The Powerful of Vision Board

Vision Board (VB)

Aku pernah buat sekali je vb ni tu pun dalam diari kerja aku (planner)

Aku kerja bahagian sales jadi kemana2 ada dua benda penting yg selalu kena ada disisi. 1. Handbag. 2. Planner/diary

Aku buat vision board versi lukis sendiri takda la aku gunting majalah ke apa api hasilnya mashaAllah.

Aku tak perasan benda ni betul2 terjadi kat diri sendiri sehinggalah semalam aku baca artikel tentang bagaimana mudahnya kita capai matlamat menggunakan visions berbanding wordings.

Dan ianya ibarat sebuah doa spesifik yang kita ratibkan setiap kali kita nampak VB kita.

Nak cerita awal tahun lepas aku ada buat VB. Dalam vb planner aku tu aku lukis dua org lidi, berpegangan tangan, satu pakai skirt satu xda. Aku gambarkan itu adalah aku dengan mus.

Voila. Bulan dec 2018 kami kahwen.

Dalam page yg sama aku lukis kereta sedan dengan lambang H.

Voila. Dapat tukar kereta walaupun bukan H, tapi yang setanding, T.

Lepas tu lukisan buruk aku tu juga aku ada lukis sebuah kedai yang ada papan tanda bertulis “dobi mesra”.

Ha this is interesting. Aku minat sgt industri dobi ni tak tau kenapa. Mula berkecimpung masa aku student kat U, nak cari duit lebih, aku kerja kedai dobi. Sejak dr itu aku kemaruk bau sabun , bau baju bersih, bau mesin dryer. Dan pendapatan tokey aku masa tu boleh tahan. Tak menang tangan.

Ok apa kaitan dengan VB aku?

Bulan lpas balik Penang, mak ada usulkan, “kalau siti nanti suatu hari dah taknak kerja pejabat, balik lah usahakan dobi mak ni. Dalam kedai tu semua lengkap dah peralatan dobi. Nak cari kontrak hospital ke, restoren ke hotel ke, itu inshaallah mak ayah boleh tolong sbb kami orang sini”

Jadi aku boleh nampak in future kalau dah x sesuai dh kerja office, VB ketiga ni pun bakal jd kenyataan

Ada satu yg belum lunas

Dalam vb tu aku ada lukis rumah.itu je yg masih belum makbul/dapat.

Rasa rugi plak buat vb main2. Lepasni nak sambung buat betul2 nak focus kat semua perkara.hutang,anak, rumahtangga, lifestyle,keagamaan . Bg org yg dalam kepala asik nak fikir negatif je, elok la ada vb yg baik2 mcm ni. Penawar hati galau.

Benda ni kalau kita x buat sndiri kita tak tau. Dgr org cakap, gajah pun boleh terbang kan tp kalau org x percaya pun aku rugi apa? 🤣🤣

Aku share kot2 bermanfaat bg sesetengah dr kita. Mari keluar dr negative thought dan isikan brain n imagination kita dengan vision yg kita nak dalam hidup .

Sbb apa tau.kita solat 5 kali sehari, masa itu je la kita minta yg baik2. Dalam masa baki 23 jam tu, kita sentiasa fikir bnda tak baik “laki aku curang la”, “bos aku jahat la”, “kawan2 mengata belakang la” —- semua inner thought kita ni lama2 akan jd kenyataan tau tak.

Sebab apa?

Sebab Allah berfirman,

“SESUNGGUHNYA AKU MENGIKUT SANGKAAN HAMBA-HAMBAKU”

jadi marilah kita sangkakan yang baik2, idamkan yang manis2 je. Inshaallah. Selebihnya usaha doa dan tawakkal. Dgn adanya vb ni akan ada kekuatan dalam diri kita secara bawah sedar utk fight tentang apa yg kita mahu. Ini namanya usaha kan. Dan igt tak lagi satu Allah pernah berfirman?

“AKU TIDAK AKAN MERUBAH NASIB SESUATU KAUM ITU MELAINKAN MEREKA SENDIRI MERUBAH NYA”

inner self push utk usaha. Usaha push utk ubah nasib.= Berjaya! Now everything seems connected. Alhamdulillah.

Mek.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: