belah.
  14. Masukkan bawang hiasan yg dipotong bulat tadi.
  15. Kaup balik dua tiga kali pastu dah, tutup api. Kita taknak bawang tu layu sangat.
  16. Lepas tutup api baru tambur hirisan daun ketumbar/daun sup/ atau daun bawang ikut kesukaan masing2
  17. Siap. Sedia utk dihidang.

Sis suka masak siap2 macam ni then standby je. Kalau lapar nanti baru makan. Almaklum duduk bujang (sorang), jadi masak satu lauk mcm ni makan pun ikut suka nak makan bila. Simpan dalam bekas mcm ni supaya tak basi. Tapi jangan ttup panas2, biar sejuk sikit baru ttup kedap. Makan dgn nasi panas2 memang layan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: