Sayangku Khaleeda.. Eps 4

newproject_1_original

Khaleeda tergamam. Dia berhenti betul-betul depan bumper kereta Honda Accord kelabu WPS 1276 dan dia kenal sangat pemilik kereta tu. ‘Alamak, bos lah. Matilah aku, I am caught red handed’.

“Ha! Kau lambat lagi eh harini?” Jerkah Zakri dengan nada mengusik dapat kantoikan Khaleeda. “Sorry boss saya pagi tadi sakit perut”. Khaleeda melontarkan alasan yang dia dah rancang dalam kepala. “Sudahlah Leeda, aku kenal sangat perangai kau dari sebelum kahwin sampai dah jadi bini orang, memang tak pernah on time”.

Khaleeda sengih sambil tergopoh2 jalan nak naik ke office. Dalam hati dia meluat dengan kata-kata yang baru didengari. ‘Kenapa mesti sebut pasal perkahwinan aku?’.

Malas melayan lebih lanjut, Khaleeda memusingkan badan, dipeluknya fail kuning cair rapat ke dadanya dan ingin melangkah pergi.

“Eh kau nak pergi mana tu?” Zakri cepat-cepat panggil Khaleeda yang terkedek-kedek dengan high heels dia tu.

“Office la boss. Dah lambat nanti Suu Lin potong gaji saya half day”. Ujar Khaleeda. Dalam hatinya dia resah.– ‘Ahh bos ni ada la tu nak ajak aku ke mana-mana tu.’

“Tak payah, sini naik kereta aku. Kita nak pergi breakfast dengan client aku”. Zakri memberikan arahan selayaknya seorang majikan.‘Hah! kan aku dah kata!’. Khaleeda protes dalam hati.

“Siapa bos?” Khaleeda sebolehnya taknak ikut pun.

“Boleh tak kau jangan banyak tanya? Kau nak sales ke taknak?”. Zakri menjegil. sengaja dibulatkan mata dia sambil tangan kanan bersandar pada tingkap kereta yang dah diturunkan cermin gelapnya itu.

Khaleeda dengan terkocoh-kocoh pergi semula ke kereta Zakri dan meloloskan diri ke bahagian penumpang sebelah kiri Zakri. Zakri puas dapat buli pujaan hatinya dari dulu ni. ‘Pujaan hati? Zakri, jangan cari pasal!’.

Bukan Khaleeda tak tahu selama ini Zakri ada hati padanya dari sebelum dia kahwin lagi, tapi cinta Khaleeda pada suaminya lebih agung. Ada sesuatu yang dia nampak dalam diri Eddy kelebihan yang tak ada pada lelaki lain. Dia memuja Eddy siang malam kerana itu. Biar Eddy tidak sekaya atau berpangkat macam Zakri.

Tapi sekarang Eddy pun menghilang. Pada siapa lah dia hendak mengadu. Eddy yang dipujanya tak mahu balik kepangkuan Khaleeda.

‘Jadilah kau pengantin berhias, Leeda’. Khaleeda melayan perasaan sebaik Honda Accord Zakri membelah trafik menuju ke perut bandar, Jalan Sultan Ismail.

 

bersambung…

Sebarang bentuk penyiaran semula adalah tidak dibenarkan samaada dalam bentuk bertulis, digital, manual, lakonan semula atau ‘copy paste’. Boleh share sahaja direct daripada misscosmics.wordpress.com

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: