Sekarang Dunia dah Terbalik. Isteri yang Menafkahi Suami.

Perkongsian daripada Facebook Nurul Izzah Zainol:

PELIKLAH SAYA

Sebelum pergi kerja tadi, salam suami sambil cakap kat dia, “Syg pergi kerja dulu demi mencari sesuap rezeki”. Sebenarnya ingin berseloroh walaupun dalam maknanya tu.

Suami jawab, “Ok syg, terima kasih.”

Bukan nak bagitau saya sorang yang keluar kerja tanggung keluarga. Suami saya lagi lah kerja 7 hari seminggu. Saya juga lebih kurang sama. Weekend pun terpaksa kerja sebab banyak appointment client consultation.

NORMALISASI

Cuma, nak highlight satu perkara. Yang telah dinormalisasikan dalam masyarakat kita. Bahawa isteri sama2 keluar mencari nafkah demi menanggung keluarga itu normal. Tidak pelik. Seolah-olah tanggungjawab menafkahi keluarga turut wajib ditanggung isteri bukan suami seorang.

Sedangkan, dalam hukum syarak, sekaya apa pun seorang isteri, tanggungjawab nafkah tetap TIDAK berpindah ke atasnya. Sefakir apa suami pun, tetap tanggungjawab menafkahi keluarga TIDAK berpindah ke atas isteri. Itu kalau cakap bab hukum. Masih kekal wajib menafkahi isteri ikut kemampuan suami. Kalau isteri bantu tanggung belanja keluarga itu bukan legal obligation, hanya moral obligation atau ihsan sahaja.

Tapi, disebabkan ia dah jadi terlalu normal isteri pun bekerja menggalas tanggungjawab nafkah bersama, sanjungan dan pengiktirafan jarang diberikan atau dipopularkan. Lebih malang lagi, dianggap pentingkan diri dan buta perut kalau sanggup bebankan suami seorang yang tanggung nafkah. Tu belum lagi dapat mertua yg jeling manjang tengok anak jantan dia berhabis duit mencukupkan nafkah isteri dan anak2.

DAH TERBALIK

Tapi lain halnya kalau suami tu diketahui rajin masak, buat kerja rumah, pandai bab2 urus anak dan rumah tangga, terus spotlight hala ke depa. Terus 1 dunia kagum, sanjung dan popularkan.Seolah-olah, itu aneh dan rare sekali bila ada lelaki melakukan kerja orang perempuan. Sampai diidam-idam buat calon suami. Sampai digelar-gelar suami mithali pembela wanita.

Yang sepatutnya dianggap pelik adalah wanita yg sama kuat bekerja cari nafkah. Yang patut dihargai dan di’terima kasih’ sebanyak-banyaknya adalah si isteri yang sudah pukul 5 pagi bangun siapkan keperluan keluarga dan langsung ke pejabat. Setelah 9 jam, mengharung jem pulang ke rumah dan bersilat pula melayan suami dan anak2. Hujung bulan gaji masuk, wanita inilah yg membayar sewa rumah, kereta, bil2 utiliti, yuran sekolah anak dan sebagainya. Kadang, sampai tiada sisa duit utk diri sendiri. Ini baru rare, baru pelik, baru aneh dan patut dikagumi.

Dah terbalik pula kita memandang perkara ini. Yang sepatutnya pelik jadi normal. Yang patutnya normal jadi pelik.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: