Resepi – Sup Ayam + Kaki Ayam, Tauhu Goreng Telur & Sambal Kicap Umph

Resepi Sup Ayam + Kaki Ayam, Tauhu Goreng & Sambal Kicap

Resepi paling mudah di alam semestaaaaaaaa!

Bahan² sambal kicap

Segenggam cili padi
5 ulas bawang putih
Setengah biji lemon atau 2 biji limau nipis
Kicap manis secukupnya
Kicap pekat 1 sudu kecil

Cara2 buat sambal kicap

Sangai cili padi dan bawang putih atas kuali smp layu sikit je

Pastu tumbuk kedua bahan

Dah lumat, perahkan limau/lemon. Asingkan biji

Masukkan kicap pekat dan kicap manis. Siap

***************

Bahan² tauhu goreng

2biji tauhu dibelah 4
Sebiji telur
Minyak untuk menggoreng

Cara2 buat tauhu goreng

Celup tauhu dalam telur yg dipukul terlebih dahulu

Goreng dalam minyak panas

Dah garing kekuningan, angkat.

Siap utk dihidang bersama sambal kicap

***********

Bahan² sup ayam + kaki ayam:

Seekor ayam + semangkuk kaki ayam

2 bunjut sup bunjut jenama mak siti (suka jenama ni coz bunjut depa ada sediakan daun salam sekali dlm tu…daun salam a.k.a serai kayu..sedap buh dlm sup atau rendang)

Halia dua inci

Garam secukup rasa

Air secukupnya

Kentang sebiji belah 8 (kalau kecil belah 4 ja)

Cara memasak sup ayam

Masukkan ayam dan air kedalam satu periuk besar. Air nak letak banyak mana? Bg tenggelam semua ayam. Paras2 tu je. Jap g kalau air dia susut, leh tambah lagi.

Masukkan halia yg telah dihiris kasar/tebal. Sbb kita nak essence dia je so x perlu hiris halus nnt tergigit x sedap lak rasa

Rebus sampai empuk. Lagi lama lg best sbb ada kaki ayam kan? Kaki ayam ni rebus lama2 sampai tertanggal isi dgn tulang pehh nikmat nya

Sy reneh nak dekat 2 jam jugak.

Lepas dah empuk semu, nmpk mcm sup kita berminyak tu adlh disebabkan lemak2 dlm kaki ayam. Sis x letak minyak setitik pun

Pastu masukkan sup bunjut. Reneh lg 15 min

Then masukkan kentang

Bila kentang dah empuk, perasakan dgn garam secukup rasa. Tutup api.sedia utk dihidang

Masa hidang, hiris daun bawang atau daun sup, tabur atas

Makan dgn sambal kicap juga, plus nasi panas2 pehh..org demam seminggu pun boleh kebah dgn sup ni.

Nota kaki;
Kaki ayam kaya dgn collagen sesuai utk awet muda dan org2 yg selalu mengalami sakit sendi/sakit lutut

Yang x makan tu abaikan ja. Tak payah letak kaki ayam, letak isi biasa pun boleh guna resepi ni. Takda sapa paksa ampa makan😂😂

Silakan share. #masakansimpleorangbujang kredit to @meez siti

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: