Tips Dapur – Kenali Jenis-jenis Pisang

Pisang Embun

Pisang Embun merupakan sejenis pisang yang ditanam bagi mendapatkan buahnya. Nama sains pokok Pisang Embun ialah Musa acuminata Colla (AAA Group) cv. ‘Ambon Putih’¬† . Di Filipina ia dikenali sebagai Ambon, di Indonesia ia dikenali sebagai Pisang Ambon Putih.

Pokok Pisang tidak mempunyai batang berkayu, tetapi sebaliknya ia terdiri dari gentian. Terdapat 2 jenis pisang Embun yang bewarna merah dan kuning apabila masak.

Pokok Embun biasanya ditanam bagi mendapatkan buahnya kerana buahnya yang besar dan sedap digemari ramai dan boleh dimakan mentah. Tetapi buahnya tidak tahan lama dan perlu dimakan dengan cepat sebelum menjadi isinya menjadi lembik.

Pisang Emas

Pisang Mas merupakan sejenis pisang yang dituai dari pokok Pisang. Pisang Mas biasanya ditanam bagi mendapatkan buahnya. Nama sains pokok Pisang Mas ialah Musa acuminata Colla (AA Group) cv. ‘Lady’s Finger’

Ia juga dikenali sebagai Musa acuminata Colla (AA Group) cv.

Pisang Rastali

Ada yang menyangkakan pisang Pisang Rastali dan pisang emas seakan-akan pisang yang sama. Namun, ia sebenarnya dua jenis pisang yang berbeza. Pisang emas isinya kekuningan manakala pisang rastali pula isinya berwarna putih. Rupa bentuk luarnya juga ada sedikit kelainan.

Di sebelah pantai Tumur, pisang rastali ini lebih popular dengan nama kelat keling dan sebahagian tempat menyebutnya pisang meda. Ada sesetengah pendapat pula menyatakan pisang ini terdapat 3 jenis iaitu kelat keling, kelat air dan kelat lega. Pisang kelat lega biasa dibuat goreng pisang atau disira sebaliknya pisang kelat keling tidak sesuai digoreng. Di sebelah utara pula, ada yang makan dengan pulut, seperti makan pulut bersama durian.

(rujukan: segalanya tentang tumbuhan)

Pisang Nipah/Pisang Abu

PISANG NIPAH atau PISANG ABU (Musa acuminata balbisiana)  merupakan satu varieti pisang yang popular untuk tujuan di goreng, di buat kueh dan juga di buat kerepek pisang di negara kita dan juga di Indonesia. Pisang Nipah ditanam secara monokrop komersial dan juga sebagai tanaman keliling kawasan rumah atau di kawasan lapang di tepi sungai, batas taliair atau sebagai tanaman pagar sempadan dikawasan yang sesuai. Tanaman ini menjadi satu kemestian di tanam di kawasan kampong di Malaysia dan juga di Indonesia sebagai tanaman yang sentiasa membekalkan buah pisang nipah sepanjang tahun.

Jantung Pisang Nipah adalah antara jenis jantung pisang paling sesuai dipetik untuk dijadikan sayuran atau ulam-ulaman. Ini kerana jantung pisang nipah adalah lemak, bersaiz sederhana besar dan paling penting tidak pahit atau rasa kelat seperti sesetengah varieti pisang.

Pisang Goreng daripada varieti Pisang Nipah adalah jenis yang paling banyak digoreng bagi dimakan sendiri atau dijual di tepi-tepi jalan. Pisang yang hampir masak di kupas kulitnya, dipotong dua sebelum di celup dengan adunan tepong pisang goreng.

(rujukan: Anim Agro Technology)

Pisang Awak

Ada juga yang memanggil pisang awak dengan nama pisang Perak, pisang kelat siam dan kelat lega.

pisang awak enak sangat dibuat cokodok, pengat dan lepat pisang. Ada juga yang suka rebus dan juga dibuat lempeng daun pisang. Selain itu, menurut salah seorang rakan, pisang awak jika terlebih masak, boleh dihiris dibelah dua dan dijemur sampai hitam, kemudian disimpan di dalam balang kuih. (rujukan: segalanya tentang tumbuhan)

Pisang Berangan

Sebut sahaja pisang berangan sudah terbayang keenakkannya. Kulitnya tebal tetapi mudah dikupas. Hmmm, bau harum serta wangi.

Buah pisang berangan mempunyai saiz yang sesuai untuk dijadikan makanan pencuci mulut dan biasanya dihidangkan di majlis-majlis keramaian dan jamuan. Ia juga sesuai dijadikan bahan untuk membuat roti canai pisang. Pisang berangan juga enak dijadikan pisang goreng kerana ia tidak benyek/lembik. Manakala buah pisang berangan yang terlalu masak boleh dijadikan cekodok pisang atau kek pisang.

Buah pisang berangan mengandungi pelbagai nutrien yang memberi manfaat kesihatan dan nilai perubatan. Tanamlah pokok pisang berangan untuk mendapatkan hasil sama ada untuk dimakan sendiri atau dijual. (rujukan: Warisan petani)

Pisang Raja

Pisang raja merupakan salah satu spesis pisang yang ada di Malaysia. Pisang raja boleh dimakan segar dan ia lebih sedap jika digoreng. Pisang raja tidak banyak dalam pasaran tempatan. Nama botani pisang raja ialah musa paradisiaca. Musa paradisiaca merupakan spesis pisang yang dimakan selepas dimasak atau diproses.  Selain pisang raja, antara kultivar dalam jenis ini ialah pisang awak, pisang nangka, pisang tanduk dan pisang nipah.

Pisang raja boleh dimakan segar dan ia lebih sedap jika digoreng. Ia juga boleh dijadikan kerepek, direbus, dibuat pengat dan dijadikan bahan untuk membuat pelbagai jenis kuih atau kek. (rujukan: dedaun alam)

Pisang Susu

Pisang susu memang enak, manis serta lemak. Memang sesuai dengan namanya susu, isi bewarna putih manakala kulitnya pula mudah dikupas.

Salah satu jenis pisang yang jarang-jarang kita lihat dan makan ialah pisang susu. Pokok pisang susu mempunyai saiz yang sederhana besar seperti pisang emas atau pisang berangan. Cuma ketinggiannya yang agak kurang dan biasanya buah pisang susu boleh dicapai dengan tangan. Buah pisang susu bersaiz sederhana besar seperti buah pisang rastali tetapi mempunyai bentuk yang agak bulat apabila hampir matang.

Buah pisang susu berasa lemak manis dan beraroma sesuai dimaka begitu sahaja sebagai pencuci mulut. Warna buah matangnya kuning terang, mudah dikupas dan isinya agak kekuningan.Ia tidak sesuai digoreng tetapi boleh dijadikan cekodok, lempeng atau kek pisang.

Rasa buah pisang susu setanding dengan pisang lemak manis dan pisang emas malah lebih sedap daripada pisang berangan atau pisang kapas. Cuma tandan buah pisang susu tidaklah begitu besar,setakat lima hingga enam kilogram sahaja. (rujukan: warisan petani)

Pisang Tanduk

Pisang tanduk tidak mempunyai jantung dan biasanya hanya mempunyai satu atau dua sisir buah sahaja. Pokok pisang tanduk memerlukan masa lebih kurang lapan bulan untuk berbunga dan buahnya perlu tiga bulan untuk matang. Buah pisang tanduk jarang dimakan sebagai pencuci mulut. Ia sesuai disajikan sebagai pisang goreng dan dijadikan kerepek pisang. Buah pisang tanduk boleh juga direbus dan dimakan dengan kelapa parut. (rujukan: warisan petani)

Pisang Raja Udang

Buah pisang udang berwarna keperangan semasa muda dan warnanya lebih cerah sedikit apabila matang. Isi buah yang masak berwarna putih kekuningan dan strukturnya sangat halus serta rasanya yang manis dan sedikit masam. Ia boleh dimakan sebagai pencuci mulut dan boleh dibuat cekodok pisang, lempeng atau kek pisang seperti pisang kapas. Buah matang yang belum masak boleh juga dibuat kerepek tetapi tidak sesuai dijadikan pisang goreng.

Ada pelbagai metos mengenai pisang raja udang mengenai asal usul warnanya dan ada juga yang mengatakan buahnya tidak boleh dimakan dan boleh mendatangkan mudharat. Terpulanglah kepada kepercayaan masing-masing.

(rujukan: warisan petani)

Pisang Nangka

Buah matang pisang nangka biasanya dijadikan pisang goreng seperti pisang nipah. Rasanya agak manis tetapi ada sedikit rasa masam seperti pisang tanduk. Pisang nangka juga boleh dibuat pengat, kerepek pisang, disira, direbus dan yang terlalu matang boleh dilenyek untuk dijadikan cekodok, lempeng atau kek pisang. Buah pisang nangka yang matang mengeluarkan aroma yang harum. walau bagaimana pun, jantung pisang nangka kurang sesuai untuk dijadika masakan.

Buah pisang nangka agak berbeza dengan pisang lain kerana warnanya masih hijau apabila matang. Apabila kulitnya menjadi kekuningan, ia sudah tidak sesuai untuk digoreng kerana isinya sudan menjadi lembik. (rujukan: warisan petani)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: