Resepi – Ayam Masak Pedas Bujang

Resepi — Ayam Masak Pedas Bujang (abaikan pic tauhu kering tu sbb tu nak masak resepi lain td) — idea resepi asal drp kawan i nama faz. Tp sbb i tak cukup bahan, i alter je ikut apa yang ada

Bahan²
Ayam suku ekor (¼)
Kentang sebiji dibelah 4
Nenas dipotong dadu (takyah banyak sehiris cukup) – optional taknak letak pun xpa
Daun ketumbar dihiris – utk hiasan
Hirisan bawang besar – utk hiasan
Cili padi merah 3 biji – utk hiasan
Sesudu besar pes asam jawa adabi/3 keping asam keping
Cili padi segenggam*
Bawang merah besar sebiji*
Bawang putih 6 ulas*
Halia 2 inci*
Serbuk kunyit satu sudu kecil atau kalau guna kunyit hidup letak 2 inci*
Serai 3 batang*
**** Blend kan bahan bertanda*
Garam, gula secukup rasa
Secawan air
Minyak untuk menumis

Cara memasak:
1. Basuh ayam bagi bersih

2. Panaskan minyak

3. Tumis bahan blend dgn api sederhana sampai pecah minyak

4. Masukkan ayam dan kentang

5. Masukkan nenas, pes asam jawa dan secawan air

6. Masak lama dgn api perlahan. Sampai kuah jd pekat seperti dalam gambar

7. Perasakan dgn gula, garam secukupnya

8. Masak lagi sampai kentang dan ayam empuk serta kuah jd pekat

9. Masukkan bawang hiasan, cili hiasan dan hirisan daun ketumbar. Gaul sekejap. Pastu ttup api

10. Siap. Sedia dihidang bersama nasi panas

Jangan lupa share #masakansimpleorangbujang #menulunch

Ps..sis rasa nak buat menu ni la utk start bisnes lunchbox, apa pandangan kawan2?😜

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: