Misteri Orang Kerinchi

Sumber drp : orangperak, facebook.

Sumber: Google

BANGSA KERINCHI BANGSA ‘BEREKOR’!

Di Malaysia ni, bila buka cerita mengenai Harimau Jadian, mesti Bangsa Kerinchi akan terkait. Kenapa dan mengapa??

APAKAH ITU HARIMAU JADIAN?

Kalau manusia yang boleh bertukar menjadi serigala itu dipanggil were-wolf, maka mereka yang boleh bertukar menjadi harimau ni dipanggil were-tiger?

Harimau jadian ini merupakan manusia yang mempunyai ilmu harimau sehingga boleh berubah bentuk menjadi seekor harimau. Ilmu ini boleh didapati sama ada melalui ‘menuntut’, keturunan ataupun daripada saka. Dikatakan mereka yang mempunyai ilmu ini mempunyai kekuatan melebihi seorang manusia biasa dan disegani/ ditakuti oleh haiwan yang berada disekeliling mereka.

Bangsa kerinchi?

Perkara biasa yang sering kita dengar tentang Bangsa Kerinchi ni adalah mereka tidak mempunyai lekuk antara bahagian bawah hidung dan bibir atas mereka.
Bangsa Kerinchi ini adalah mereka yang telah mendiami Gunung Kerinchi berzaman lamanya di Indonesia. Gunung Kerinchi ni adalah salah satu daripada puluhan gunung berapi yang masih aktif di Indonesia.

Dikatakan, bangsa Kerinchi ni adalah keturunan anak kedua Iskandar Zulkarnain?? Sebut tentang manusia hebat Iskandar Zulkarnain ini pula, tentu pernah mendengar tentang kisah satu bangsa yang hampir tidak difahami pertuturan mereka dan bangsa ini telah dipagar dengan tembok kukuh campuran besi dan tembaga.

Berbalik kepada Bangsa Kerinchi, bangsa ini digelar bangsa berekor kerana mereka mempunyai ilmu untuk bertukar menjadi harimau. Ada juga yang mengatakan mereka boleh bertukar menjadi binatang lain seperti kucing, burung helang dan kuda. Selain itu, mereka juga dikatakan boleh menghilangkan diri dari pandangan mata kasar manusia biasa. Banga Kerinchi juga dikatakan bangsa yang ajaib kerana kebolehan mereka menyembuhkan bermacam-macam jenis penyakit dengan menggunakan ilmu mereka.

Dalam satu buku tulisan Sir Frank Athelstane Swettenham yang pernah menjadi Residen Negeri Perak, beliau ada menyentuh mengenai kisah mengenai orang Sumatera yang berketurunan Korinci (atau Kerinchi) dan mereka ini mempunyai kuasa luar biasa iaitu boleh bertukar menjadi harimau. Beliau mengatakan, mereka menggunakan ilmu ini untuk membalas dendam dan membinasakan musuh mereka.

Selain itu, dalam satu penulisan lain Malay Sketches, Sir Frank Athelstane Swettenham ada menceritakan mengenai empat orang berbangsa Kerinchi yang tiba di sebuah tempat di Negeri Perak dan pada malam tersebut beberapa ekor haiwan ternakan telah hilang dan mati dimakan harimau. Empat orang asing yang tiba di Negeri tersebut telah pergi ke hulu Negeri Perak dan tidak beberapa lama kemudian mereka kembali tetapi cuma bertiga dan menyatakan bahawa harimau tersebut telah dibunuh. Tiga orang tersebut telah merayu kepada ketua kampung supaya mengebumikan harimau tersebut sama seperti manusia.

Dalam satu cerita lain pula, ada beberapa orang berbangsa Kerinchi yang muncul dan mohon berlindung di rumah orang Melayu. Namun malangnya pada malam tersebut, beberapa ekor ayam milik orang Melayu tersebut telah hilang dari reban dan terdapat kesan tapak kaki harimau berdekatan dengan reban. Selang beberapa hari selepas itu, salah seorang daripada bangsa Kerinchi yang menumpang di rumah orang Melayu tersebut telah jatuh sakit dan memuntahkan bulu ayam.

Antara kisah lain yang mengaitkan antara Bangsa Kerinchi dan Harimau jadian ini adalah kisah seorang bidan Berbangsa Kerinchi di sebuah kampung. Dalam cerita tersebut, pada suatu malam, ada seorang wanita yang sedang sarat mengandung dan sudah sampai masa untuk bersalin, maka si sang suami pun pergi ke rumah bidan tersebut dengan mengayuh basikal kerana jarak dari rumahnya dan bidan tersebut yang agak jauh. Sesampainya suami tersebut di rumah bidan, dia telah meminta bidan tersebut untuk datang kerumahnya dan mempelawa si bidan untuk sama-sama membonceng basikalnya. Namun bidan tersebut telah menyuruh si suami balik terlebih dahulu dengan alasan dia ingin menyediakan peralatan dan kelengkapan untuk bersalin. Si suami pun akur dan segera pulang kerumahnya dengan menaiki basikal kerana risau akan isterinya.

Sesampainya si suami di rumahnya, alangkah terkejutnya beliau kerana bidan tersebut sudah pun berada di rumah itu dan telah pun selamat menyambut kelahiran bayinya itu. Mungkinkah bidan tersebut menggunakan ilmu yang dimilikinya itu bagi membolehkan dia segera sampai ke rumah wanita yang hendak bersalin itu? Wallahualam.

Sejauh mana kesahihan akan setiap cerita ini tidak dapat dipastikan. Mungkin ada di antara pembaca yang merupakan keturunan Kerinchi ataupun mempunyai sahabat daripada keturunan Kerinchi ataupun telah berkahwin dengan keturunan Kerinchi boleh menjawab persoalan ini?

Sumber: orangperak

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: