Doula Peneman Ibu atau Pengganti Doktor? Isu Debat Doula Yatt Ottomen Vs Prof Imelda Balcin – Analisis

Oleh kerana ramai yang meminta saya mengulas tentang isu Doula. Walaupun saya bukan arif sangat mengenai isu Doula ini. Jadi saya tunaikan permintaan anda. Kerana kadang2 Pakar Anestesiologi dan Rawatan Kritikal akan dipanggil untuk membantu kes2 sebegini yang berisiko tinggi.

Doula: Antara Peneman atau Pengganti Bidan/Doktor.

1) Saya mengenali dunia doula ini melalui sahabat saya Dr Siti Hajar Haryati kerana beliau adalah aktivis menentang doula selepas insiden kematian Amy Karmila beberapa tahun lepas yang melibatkan panel semalam Doula Kak Yatt.

2) Isu yang dibincangkan semalam, antara yang sempat saya dengar adalah, mengenai active management of third stage yang seterusnya mengurangkan risiko pertumpahan darah. Doula Yatt, mengatakan let nature takes its cost. Manakala Prof Imelda mengatakan pentingnya active management ini kerana darah mengalir ke uri adalah sebanyak 800mls/min. Sekiranya dibiarkan pertumpahan darah yang banyak mungkin berlaku sehingga menyebabkan kehilangan nyawa. (FYI anggaran darah dlm tubuh manusia adalah sebanyak 70mls/kg). (So Prof Imelda 1- Doula Yatt 0)

3) Mengenai penguatkuasaan. Prof Imelda menerangkan di negara2 maju terdapat pertubuhan2 yang berdaftar yang memantau kegiataan doula2 di negara tersebut. Sekiranya ada salah laku di kalangan doula, ibu2 boleh menyuarakan aduan terhadap doula2 ini ke persatuan dan tindakan yang diambil. Doula Yatt menyatakan doula2 di Malaysia tiada pertubuhan2 yang berdaftar dan pemantauan dilakukan oleh ibu bapa? Bagaimana sekiranya ibu-bapa ini tidak mempunyai latar belakang perubatan, mereka mungkin tidak tahu samada pengamalan doula ini berpincang dari yang sepatutnya.
So (Prof Imelda 2- Doula Yatt 0.)

4) Mengenai tauliah dan pengiktirafan doula2 di Malaysia. Prof Imelda menyatakan doula2 di negara maju mempunyai silibus pengajaran yang terperinci dan diiktiraf oleh badan penguasaan di negara tersebut. Manakala doula yatt menyatakan mereka mengambil kursus dari seorang “pakar kecemasan dari jakarta” yang membawa mereka ke kelas yoga? Another win (Prof Imelda 3- Doula Yatt 0)

5) Mengenai pengesanan dan komplikasi semasa bersalin. Doula2 seperti kak yatt mungkin tidak mempunyai tauliah untuk mengenalpasti kecemasan bersalin atau obstetric emergency yang dipelajari oleh bidan terlatih dan doktor. Ditanya apakah yang akan kak yatt lakukan sekiranya berhadapan dgn situasi demikian. Kak yatt menjawab saya tidak tahu dan kene menelefon ambulans dan segera dihantar ke hospital. Sehinggakan hos memberitahu yang Kak Yatt tidak menjawab soalan . (Prof Imelda 3- Doula Yatt -2)

6) Mengenai kenyataan kak yatt yang menawarkan perkhidmatan “PERCUMA”? Saya sangka itu adalah suatu pembohongan kerana dia akan mengadakan “CERAMAH” di Kuching, Sarawak dan mengenakan bayaran sebanyak RM 500 seorang. Mungkin ini takrifan percuma bg kak yatt.
Kak Yatt another minus point -3

So final score Prof Imelda 3, Doula Yatt -3.

Akhir kata, pencegahan adalah lebih baik dari rawatan. (Prevention is better than cure) . Jangan lepas terhantuk baru kita terngadah. Jangan ada lagi mangsa seperti Amy Karmila.

Sekian ulasan.

Tetapi saya terhibur melihat gelagat2 dan aksi2 lucu Kak Yatt. Mencangkunglah, bersila lah. Macam2 lah. Thank you Kak Yatt for the entertainment. Anda layak menjadi Maharani Lawak

P/s: kepada bakal2 ibu, sayangilah nyawa anda dan bayi anda. Kepada ibu2 di Kuching, silalah jangan terpedaya dengan dakyah2 Kak Yatt. Waima misi di spital ya mangah kah, suruh kitak meneran kah. Tapi niat dak nya bait, mok melihat kitak ngn anak kitak sehat. Dan proses bersalin tanpa komplikasi.

DB

#pleaseshare
#noforunsafedelivery
#silashare
#wesharewecare

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: