Sayangku Khaleeda.. Eps 5

newproject_1_original

Imbas kembali

Disember 2017

Tidak seperti kebanyakan gadis sezaman dia, Khaleeda lebih memilih untuk bersederhana dalam merancang majlis perkahwinan nya. Terlalu ringkas sehingga ada mulut-mulut yang mengumpat majlisnya seperti majlis tahlil sahaja. Ya, memang itu niat Khaleeda. Biarlah majlis itu seperti majlis doa selamat sekalipun asalkan dia dan Rashidi dapat disatukan sebagai suami isteri yang sah. Itu lebih penting baginya.

“Tapi kan kahwin cuma sekali seumur hidup, masa ni lah nak cantik-cantik nak naik pelamin apa semua”, ibu Khaleeda masih tak putus asa cuba mempengaruhi anaknya supaya berubah fikiran untuk menjalankan sebuah majlis yang sempurna. Sempurna tu haruslah jemputan melebihi 500 orang, didirikan dua tiga buah khemah yang lengkap dengan kain rentang, PA sistem, deejay, acara silat, goodies untuk semua tetamu, kek bertingkat, meja beradab dan pelamin yang dihias indah. Itu pun dikira ‘minimum requirement’ dah bagi Mak Cik Saodah tapi anaknya tetap dengan keputusan dia.

Hendak dia bertegas dengan anak seorang ini, dikhuatiri dia membatalkan perkahwinan nya. Khaleeda seorang gadis yang tegas dan sukar di ramal. Jika kehendak dia ditentang, dia sanggup kehilangan semuanya daripada dia terpaksa mengikut sesuatu yang dia tak mahu atau diluar kemampuan dia sebenarnya.

“Mak, kita dah bincang hal ni banyak kali kan. Mak nak buat majlis besar nanti mak buat la time majlis adik”, ujar Khaleeda perlahan sambil mulutnya muncung ke arah adik perempuannya dua orang yang sedang mengadap kaca televisyen. Sekali sekala terlihat mereka senyum-senyum mengahdap telefon bimbit masing-masing yang tak lekang dari tangan. Macam dah kena gam gajah.

Mak Cik Saodah mengeluh. Khaleeda kalau dia dah cakap A, memang A sahajalah. Sebiji ikut perangai ayahnya. Keras kepala. Degil.

‘Siapa yang taknak majlis kahwin yang sempurna dan meriah mak?’. getus Khaleeda dalam hati. Dia tertunduk sebak. di tangannya cuma tinggal sekeping sahaja lagi kain langsir yang nak dipasang besi cangkuk sebelum adik lelaki nya akan panjat setiap bingkai tingkap untuk pasang semula langsir-langsir yang baru dibasuh itu.

Cuti hujung minggu Khaleeda akan balik ke rumah ibu untuk membuat sedikit demi sedikit persiapan yang mampu dibuat. Sungguhpun majlisnya cuma majlis kecil tapi terasa penat juga mengemas rumah, membeli cat, mencuci langsir, mengemas dapur. Semua itu dilakukannya sendiri dengan cuma bantuan adik beradiknya.

Kesibukan hari minggu Khaleeda membuatkannya tidak peduli akan telefon bimbitnya seharian. Bila malam nak tidur baru dia buka and periksa setiap aplikasi mana lah tahu ada notification untuknya.

‘Alamak, 20 missed calls’. Daripada Eddy. Sejak Petang tadi dia cuba hubungi tunang tersayang. Khaleeda cuba hubungi balik. Tapi talian tak bersambung. ‘Hampeh la line oren ni’. Khaleeda mengutuk dalam hati. Bila tak berjaya call semula Eddy, Khaleeda cuba hantar pesanan ringgas.

‘Assalamualaikum abg’.

Blue tick.

Abg is typing..

‘Waalaikumsalam. Ya syg. Abg call syg tak angkat’

‘Sorry, busy tadi. basuh langsir pastu pasang semula. Semua basuh. dari bilik ke ruang tamu’

‘oooo. syg dah makan?’

‘dah. abg?’

‘Abg pun dah, syg’.

‘Abg..’

‘Ya sayang..’

‘Do you think they will buy it?’

‘huh? maksud syg?’

‘The idea. They won’t buy it.’

‘Sabar syg, abg yakin semuanya akan berjalan lancar’.

Khaleeda baca ayat itu sepintas. Lalu dia letak telefon ke tepi. Dibiarkan sahaja pesanan itu tak berbalas. Khaleeda mengelamun lagi. Dia risau amat tapi Eddy buat donno sahaja. Dia risau rancangan mereka tak berjaya dan kes ini akan jadi kes besar. Kadang-kadang ada hasutan halus di telinganya mengatakan Eddy tak serius menikahinya. Cepat-cepat dibuang fikiran negatif tu.

Tiba-tiba tapak tangan Khaleeda rasa panas dan berpeluh. Dia diserang anxiety lagi malam itu. Beg tangannya diselongkar kasar. Dua biji pil putih dikeluarkan daripada botol bewarna perang, ditelannya sekaligus dan diteguk air masak dalam botol yang memang sentiasa ada ditepi katilnya.

Khaleeda terlena dalam resah yang menenggelamkan malamnya.. Tanpa Khaleeda sedari, masuk lagi satu pesanan ringkas dari Eddy,

‘Syg dah terlena ya? Selamat malam syg. I love you..’

bersambung…

Sebarang bentuk penyiaran semula adalah tidak dibenarkan samaada dalam bentuk bertulis, digital, manual, lakonan semula atau ‘copy paste’. Boleh share sahaja direct daripada misscosmics.wordpress.com

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: