Kesihatan – Elok Minum Air Sejuk Ke, Air Suam?

0haMccQLWgJWHAZ2dsMCchlg

Dipetik daripada Facebook Prof. Imelda Balchin.

Ada orang pantang minum air sejuk, hanya boleh minum air suam. Ada juga orang yang suruh orang lain pantang minum air sejuk dan suruh pantang minum air ais.Selalunya mereka yang tak tahan minum air sejuk mempunyai metabolisma badan yang rendah dan kurang cergas.

Tetapi orang yang cergas, berbadan fit, selalu bersukan, mempunyai metabolisma badan yang tinggi akan lebih suka pilih air sejuk, terutama sekali semasa bersukan. Bukan air suam.Ramai budak-budak yang cergas aktif bermain-main sangat suka makan icecream dan air ais, tetapi orang tua yang kurang cergas memang tak tahan air ais.

Sememangnya metabolisma badan kanak-kanak dan orang muda adalah lebih tinggi dari orang tua. Metabolisma badan akan menurun dan menjadi lebih rendah disebabkan penuaan badan dan kekurangan jisim otot badan, terutama sekali untuk orang tua yang tidak cergas. Untuk mereka yang cergas dan selalu bersukan, metabolisma badan akan tetap tinggi walaupun umur sudah semakin tua.Air sejuk telah terbukti meningkatkan prestasi sukan apabila diminum sebelum bersukan lagi jika dibandingkan dengan minum air suam.

Dalam keadaan panas, badan kita akan berpeluh lebih lagi untuk menyejukkan badan. Air dari peluh itu datangnya dari darah kita dan jika berpeluh banyak-banyak ini menyebabkan dehidrasi dan nadi jantung kita akan bertambah cepat. Bila heart rate atau nadi jantung terlalu tinggi ini boleh menjejaskan prestasi sukan dan akhirnya terpaksa berhenti berehat untuk menurunkan nadi jantung atau heart rate kita semula.

Walaupun minum air suam juga menambahkan air dalam badan, tetapi minum air yang sejuk adalah lebih baik dari air suam untuk mengurangkan peluh (maka mengurangkan masalah dehidrasi) dan mengurangkan heart rate, supaya ahli sukan boleh terus bersukan dengan masa yang lebih lama tanpa berhenti untuk berehat terlalu cepat. Inilah yang dinamakan improved endurance.Jadi untuk kawan-kawan yang berlatih Marathon untuk Standard Chartered KL Marathon, jangan lupa, minum air sejuk sebelum kita mula berlari di garisan permulaan.Untuk orang yang tak tahan minum air sejuk, janganlah suruh orang lain pantang minum air sejuk atau air ais.

Pada hakikatnya, orang lain yang tiada masalah minum air sejuk dan sendiri lebih suka memilih minum air sejuk, mempunyai metabolisma badan yang lebih tinggi, berpeluh lebih banyak, lebih cergas dan badan yang lebih sihat.Tetapi jangan lupa, apa yang terbaik untuk kesihatan tetap juga air kosong bersih, bukan air manis-manis, tidak kira sejuk atau panas. Tak payah air alkali.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: