Kisah Pengembaraan Melur: Fearless
………
Pakcik Mat dengan tidak sengaja ter’magnet’kan 3 bilah pedang panjang semasa menggali sampah disekitar pantai yg agak dalam
Pakcik Mat tanya Melur, kamu mahukan barang2 ini? Melur tgk di tempat longgokan, ada sesuatu yg bersinar2 disebalik sampah sarap
Melur kuis2 pakai tangan, terlihatlah 3 bilah pedang panjang jenis lurus masih dlm keadaan baik.
“Betulkan pakmat kutip ini dari dasar pantai yg berlumut tu?” Pakcik Mat angguk tanda mengiakan dan tanda dia nk cepat ada hal lain dan minta Melur segera ambil barang apa Melur mau
Melur faham.
Melur bawa balik 3 pedang besi tu. Dlm hatinya dia nak ambil satu utk dirinya, satu mau diberi kepada kakak perempuan nya dan satu lagi untuk ibunya. Utk 3 org serikandi dlm rumah itu.
Melur letak pedang2 itu bawah tangga. Melur capai salah satu dr nya. Melur belek dekat2. Sempurna! Pedang yg cukup sempurna! Tapi aneh.
Pakmat cakap kutip dr dasar laut
Tp satu calar pun takda. Berkilat mcm baru lepas gosok kertas pasir. Karat? Setompok karat pun tak ada. Melur seronok.
Melur ambil satu yg paling berkilat, melur hunuskan ke depan, terasa pedang itu dan tangan melur bersatu dan serasi.
Melur tersenyum puas. Tak sabar nak khabarkan berita itu pd ibu dan kakak perempuan nya.
Tapi yg lg aneh,
Melur dan keluarganya tak pernah belajar ilmu pertahanan diri, defense or attack. Tak pernah.
Tp bila pegang pedang itu, ada satu rasa kekuatan luar biasa mengalir dlm diri Melur
Bukan kekuatan luaran mcm Malek Noor atau Badang Alif Sukri tu, kekuatan yg berupa dalaman …rasa kuat nak hadap apa jua rintangan yg ada selepas itu
Perasaan serupa…FEARLESSS.
Keesokan harinya, pakmat kembali lagi dgn longgokan sampah yg dikutip tp kali ini Melur dpt rasakan satu kelainan dr sikap pakmat
Bertentang mata juga tidak mahu seakan pakmat menyembunyikan sesuatu dr melur
Melur anggap pakmat tersalah bg pedang tu pd melur dan berasa menyesal. Dan selepas kejadian itu, segala sampah dr dasar lumut pantai, pakmat akan cari dulu brg berharga barulah dipangil melur utk mencari2
Sejak dr penemuan pedang, melur tak jumpa apa2 lagi khazanah melainkan sampah sarap semata.
Pakmat ada sembunyikan sesuatu dr Melur ke?
Wallahualam




