Resepi SAMBAL TUMIS IKAN BILIS JERING RICE COOKER versi Bujang

🌺SAMBAL TUMIS IKAN BILIS JERING RICE COOKER versi Bujang
.
Petang3 ni dok buat experiment. Menjadi dak kalau masak sambal tumis pakai rice cooker? Macam mana rasa dia? Mana lebih sedap?
.
Lebih sedap: sambal tumis rice cooker
Lebih bersih: sambal tumis rice cooker jugak. Tak selerak dapur tak percik ke dinding2 dapur. Kemas. Sesuatu yg sis suka.
.
Ada dak anak2 bujang dirantauan, di asrama teringin nak makan sambal tumis tapi xda dapur? Now beh buat resepi ni.
.
Resepi Sambal Tumis Ikan Bilis Jering Rice Cooker
.
Bahan2
10 biji jering tua, direbus dan dihiris terlebih dahulu
1 mangkuk cili kering, digunting2 dan direbus, dan diblend bersama secawan air dan setengah cawan minyak masak
1 biji bawang merah besar india. Jangan guna bawang holand. Bawang india lebih manis, dipotong**
10 biji bawang merah kecil dipotong**
1 labu bawang putih (ada dlm 15ulas) dipotong**
2 inci belacan kuala muda**
Bahan bertanda** diblend bersama. Refer gambar ada step by step
Segenggam ikan bilis
5 keping asam keping
2 sudu kecil serbuk kunyit
Bahan perasa cukup rasa
Gula melaka @ brown sugar 4 sudu besar atau sehingga dpt rasa yg seimbang
Secubit garam
.
.
Cara cara memasak
1. Sediakan rice cooker. Tuangkan sedikit minyak seperti dalam gambar
2. Masukkan bawang blend yg bertanda ** tadi
3. Masukkan cili blend
4. Masukkan ikan bilis, asam keping
5. Masukkan jering
6. Masukkn serbuk kunyit
7. Masukkan bahan perasa.
8. Masak selama sejam setengah. Kacau setiap 5 minit. Penutup sentiasa letak supaya tak percik dan mengotorkan sekitar dapur.
.
Nota kaki @ Q&A
1. Tak payah tumis ke? —- tak payah. Campak masuk semua. Cuma kaup2 kan setiap 5-10min
2. Jadi x nama sambal tumis la kalau x tumis? —- siapa peduli? End product looks like sambal tumis so it is sambal tumis
3. Memang lama eh sis? —– ye sangat lama standby la henfon main game dulu ke.
4. Makan dengan apa ni? —– nasi putih, nasi lemak, roti canai, lempeng tepung gandum, roti gardenia…
5. Banyak nye sis masak. Boleh habis ke? —- boleh. Saya seorang sambalranger. Suka makan pedas. Seminggu boleh tahan ni without fridge. Sy tau la sy suka sambal tumis jd dah selalu buat.yang penting kena masak lama n banyak minyak.
.
Boleh ke share? — ye silakan share asalkan anda letak credit. #sambaltumis #sambaltumisbujang #sambaltumisikanbilis #sambaltumisjengkol #sambaltumisjering #jeringtua
.
.
#masakansimpleorangbujang #foodreview #placereview #cafereview #giftreview #portmakanbest #tempatmakanbest #tempatmakansedap #jalanjalancarimakan #misscosmics #masakapaharini #msob #mahn #resepibujang #dapurbujang #bujangtrangtangtang #eh
.
.
Blogsite: https://misscosmics.wordpress.com
.
.
Facebook Page: https://www.facebook.com/MasakanSimpleOrangBujang/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: