KARI AYAM BANGLADESH | ONE POT CHICKEN CURRY | KARI AYAM LEBUR

KARI BANGLADESH | ONE POT CHICKEN CURRY | KARI AYAM LEBUR

ini first time mek buat resepi ni, mek masak claypot kecil je utk dua org, ½ kg ayam, jd rempah2 tu semua mek agak2 je. Nk tgk kuantiti bnyk mana, tgk pic last~~

Mek dh cuba resepi viral ni, ikut cara mek sendiri. MashaAllah, gaisss….
Gaisss…
Gaissssssss… hear me out. Resepi ni sedap namateyyyy😭😭😭😭😭

Alhamdulillah, segala puji bg Allah yg memudahkan segala nya.

Resepi Kari Ayam Bangladesh:
½ kg ayam
4 sekawan
Jintan manis
Jintan putih
Lada hitam
Mustard seed
Bay leaves
Halba
5 tangkai cili kering (solid, xperlu potong atau kerat, kalau boleh pilih jenis licin dan pendek tu)
Mustard oil (sy guna minyak masak biasa je)
.
Bahan kisar
5 biji cili padi hijau
3 inci halia
5 biji bwg merah
3 ulas bwg putih
.
Bahan lain
1.5sk serbuk kunyit
1 sdm serbuk cili
1.5 sdm serbuk kari daging
Sedikit minyak masak
2 pelepah daun kari
Garam kasar
Gula perang sikit (sbb tak guna aji, kena balancekan dgn gula)
Maggi cukup rasa, ikut kebiasaan tekak bnyk mana. Kalau tkut masin, letak sikit2
1 sdk paste asam jawa
60ml plain yogurt. (Tp sy ganti dgn santan. 30ml santan bancuh dgn air. Anggaran ⅓ drp kotak kecil biasa tu.) Santan jgn bnyk. Sikit jer.
½ biji tomato, belah2 je (aku guna 4 biji tomato ceri sbb tomato biasa xde)
Lg sedap, tmbah daun ketumbar, (masa masak ni daun ketumbar aku hbs)
.
Bahan garnish
Aku xde bendi, jd aku taruk 2 biji telur rebus,
Tomato ceri bnyk2
Dan 4 biji green chillies.
.
Cara masak
Part ni mek suka sgt ni. Dah nama pun kari lebur kan? Korang lebur je semua bahan kecuali santan. Kalau guna yogurt, lebur je skli yogurt tu. Pastu gaul2 (pakai tgn lg sedap ahhahahaha). Nyalakan api, biar ayam masak secara perlahan. Ayam tu nnt akan keluarkan air. Kalau x cukup, tambah gradually. Last skli tuang santan. Dah mendidih, tutup api, masuk bahan garnish. Aku pakai claypot jd lepas tutup api pun kari masih menggelegak, cukup tuk layukan bahan garnish

Kenapa eh, kita susah2 tumis pecah minyak bagai, tapi kari lebur/kari Bangladesh ni yg rasa lebih kawwww? Lebih hot and spicyyy…

Lepas siap masak, mmg minyak bnyk sikit, aku terlajak tuang. Tp korg leh cedok semula selepas masak. Xde hal. Xnk minyak lgsg, TAK PAYAH MAKAN KARI LAH, aku jentik kangggg aaaaa 😂😂😂😂😁😁😁

Bila tgk hasilnya, aku rasa, kedai2 nasi kandar tu masak mcm ni lah rasanya, sbb rupanya sama.

Korang jgn lupa cuba tau nanti. Kredit resepi to owner 🙏🙏🙏

Rempah yg digunakan
Hasilnya

Video masak boleh tgk kat instagram: @ mek_masakmasak


#Reels #foodphotography
.
#asianfood #resepimudah #foodie #foodporn #resepisimple #delicious #foodofinsta #instafood #instafoodie #homecook #jjcm #lunch #dinner #realfood #alhamdulillah #masakmasak #MyFoodie #Mukbang #DontYuckMyYum #mekmasakmasak #MasakCaraMarhaen #MasakLaukKampung #sukusukuseparuh #FactsOfTheFood #ProductReview

RESEPI LAKSA UTARA

RESEPI LAKSA MAK SAYA
.
kang mek cakap laksa penang, org penang kata laksa kami bukan laguni 藍藍
.
Ni mek masak guna resepi ibunda mek je la kalu awak nak, ha salin cepat:
.
Bahan2 utk 5 orang makan
10 ekor ikan temenung/selayang/sardin – direbus dahulu dgn 4 keping asam keping

Bahan blend
1 biji bwg bsr merah
½ biji bwg holland
1 ulas bwg putih (ni mek skip td)
1 sdk belacan
— blend kesemua dgn sdkt air hingga hancur. Ada org blend skli ngn 2 ketul nenas. Ikut suka awk nk buh ke tidak ya.
.
Bahan lain
4 sdm cili blend (mek mmg suka pedas, awak boleh kurangkan jd 2sdm je k)
3 keping asam keping
2 kuntum bunga kantan
Daun kesum ikut suka bnyk mana tp bhgian btg yg keras tu dibuang. Kalau x, kuahnya pahit
Garam secukup rasa
.
Cara masak
1. Ikan rebus td asingkan isi dan tulang, tumbuk bahagian isi dulu. Kalu malas, blend aje hahahahahaha
2. Bahagian tulang, blend skli lg guna air rebusan ikan td, tapis, airnya. Ambil airnya saja. Ulang 3 kali hingga tulang2 td jernih xda lg isi melekat. Penapis komer tu xpayahnla halus sgt, jgn pula jarang sgt. Agak2 je lah ya..
3. Dlm satu periuk,  masukkan semua bahan. Masak hingga mendidih. Perasakan dgn garam atau cukup rasa. Done.
.
Rebus laksa dan telur rebus.
.
Bahan toppings:
Hirisan bwg merah
Hirisan cili padi
Telur rebus
Limau kasturi
Timun yg dicincang
.
Pastu ada jugak taruk hirisan salad atau hirisan daun selom. Ikut la nk letak boleh xmau pun xpa. Mek punya yg basic je.
.
Dan kalau korg ada otak udang, petis udang, masa nak makan, taruk dlm 1 camca kecik gaul2 skli laksanya. Nymmmyyy.
.
Okeh, mek dah kembung sgt dh ni 2 mangkuk aku sorang…nk rehat jap…nnt mek upload video masaknya ya…
.
#Reels #foodphotography #foodvideography
.
#asianfood #asiancuisine #foodie #foodporn #foodblogger #delicious #foodofinsta #instafood #instafoodie #homecook #jjcm #lunch #dinner #realfood #alhamdulillah #masakmasak #MyFoodie #Mukbang #DontYuckMyYum #mekmasakmasak #MasakCaraMarhaen #MasakLaukKampung #sukusukuseparuh #productreview

Resepi Viral – Crab Rangoon

#CrabRangoon


.
Mek tak larat nak masak harini. Kebetulan adik mek dtg lepak, bahan pun ada, mek suh dia buatkan . Xde video la ada gmbar je.
.
Sedap weh. Boleh repeat lg bila mek dh sihat nanti.
.
Penangan booster is real. Kalau boleh diputar masa, i wish i made different decisions.
.
Bahan2 Crab Rangoon
250g cream cheese tatura
1 pack Wonton skin
Green onions
10 crab sticks
Black pepper powder
White pepper powder
Garam
Chilli flakes
Minyak bijan
Soy sauce
Mek masukkan juga bwg merah dan bwang putih cincang halus sbb mek suka manis2 bwg merah
.
Mixx all ingredients except wonton skins. Then using tea spoon, wrap the mixture inside wonton skin, up to you which wrapping style u like. So long it is well wrapped then its okay. Then deep fry in low medium heat. Served with dipping sauce
.
Sedap.
9/10


.
#Reels #foodphotography #foodvideography
.
.
.
.
.
.
#asianfood #asiancuisine #foodie #foodporn #foodblogger #delicious #foodofinsta #instafood #instafoodie #homecook #jjcm #lunch #dinner #realfood #alhamdulillah #masakmasak #MyFoodie #Mukbang #DontYuckMyYum #mekmasakmasak #MasakCaraMarhaen #MasakLaukKampung #sukusukuseparuh

Masak Kencur Ikan Keli

Harini masak kencur ikan keli , rempah ready made from @nasidagangflyhq Sedap wangi. Ni first time makan masak kencur. Rupa nak sama dgn lemak cili api tp kencur ni rasa dia lebih strong. Rempah dia tu, mek rasa next time mek nk buat dgn daging salai…mcm masuk je mek rasa…lidah i laaa 
.
.
Masak Kencur Ikan Keli dgn Daun Cekur
Ikan Sebelah Goreng
Telur Asin
Petai Jeruk
.
.
#Reels #foodphotography #foodvideography
.
.
.
.
.
.
#asianfood #asiancuisine #foodie #foodporn #foodblogger #delicious #foodofinsta #instafood #instafoodie #homecook #jjcm #lunch #dinner #realfood #alhamdulillah #masakmasak #MyFoodie #Mukbang #DontYuckMyYum #mekmasakmasak #MasakCaraMarhaen #MasakLaukKampung #sukusukuseparuh

Resepi Sambal Ikan Bersantan, Super Simple Tapi Super Sedap

Lauk Musim Sejuk.
Eh tiber. Musim hujan maksudnya.


Resepi Sambal Ikan Bersantan.
.
Bahan2
Ikan yg siap digoreng tanpa garam ya. Terpulang boleh pakai ikan tongkol, ikan aye, ikan sardin ataupun ikan termenung. Pokoknya yg halus2 garing2 gitu lah ya.
Bwg putih dimayang
Bwg merah dimayang
3 atau 4 sdm cili blend (biasanya kalau buat stok, mek blend dgn sebiji tomato masak ranum)
1 sdm sos tomato
1 keping asam keping
1 sdk kicap manis mudim
2 sdm santan pekat. (Ye santan 😄 )
Bahan perasa secukupnya
1 sdk brown sugar atau sesuai selera
Minyak zaitun (olive oil) utk menumis
.
Bahan garnish: bawang merah hiris bulat, dan hirisan daun sup


Panaskan minyak, tumis bwg dulu sampai golden brown pastu masuk paste cili/cili blend. Dah pecah minyak, masukkan sos tomato dan kicap manis. Masukkan juga asam keping. Masukkan gula dan bahan perasa. Kalau perlu, masuk 2 sdm air. Jgn bnyk. Dah cukup rasa semua, masukkan santan pekat sedikit aja. Dlm 2 sudu bsr. Kacau2 sebati. Dah mendidih garing sambalnya, tutup api. Taburkan bawang besar bulat. Masukkan ikan goreng, balik2kan ia. Finally masa plating, taburkan hirisan daun sup. Siap.
.
Oh ya ada menu tambahan ni, khusus utk menghangatkan badan pada musim2 sejuk spt ini.


BONUS!! RESEPI SUP CELERY/SELEDRI
.
panaskan separuh periuk air, masukkan 2 kentang yg dh dikupas dan dibelah 4, beberapa hirisan halia, lg bnyk lg bagus, dgn 2 ulas bwg putih yg diketuk. Bila air dh mendidih dan kentang sudah empuk, masukkan secubit coarse blackpepper (atau blackpepper biasa tu, tumbuk2 kasar dlm ½ sudu kecil). Masukkan garam atau bahan perasa. Bila rasa semua dh balance, masukkan sebiji tomato yg dibelah 6, dan 4 btg celery/seledri yg dh dihiris2 pendek. Then pecahkan sebiji telur. Dlm masa kurang 5 menit, tutup api. Hidang dlm mangkuk dan tabur daun sup dan bwg goreng .
.
Nah celery ini bagus ya utk kesihatan dlmn, melancarkan darah, kalau x boleh makan sbg ulam, makan sup2 begini juga enak ya…
.
SELAMAT MENCUBA

ResepiSambalIkanBersantanMek

ResepiSupCeleryMek

.
.
.
.

asianfood #asiancuisine #foodie #foodporn #foodreview #foodblogger #delicious #foodofinsta #instafood #instafoodie #homecook #jjcm #lunch #dinner #realfood #alhamdulillah #MyFoodie

Resepi Gulai Ayam Tersedap Di Alam Semesta!

Ewahhhh tajuk bikin panas… takda la actually tahap kesedapan tu depends pada lidsh dan tekak masing2 punya selera lah ya

Plan harini nak masak sambal ayam. Tp cuaca kat luar mendung dr pagi. Lagi 30min nak lunch break, tukar plan. Kita masak gulai ayam. Gu dgn telur asin, sambal tempoyak, ulam dan tahu goreng.


Resepi Gulai Ayam (video will be uploaded kat sebelah k)

Bahan2
400g ayam potong kecil, kalau boleh bahagian dada dan tulang2. Baru sedap masak gulai. Ala2 nasi berlauk pagi2 tuh pehhh
2 biji kentang belah 4
4biji bawang merah dimayang
3 ulas bawang putih di mayang
5 tangkai cili kering dikerat dua
¼ biji tomato dicincang dadu
2 tangkai daun kari
4 sekawan
1 sudu kcl serbuk cili
1 sudu kcl serbuk kunyit
2 sudu bsr (atau sepaket) rempah raja kari @syarikat_faiza_official
2 sudu bsr cili blend/cili giling
Gula melaka sebesar duit 20sen
Asam keping (optional)
Santan cair (sbb nk buat gulai light2 jek)
Olive oil utk menumis
Baki tomato tadi sbg garnishing belah 4 jek
Bahan perasa/garam


Cara masak.
Mcm biasa panaskan minyak zaitun (olive oil), nak buh bnyk pun takpa, minyak sihat . Then tumis bawang, 4 sekawan, daun kari. Bwg dh brown, masukkan tomato yg hiris dadu tu. Kacau2 sat bg hancoq. Then masukkan cili blend, serbuk cili dan serbuk kunyit. Masukkan air satu senduk. Pastu masukkan rempah kari raja kari Faiza. Reneh smpai pecah minyak. Kalau kering,mmasukkan air sedikit demi sedikit. Dah pecah minyak, masukan gula nisan dan asam keping.  Then terus masukkan kentang dan ayam. Biaq reneh sampai ayam keluar air. Reneh api kecil. Kalau rasa2 kesat sgt, masa ni masukkn sedikit santan cair. Bila ayam semua dh masak, baru masukkan kesemua santan. Last skli bg cukup rasa garam dia. Doneeee. Perh bertambah la hujan2 ni dpt gulai ayammmm… selamat mencoba..olah2 la sikit ikut tekak ampa naaa..
.


.
.
.
#asianfood #asiancuisine #foodie #foodporn  #foodofinsta  #masakmasak #misscosmicswordpress #instafood #instafoodie #homecook #homecooking #jjcm #lunch #dinner #foodhunter #foodhunting #obsessedwithfood #realfood #alhamdulillah #syukur #MyFoodie #Mukbang #Reels #DontYuckMyYum #mekmasakmasak #Recipe #gulaiayam #sayamasak #kajang

Terong Balado, Resepi Authentic Indonesia

Lunch 8.12.2021
Terong balado, credit recipe: @dianbara30 .

Terung ungu panjang, dibelah ikut sesuai selera, digoreng sebentar, ketepikan
Bawang merah, bawang putih, cili padi/cabe rawit, tomato — digoreng sebentar dgn sedikit minyak dam dicampur belacan (terasi) sedikit je. Angkat, toskan minhak dan tumbuk kasar/blend kasar


Kemudian tumis kembali bahan tumbuk tadi, sehingga pecah minyak. Masukkan daun limau purut/daun jeruk dan sehiris lengkuas. Masukkan juga bahan perasa garam dan gula. Kalau semuanya sudah okey, masukkan terung yg td siap digoreng. Gaul2 dan dah siap.


Ada juga menu sampingan
Brocoli tumis telur
Ayam goreng
Taukua/tahu goreng
Ada juga (tiada dlm gambar) sambal tempoyak. Ini utk mus la x bole tinggal smbal poyak dia 
.
Happy lunchie..
.
.
.
.
.
.
#asianfood #asiancuisine #foodie #foodporn  #foodofinsta  #masakmasak #misscosmicswordpress #instafood #instafoodie #homecook #homecooking #jjcm #lunch #dinner #foodhunter #foodhunting #obsessedwithfood #realfood #alhamdulillah #syukur #MyFoodie #Mukbang #Reels #DontYuckMyYum #mekmasakmasak #Recipe #resepiterungbalado #broccoli #taukua

Food Hunting: Nasi Kandar Malayleh 69 Kajang

Cannot compare with penang mamu nasi kandar lah but this nasi kandar melayu has its own league. Whenever we feel craves for NK, here is the first place we go until our next balik kampung vacation (4 to 5 months once will balik kampung husband in penang island)


.
8/10 for the taste
9/10 for cleanliness/ hygiene
9/10 for fast service, tp mcm biasa ,pilih lauk tetap kena beratoq
**friendly owner
7/10 for joki. Kuah campur sedap. But i think still got room for improvement.


This is our 10th time eating their NK (bungkus) — since kajang branch opening, but last week is the first time we dine in. So as a comparison, bungkus (peram) has much better taste. Dine in advantage is the food still hot – pretty much like home cooked.


.
Nasi, kari kambing, jenahak goreng, kuah campur, bendi, cili, acar
Nasi, kari kambing, jenahak goreng, kuah campur
Teh o ais and teh o ais limau


.
Total rm40. Very affordable. (Usually dgg hitam only, 25++ for 2 bungkus)
.
Best selling here / die die must try:
✅ Ayam bawang malayleh 69
✅ Daging masak hitam
✅ Kari kambing


.
They serve 2 types of nasi, one is normal nasi putih, another one is nasi kuning but to taste pure nasi kandar, you should order nasi putih lah. More “ngam” with kuah campur.
.
Dgg masak hitam is sold out when we arrived around 1pm so mind your schedule, it is advised for you to come early. Kui 1 pun bnyk lauk dh hbs.
.

Address: lot 109, 111, Seksyen 7 Off Jalan Bukit, Bandar Kajang, 43000 Kajang, Selangor
.
Landmark: Oriental Crystal Hotel, Kajang.
Parking are plenty. And free of charge.
.

( https://www.instagram.com/mek_masakmasak )
.
.
.
.
.
.
#asianfood #asiancuisine #foodie #foodporn  #foodofinsta  #masakmasak #foodreview #eatingplace #kajang #kajangfood  #misscosmicswordpress #instafood #instafoodie  #jjcm #lunch #dinner #foodhunter #foodhunting #obsessedwithfood #realfood #alhamdulillah #syukur #MyFoodie #Mukbang #Reels #DontYuckMyYum #mekmasakmasak  #nasikandarhunter #nasikandaq

Food Hunting: Nasi Kandar Restoren M. Salim, Ipoh

Back from penang, on the way to KL,  we decided to singgah ipoh and continue nasi kandar hunting there. If in penang,  i just follow my husband as he is local. Born n breed in penang but for ipoh, we have to rely much on google review

After googling, we have 2 places in list, one nasi ganja ipoh, and second one restoren m salim. But we choose m.salim lah since there is lot comments says nasi ganja ipoh is not muslim friendly

To find the shop is a bit challenging as the restaurant do not have any signboard, or maybe the signboards has been blocked by huge bougainvillea tree infront of the place. We have to turn around 2 times before we could find the place.

It is located besides huge chinese foodcourt. Parking are plenty, but since we came during sunday, we are not sure they charge the parking or not during weekdays

When we arrive,  around 1230pm, the restaurant already full of people. I came just with my husband,  but if u are planning to come with big family, i advised you to make prior reservations.  Takut tak ckup meja!

We have to wait a bit but it is very fast service. Sekejap je dia kemas2 then we had our table.

For the food, the queue is long, and a bit lama…

For me, i took daging hitam, ayam kampung, kuah campur, bendi, sayur and telur asin. For husband’s, ayam goreng, kuah campur, sayur, telur asin. Daging hitam is so soft and sedaaaapppp

The reviews:
9/10 for the taste. It has it own special taste, can’t compare with penang NK taste, a bit different since it is kari place.
8/10 for hygiene. The place is so neat and tidy. Lantai bersih.


9/10 for fast services. Drinks is fast but food, depends on the queue.sometime poeple infront got so many “tunjuk2 here and there” so a bit lambat.
9/10 for affordable price. Total rm35++ for 2 plates and 3 drinks (sbb satu drinks silap oder, aku tambah 1 lg teh ais, aku la yg silap cakap, bukan diorg silap dgr)

Turn out we learn that the speciality of this place is not kasi kandar. People came here to eat kari kepala ikan more than nasi kandar. But when we oder nasi kandar also the taste is not bad, the joki’s gravy mix is the best.

Will repeat: YES definitely will repeat again in the future.

Side notes: For me personally i like ayam kampung, and kuah campur.

Food Hunting: Nasi Kandar Merlin, Georgetown

Geng2 nasi kandaq hunters, bila mai Penang, pasti takmau lepaskan peluang untuk mencuba nasi kandar di beberapa tempat yg berbeza

Termasuk la jugak kami. Kali ni kami nak review pasal Nasi Kandar Melin, Union Street, Georgetown

This nasi kandar place is located under merlin hotel Georgetown,  nearby police barracks and maybank Georgetown

If u need secure parking, u can park at parking bertingkat beside maybank, and from there just 1 minute walk to this nasi kandar place

I am first time eating here, my first impression is toward hygienic issue. From sideways of the place already make me uncomfortable but since i came from far, and read review about the taste, i stick to my decision to try it. (I came from Kl)

I take ayam, daging hitam, kuah campur, bendi, telur bawang and acar timun. What surprises me is the joki using bare hand to touch my ayam and cut it into pieces. But its ok la since he touch only the wing area and later i throw the wing part where he touches it

As for the nasi kandar taste, the kuah campur is good, means they have good joki to mix the gravy, the ayam is cold and the texture is like re-heat chicken. The daging hitam is so good and acar timun is the best. But telur bawang is a big no for me, i throw it after a small bite.

Overall
Taste is 8/10 (if without telur bawang)
Hygienic is 4/10
Fast service is 9/10

Overall ok la but if have to repeat, maybe have to think again carefully.

Resepi Bomboloni Kampung super Mudah. Guna Bahan di Dapur Je

Kenapa namanya bomboloni kampung? Kerana bancuhan tepung nya menggunakan resepi donut kampung.

For the start, i used 1 cup of wheat flour.

Lepas tu aku campur je terus semua bahan kering seperti: gula 1 sudu, garam ½ susu teh, margerine 2 sudu, termasuk yis 1 paket, dan susu tepung 1 sudu teh. Gaul2 then aku tambah sebiji telur gred A. Kemudian masuk air sedikit demi sedikit

Then restkan adunan 30min. Dia akan kembang 2x ganda. Pastu tepuk2 keluarkan angin dia, bahagi kepada 8 bahagian, bulat2kan dan rest lg selama 20min.

Adunan tepung sedang naik mengembang 2xganda dr size asal

Bila dah naik kembang spt gambar di atas, boleh goreng dlm minyak panas, api perlahan

Yg dh siap digoreng

Then pilihlah nak letak filing apa. Aku pilih choc hazelnut spread dgn black cherry jam

Chocolate hazelnut delfi dan black cherry jam

Aku xde piping bag pun. Aku fill in je dlm plastik biasa, then gunting muncung dia so that it become a cone.

Make a hole first before you piped your filing.

Half aku buh chocolate hazelnut, half lg cherry jam. Lepas tu tabur dgn gula icing

Lebih kurang gini la kejadiannya
Bomboloni yg lembut, creamy filling, soft on the outside but crispy on the edge. Gitteww

atau korang boleh refer resepi yg pernah aku upload dulu, lagi detail. here is the link: https://misscosmics.wordpress.com/2018/10/30/resepi-donat-gebu-resepi-simple-mudah-hanya-6-bahan-tanpa-susu/

Jadi begini lah resepinya. Selamat mencubeeeeeee

Misteri Orang Kerinchi

Sumber drp : orangperak, facebook.

Sumber: Google

BANGSA KERINCHI BANGSA ‘BEREKOR’!

Di Malaysia ni, bila buka cerita mengenai Harimau Jadian, mesti Bangsa Kerinchi akan terkait. Kenapa dan mengapa??

APAKAH ITU HARIMAU JADIAN?

Kalau manusia yang boleh bertukar menjadi serigala itu dipanggil were-wolf, maka mereka yang boleh bertukar menjadi harimau ni dipanggil were-tiger?

Harimau jadian ini merupakan manusia yang mempunyai ilmu harimau sehingga boleh berubah bentuk menjadi seekor harimau. Ilmu ini boleh didapati sama ada melalui ‘menuntut’, keturunan ataupun daripada saka. Dikatakan mereka yang mempunyai ilmu ini mempunyai kekuatan melebihi seorang manusia biasa dan disegani/ ditakuti oleh haiwan yang berada disekeliling mereka.

Bangsa kerinchi?

Perkara biasa yang sering kita dengar tentang Bangsa Kerinchi ni adalah mereka tidak mempunyai lekuk antara bahagian bawah hidung dan bibir atas mereka.
Bangsa Kerinchi ini adalah mereka yang telah mendiami Gunung Kerinchi berzaman lamanya di Indonesia. Gunung Kerinchi ni adalah salah satu daripada puluhan gunung berapi yang masih aktif di Indonesia.

Dikatakan, bangsa Kerinchi ni adalah keturunan anak kedua Iskandar Zulkarnain?? Sebut tentang manusia hebat Iskandar Zulkarnain ini pula, tentu pernah mendengar tentang kisah satu bangsa yang hampir tidak difahami pertuturan mereka dan bangsa ini telah dipagar dengan tembok kukuh campuran besi dan tembaga.

Berbalik kepada Bangsa Kerinchi, bangsa ini digelar bangsa berekor kerana mereka mempunyai ilmu untuk bertukar menjadi harimau. Ada juga yang mengatakan mereka boleh bertukar menjadi binatang lain seperti kucing, burung helang dan kuda. Selain itu, mereka juga dikatakan boleh menghilangkan diri dari pandangan mata kasar manusia biasa. Banga Kerinchi juga dikatakan bangsa yang ajaib kerana kebolehan mereka menyembuhkan bermacam-macam jenis penyakit dengan menggunakan ilmu mereka.

Dalam satu buku tulisan Sir Frank Athelstane Swettenham yang pernah menjadi Residen Negeri Perak, beliau ada menyentuh mengenai kisah mengenai orang Sumatera yang berketurunan Korinci (atau Kerinchi) dan mereka ini mempunyai kuasa luar biasa iaitu boleh bertukar menjadi harimau. Beliau mengatakan, mereka menggunakan ilmu ini untuk membalas dendam dan membinasakan musuh mereka.

Selain itu, dalam satu penulisan lain Malay Sketches, Sir Frank Athelstane Swettenham ada menceritakan mengenai empat orang berbangsa Kerinchi yang tiba di sebuah tempat di Negeri Perak dan pada malam tersebut beberapa ekor haiwan ternakan telah hilang dan mati dimakan harimau. Empat orang asing yang tiba di Negeri tersebut telah pergi ke hulu Negeri Perak dan tidak beberapa lama kemudian mereka kembali tetapi cuma bertiga dan menyatakan bahawa harimau tersebut telah dibunuh. Tiga orang tersebut telah merayu kepada ketua kampung supaya mengebumikan harimau tersebut sama seperti manusia.

Dalam satu cerita lain pula, ada beberapa orang berbangsa Kerinchi yang muncul dan mohon berlindung di rumah orang Melayu. Namun malangnya pada malam tersebut, beberapa ekor ayam milik orang Melayu tersebut telah hilang dari reban dan terdapat kesan tapak kaki harimau berdekatan dengan reban. Selang beberapa hari selepas itu, salah seorang daripada bangsa Kerinchi yang menumpang di rumah orang Melayu tersebut telah jatuh sakit dan memuntahkan bulu ayam.

Antara kisah lain yang mengaitkan antara Bangsa Kerinchi dan Harimau jadian ini adalah kisah seorang bidan Berbangsa Kerinchi di sebuah kampung. Dalam cerita tersebut, pada suatu malam, ada seorang wanita yang sedang sarat mengandung dan sudah sampai masa untuk bersalin, maka si sang suami pun pergi ke rumah bidan tersebut dengan mengayuh basikal kerana jarak dari rumahnya dan bidan tersebut yang agak jauh. Sesampainya suami tersebut di rumah bidan, dia telah meminta bidan tersebut untuk datang kerumahnya dan mempelawa si bidan untuk sama-sama membonceng basikalnya. Namun bidan tersebut telah menyuruh si suami balik terlebih dahulu dengan alasan dia ingin menyediakan peralatan dan kelengkapan untuk bersalin. Si suami pun akur dan segera pulang kerumahnya dengan menaiki basikal kerana risau akan isterinya.

Sesampainya si suami di rumahnya, alangkah terkejutnya beliau kerana bidan tersebut sudah pun berada di rumah itu dan telah pun selamat menyambut kelahiran bayinya itu. Mungkinkah bidan tersebut menggunakan ilmu yang dimilikinya itu bagi membolehkan dia segera sampai ke rumah wanita yang hendak bersalin itu? Wallahualam.

Sejauh mana kesahihan akan setiap cerita ini tidak dapat dipastikan. Mungkin ada di antara pembaca yang merupakan keturunan Kerinchi ataupun mempunyai sahabat daripada keturunan Kerinchi ataupun telah berkahwin dengan keturunan Kerinchi boleh menjawab persoalan ini?

Sumber: orangperak

Mimpi Kucing Berdoa

Mimpi doa seekor kucing
Ibu seorang pemuda dirawat di hospital

وأدخلت للعناية المركزه
Ibunya dirawat di ICU

وفي يوم من الأيام صارحه الأطباء
Beberapa hari kemudian doktor berterus terang kepadanya

بأن حال والدته ميؤوس منها وأنها في أي لحظة تفارق
Keadaan ibunya tiada harapan semboh dan boleh meninggal dunia bila2 masa

وخرج من عند أمه هائما على وجهه
Pemuda itu meninggalkan hospital dengan air muka yg sedih mengenang sakit ibunya

وفي طريق عودته لزيارة والدته
Dalam perjalanan utk melawat ibunya sekali lagi

وقف في محطة البنزين
Pemuda itu berhenti di stesen minyak

وهو ينتظر العامل ليضع البنزين
في سيارته
Sedang dia menunggu atendan mengisi minyak

رأى تحت قطعة كرتون قطة قد ولدت قططا صغارا
Pemuda itu terpandang seekor kucing beranak beberapa ekor anak berteduh dibawah kotak

وهم لا يستطيعون المشي
Kucing itu kelihatan tak mampu berjalan

فتساءل!!!!!
Dia termenung sejenak tertanya2

من يأتي لهم بالطعام وهم في هذه الحال؟
فدخل للبقالة
Siapakah yg akan bagi kucing itu makan dalam keadaan begitu, dan pemuda itu masuk ke kedai barangan dalam stesyen minyak

واشترى تونة
Dibelikannya setin tuna

وفتح العلبة ووضعها للقطة
وانصرف للمستشفى
Dibukannya tin tuna itu utk diberi kepada kucing tadi dan meneruskan perjalanannya ke hospital

وعندما قدم للعناية مكان تنويم أ
Sebaik sahaja masuk ke bilik ICU

لم يجدها على سريرها فوقع ما في يده فزعا
Alangkah terperanjatnya dia apabila ibunya tiada dikatil ICU itu dan tergamam sehingga jatuh benda yg dipegangnya

فاسترجع وسأل الممرضة*
Dia bergegas lari utk bertanya kepada nurse bertugas

أين فلانة؟
Di mana ibuku.?

فقالت تحسنت حالتها فأخرجناها للغرفة المجاورة
Nurse itu berkata: Ibumu sudah beransur pulih dan kami pindahkannya ke wad biasa

فذهب إليها
Pemuda itu terus mendapatkan ibunya

فوجدها قد أفاقت من غيبوبتها
Yg ketika itu dalam keadaan sudah sedar dari komanya

فسلم عليها وقبلها فسألها
Dia bersalam dan mencium ibunya sambil bertanya apa terjadi

فقالت أنها رأت وهي مغمى عليها
Ibunya memberitahu ketika dalam keadaan tidak sedar dikatil

قطة وأولادها رافعين أيديهم يدعون الله لها
Ibunya melihat kucing dan anak2nya menadah tangan ke arah langit sambil berdoa memohon ibunya disembuhkan segera

فتعجب الشاب
Pemuda itu terkejut mendengar apa yg diceritakan ibunya
فسبحان من وسعت رحمته كل شيء
*Maha suci Allah Tuhan yg rahmatnya meliputi setiap sesuatu.

سبحان الله الصدقةدفعت بلاء بإذن الله
Segala puji utk Allah, sedekah jariah melepaskan kita daripada penderitaan, dengan izin Allah.

(داووا مرضاكم بالصدقه)
(Sembuhkan penyakitmu dengan melakukan sedekah)

هذه فقط علبة تونه والرسول صلى الله عليه واله وسلم قال: ( إتقوا النار ولو بشق تمره)
Itu hanya setin tuna. Rasulullah SAW bersabda: (Lindungi diri kamu daripada panas api neraka walaupun dengan separuh tamar)

سبحان الله ألا تريد أن تكون جوادا
Subhana Allah Jadikan ini tindakan kamu utk menjadi seorang yg pemurah

حتى لو كنت مشغولا أرسل هذه الرسالة الى أكثر أصحابك”
Walaupun anda sibuk,sila forwardkan rencana ini kepada seramai yg mungkin sahabat2 mu..!

(لاإله إلا الله)
? “يارب فرج هم من ينشره”
Ya Allah! Engkau ringankanlah beban kepada sesiapa saja yg berkongsi kisah ini.

5 Ilmu Mahal Prof Muhaya

5 Ilmu Mahal daripada Datuk Prof Dr Muhaya Yang Saya Dapat Sendiri Daripada Beliau Semalam

Saya ke rumah Datuk Prof Dr Muhaya semalam. Ada meeting sikit di rumah Prof jadi alang alang meeting saya korek korek la rahsia dan ilmu mahal daripada Prof sekali.

Supaya ilmu tu tak mati dan terhenti pada saya seorang sahaja jadi saya nak kongsi la ilmu tu pada anda semua.

Ilmu Mahal 1 : Langkah pertama nak jadi ibu yang bahagia dan positif adalah dengan Self Awareness

  • maksudnya adalah langkah pertama kena AWARE dulu dengan sifat negatif dalam diri. Dah sampai level mana dah negativity dalam diri?

Nak tengok kita negatif ke tak tengok diri kita bila jumpa pengemis. Kalau kita masih ada rasa meluat, marah dan nak maki tu bermakna tahap negativity dalam diri kita masih sangat tinggi. Kalau kita rasa ‘ mesti ada story di sebaliknya kenapa dia jadi macam tu’ itu maknanya kita di tengah tengah tapi kalau kita rasa happy sangat sebab Allah datangkan peluang untuk kita bersedekah tu tandanya positivity dan self awareness kita sedang tinggi!

Ilmu Mahal 2 : Apa nak buat bila kita mudah trigger nak marah anak je? Tengok dalam diri kita, mungkin kita ada Childhood Trauma yang belum diubati.

  • Cuba pejam mata dan ingat balik umur kita masa 0-7 tahun. Jangan jangan kita juga dulu dimarahi dan dikasari oleh orang lain hingga meninggalkan PARUT EMOSI. Parut emosi ni perlu disembuhkan dahulu (Self Healing) . Cara terbaik nak sembuhkan adalah dengan memaafkan mereka yang pernah melukakan emosi kita suatu ketika dahulu.

Ilmu Mahal 3 : Apa lagi nak kena buat bila kita rasa mudah nak marah anak? Pertama kita kena banyak buat Breathing

  • Cara nak buat Breathing macam mana? Caranya adalah dengan tarik nafas 4 saat. Pastikan perut kita mengembung masa tarik nafas tu ( abdominal breathing). Tahan nafas 7 saat dan hembus 8 saat. Ingat formula 478 tu.

Ilmu Mahal 4 : Kalau rasa nak marah lagi bila tengok anak kita tu? Gunakan teknik Visualisation

  • Nak bayangkan apa tu? Bayangkan kembali wajah anak kita masa kita paling sayang mereka atau ketika mereka masih bayi lagi. Bayangkan ini akan menghapuskan dan memadamkan rasa marah kita dengan sangat cepat!

Ilmu Mahal 5 : Macam mana nak capai sesuatu dalam hidup kita? Prof Dr Muhaya bagitahu 1 satu rahsia besar semalam. Saya kongsi kat anda je ni. Prof kata ‘hypnotise yourself’

  • Macam mana cara nak ‘hypnotise yourself’ tu? Caranya mudah sahaja. Buat group whatsapp kita sendiri. Tekan butang voicenote tu dan bagi voicenote pada diri sendiri di dalam group tu.

Contohnya kalau nama kita Fatimah. Cakap je macam ni, ” Fatimah orang yang baik. Fatimah ibu yang sangat penyayang. Fatimah pandai berbisnes. Fatimah seorang jutawan. Fatimah suka jaga solat 5 waktu “

Ulang dengar voicenote tu setiap pagi dan rasakan sendiri perubahan pada diri kita. Cuba sendiri dan tolong bagitahu ilmu ni pada keluarga kita juga. Ia mungkin akan mengubah hidup mereka buat selama lamanya.

Taufiq Razif

Does All Complicated Problems Requires Complicated Solutions?

CRITICAL THINKING…

Aku kena transfer team lagi. Dr dok sng2 goyang kaki, kena masuk team baru yg sgt mencabar subhanallah. My leader says i was chosen because i have high critical thinking skills. Naudzubillah mana dia dgr cerita dongengan tu? Atau saja bermanis mulut supaya aku tenang2 saja masuk team baru tanpa memberontak. Maklum la aku kuat melawan.

Jadi these few days aku tertanya2 critical thinking tu apa. Job aku makin mencabar dan mereka claim aku ada sesuatu yg aku taktau pun aku ada, atau mmg tak pernah ada, atau mereka silap cakna pasal aku? Silap pandang maybe.

So sambil2 aku cari la maklumat apa itu critical thinking. Berdadarkan carian google, ini lah yg dpt aku simpulkan.

CRITICAL THINKING….

Critical thinking is the analysis of facts to form a judgment. The subject is complex, and several different definitions exist, which generally include the rational, skeptical, unbiased analysis, or evaluation of factual evidence.

Critical thinking helps people better understand themselves, their motivations and goals. When you can deduce information to find the most important parts and apply those to your life, you can change your situation and promote personal growth and overall happiness.

Principles of Critical Thinking:
-Gather complete information.
-Understand and define all terms.
-Question the methods by which the facts are derived.
-Question the conclusions.
-Look for hidden assumptions and biases.
-Question the source of facts.
-Don’t expect all of the answers.
-Examine the big picture.

The purpose of critical thinking is to ensure that people are able to think clearly and rationally about what to do or what to believe. This is very important in any walk of life but especially in the realm of formal education, where it’s vital to be able to construct rational arguments in support of one’s ideas

7 Ways to Think More Critically
-Ask Basic Questions. “The world is complicated. But does every complicated problems require complicated solutions?”
-Question Basic Assumptions. …
-Be Aware of Your Mental Processes. …
-Try Reversing Things. …
-Evaluate the Existing Evidence. …
-Remember to Think for Yourself. …
-Understand That No One Thinks Critically 100% of the Time.

Here are six practices to develop your critical thinking mastery:
-Practice balanced thinking. …
-Exercise mental and emotional moderation. …
-Practice situational awareness. …
-Exercise and promote disciplined, effective and efficient thinking. …
-Express richer emotional intelligence. …
-Focus on destinations, not dramas.

So,

After a few small reading, i can conclude, aku ni takda la ciri2 seorang critical thinker.

Now, it become big problem for me. How I’m gonna survive in this new team? Dup dup dup…this is…suicid3…..

Kisah Pengembaraan Melur: Fearless

Kisah Pengembaraan Melur: Fearless

………

Pakcik Mat dengan tidak sengaja ter’magnet’kan 3 bilah pedang panjang semasa menggali sampah disekitar pantai yg agak dalam

Pakcik Mat tanya Melur, kamu mahukan barang2 ini? Melur tgk di tempat longgokan, ada sesuatu yg bersinar2 disebalik sampah sarap

Melur kuis2 pakai tangan, terlihatlah 3 bilah pedang panjang jenis lurus masih dlm keadaan baik.

“Betulkan pakmat kutip ini dari dasar pantai yg berlumut tu?” Pakcik Mat angguk tanda mengiakan dan tanda dia nk cepat ada hal lain dan minta Melur segera ambil barang apa Melur mau

Melur faham.

Melur bawa balik 3 pedang besi tu. Dlm hatinya dia nak ambil satu utk dirinya, satu mau diberi kepada kakak perempuan nya dan satu lagi untuk ibunya. Utk 3 org serikandi dlm rumah itu.

Melur letak pedang2 itu bawah tangga. Melur capai salah satu dr nya. Melur belek dekat2. Sempurna! Pedang yg cukup sempurna! Tapi aneh.

Pakmat cakap kutip dr dasar laut
Tp satu calar pun takda. Berkilat mcm baru lepas gosok kertas pasir. Karat? Setompok karat pun tak ada. Melur seronok.

Melur ambil satu yg paling berkilat, melur hunuskan ke depan, terasa pedang itu dan tangan melur bersatu dan serasi.

Melur tersenyum puas. Tak sabar nak khabarkan berita itu pd ibu dan kakak perempuan nya.

Tapi yg lg aneh,
Melur dan keluarganya tak pernah belajar ilmu pertahanan diri, defense or attack. Tak pernah.

Tp bila pegang pedang itu, ada satu rasa kekuatan luar biasa mengalir dlm diri Melur
Bukan kekuatan luaran mcm Malek Noor atau Badang Alif Sukri tu, kekuatan yg berupa dalaman …rasa kuat nak hadap apa jua rintangan yg ada selepas itu

Perasaan serupa…FEARLESSS.

Keesokan harinya, pakmat kembali lagi dgn longgokan sampah yg dikutip tp kali ini Melur dpt rasakan satu kelainan dr sikap pakmat

Bertentang mata juga tidak mahu seakan pakmat menyembunyikan sesuatu dr melur

Melur anggap pakmat tersalah bg pedang tu pd melur dan berasa menyesal. Dan selepas kejadian itu, segala sampah dr dasar lumut pantai, pakmat akan cari dulu brg berharga barulah dipangil melur utk mencari2

Sejak dr penemuan pedang, melur tak jumpa apa2 lagi khazanah melainkan sampah sarap semata.

Pakmat ada sembunyikan sesuatu dr Melur ke?

Wallahualam

Kebahagiaan Mahal Harganya

Dan ketahuilah bahawasanya kebahagiaan itu amat mahal harganya. bukan mudah untuk kita mendapatkan kebahagiaan hakiki dunia akhirat. definisi bahagia itu tidak seiring antara setiap orang.

ada orang bahagia dengan adanya beras secupak. ada orang pula, tak pernah merasa bahagia meskipun punya segalanya dalam dunia ini.

jangan pernah mengukur kebahagiaan orang lain dan membandingkan ukurannya pada diri kita pula. kelak kita akan terlalu kecewa mengenangkan mengapa ukurannya berbeda.

mereka bahagia cara mereka dan kita bahagia cara kita. Allah swt Maha Adil. DIA beri cukup dahsetiap hambaNYA apa yang diperlukan. cuma kita ni je sbg manusia jarang amat untuk menitipkan rasa syukur setiap hari atas nikmat2 yang sedang kita rakuskan.

ingatlah, hidup matimu ini demi siapa? untuk apa? destinasi akhir kamu nanti, apa?

love, mek

6.11.2020

Resepi – Daging Goreng Masak Merah

Atau nama lainnya daging masak merah

Mari kita mulakan

Bahan2 yang diperlukan:

Setengah kilo daging lembu atau kerbau, dihiris nipis dan direbus sebentar

3 sudu besar chilli paste (cili giling)

Sebiji bawang besar. Sebelah cincang halus, sebelah hiris kasar utk hiasan

3 ulas bawang putih diketuk

1 sudu sos tiram

1 sudu sos cili

2 keping asam keping

Garam..gula

Tomato

Kentang wedges yg digoreng terlebih dahulu

CARA-CARA MEMASAK

Panaskan 4 sudu bsr minyak masak

Tumiskan bwg putih dan bwg bsr yg cincang halus hingga bertukar keemasan

Masukkan chilli paste. Tumis smp pecah minyak

Masukkan sos cili, sos tiram, garam, gula san asam keping

Masukkan juga sedikit air rebusan daging tadi

Masukkan daging yg dah direbus

Masak hingga sebati

Masukkan bawang hiasan, tomato dan kentang wedges goreng

Dh siap, hidangkan dan taburkan sedikit daun sup atau daun bawang sebagai final garnishment.

Selamat berbuka

.
.
.
.
.
.

carasaya instagram @mek_masakmasak @mek_masakmasak @mek_masakmasak

.
.
.
.
.
.

asianfood #asiancuisine #foodie #foodporn #foodblogger #delicious #foodofinsta #syukurselalu #instafood #instafoodie #homecook #homecooking #jjcm #lunch #dinner #foodhunter #foodhunting #kariikan #sambalbelacan #obsessedwithfood #realfood #alhamdulillah #syukur

.
Disclaimer: Sis takda niat nak menunjuk.. masakan sy bukan hebat pun.. bukan premium, bukan juga masakan mahal.. sis cuma minat #foodphotography je..masakan kampung je..doakan sis siti hasmah ni murah rezeki eh? Thank u…😘😘😘

Resepi – Nasi Daging Utara dan Air Asam Kerisik

Hello! Jumpa lagi di bulan Ramadhan 2020. Haritu sis surprised kan suami dgn masak makanan kegemaran dia iaitu nasi daging utara dengan air asam. Secara jujur, sisboun dh start menyukai menu ni lebih2 lagi dimakan ketika berbuka puasa. Menjadikan moment iftar tu lebih indah, kenyang tp simple je menunya.

Sis nak kredit recipe yg sis ambil drp Azie Kitchen dan sis olah sikit la sbb nak makan dua org je jd ada yg sis kurangkan atau lebihkan tp sis bg resepi penuh azie kitchen kat bawah ni, uols alter la ikut kesesuaian tekak masing2 ye


Bahan Nasi

1 kg/ 6 pot beras Basmathi – basuh dan tos

Air – nisbah 1 beras: 1.5 air – atau ikut beras

Rempah – bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga

1 sudu besar minyak sapi2 sudu besar minyak masak½ tin susu cair 

1 helai daun pandan


1 kiub pati ayam Maggi


2 biji buah tomato – potong 2 atau 4

3 sudu besar rempah kurma – sangai

Bahan hiris:

1 biji bawang besar, 3 ulas bawang putih, 1 inci halia 

Cara cara:Panaskan minyak sapi dan minyak. Tumis rempah penumis dan bahan bahan yang dihiris sehingga wangi. 

Masukkan rempah kurma dan dikacau rata. Kemudian masukkan sedikit air. Kacau lagi sehingga pecah minyak.

Masukkan beras yang telah di tos dan kacau rata seketika bersama daun pandan. Ia akan menjadikan nasi cantik berderai. 

Masukkan daging, air rebusan daging, susu cair dan kiub pati ayam Maggi. Jika suka, masukkan tomato yang dipotong. 

Pindahkan ke dalam rice cooker dan masak seperti biasa. Setelah masak baru dikacau nasi rata rata. 

Ok siap.tgu nasi masak.sementara tu kita sediakan air asam kerisik.

Air Asam Kerisik
Bahan kisar: Sambal Belacan

10 tangkai cili merah 

10 tangkai cili padi – warna hijau dan merah

¼ ketul belacan

2 sudu kecil Maggi Cukup Rasa
Garam – jika perluGula

Bahan lain:

2 biji buah tomato – belah dua dan hiris nipis

2 biji bawang besar – belah dua dan hiris nipis

Sedikit kerisik – dari ¼ biji kelapa parut1 cawan air rebusan daging
1 sudu besar pes asam jawa
Sos tomato 
Sos cili 

Cara cara:Campur Sambal Belacan dengan bahan bahan yang dihiris. Gaul sebati. Masukkan asam jawa yang dibancuh dengan air rebusan daging. 

Tumbuk kelapa parut yang telah digoreng garing sehingga berminyak untuk dijadikan kerisik. 

Masukkan kerisik, sos cili, sos tomato serta serbuk perasa Maggi Cukup Rasa. Sesuaikan rasa. Kacau sehingga semuanya berpalut rata. Sedia untuk dihidangkan. 

Tp sos cili dgn sos tomato sis tak letak ye… Itu resepi asal. Sis olah. Dan sis tambah gula melaka satu inci, dan belacan tu sis bakar dulu dan sis guna limau kasturi 5 biji

Ok siap…kat bawah ni sis tunjuk gmbar2 drp hasil sis buat nasi daging utara guna resipe kak azie…

.
.
.
.
.
.

carasaya instagram @mek_masakmasak @mek_masakmasak @mek_masakmasak

.
.
.
.
.
.

asianfood #asiancuisine #foodie #foodporn #foodblogger #delicious #foodofinsta #syukurselalu #instafood #instafoodie #homecook #homecooking #jjcm #lunch #dinner #foodhunter #foodhunting #kariikan #sambalbelacan #obsessedwithfood #realfood #alhamdulillah #syukur

.
Disclaimer: Sis takda niat nak menunjuk.. masakan sy bukan hebat pun.. bukan premium, bukan juga masakan mahal.. sis cuma minat #foodphotography je..masakan kampung je..doakan sis siti hasmah ni murah rezeki eh? Thank u…😘😘😘

Popia Pisang Coklat Cheese

Hello!

Jumpa lagi! Hehe kali ini kita nak share satu recipe yang mashaAllah amat amatlah mudah lagi2 dibulan puasa ni senang nak buat dan cepat

Selalu popia kita buat recipe2 yang savoury kan kali ni kita olah sikit jadi manisan utk berbuka..desert gituuu haaa

Jom kita start ..

POPIA PISANG COKLAT CHEESE
Bahan2:
Pisang masak ranum 2 biji dibelah 4
Slice cheese….tp kalau ada mozarella lg terbaik
Coklat cadbury potong
Kulit popia
.
.
Cara2:
Ambil sehelai kulit popia, letakkan ½ slice cheese ditengah2 letakkan coklat, dan laipiskan dgn pisang, balut mcm biasa, dan gam guna air.. oleskan tepung jagung sikit. Lepas tu goreng. Dh nak berbuka baru goreng. Boleh rasa coklat cair panas2..sedap
.
Rasa dia lemak manis masin2 gitu .lemak manis drp coklat n pisang, masin2 drp slice cheese…budak2 suka la ni..slmt mencuba, step by step refer picture. #swipeleft #popiapisangcoklatcheese
.
.
.
.
.
.
.
.
.
#carasaya
.
.
.
.
.
.
#asianfood #asiancuisine #foodie #foodporn #foodblogger #delicious #foodofinsta #syukurselalu #instafood #instafoodie #homecook #homecooking #jjcm #lunch #dinner #foodhunter #foodhunting #kariikan #sambalbelacan #obsessedwithfood #realfood #alhamdulillah #syukur
.
Disclaimer: Sis takda niat nak menunjuk.. masakan sy bukan hebat pun.. bukan premium, bukan juga masakan mahal.. sis cuma minat #foodphotography je..masakan kampung je..doakan sis siti hasmah ni murah rezeki eh? Thank u…

Follow my ig: mek_masakmasak

Cara Submit Borang Cukai LHDN (EA Form)

Drp Facebook: Faizal Salleh :Checklist Sebelum Masuk Bulan Cukai

LHDN kata kalau gaji setahun selepas tolak KWSP lebih RM34,000 barulah kena daftar nombor cukai / hantar borang cukai.

Contoh:

Gaji setahun sebelum tolak KWSP = RM38,202
Potongan KWSP (11%) = RM4,202
Gaji setahun selepas tolak KWSP = RM34,000 (dibundarkan)

Sekiranya pendapatan korang tak sampai pun RM34,000 setahun (lepas tolak KWSP) tapi majikan tiba-tiba ada buat potongan PCB, maka submit saja borang cukai tu, insha-Allah dapat refund.

Jadi menjelang bulan cukai yang bakal menjelma Mac ini, jika rasa tak nak bayar cukai banyak sangat, ini maklumat/dokumen yang perlu disimpan :

  1. Borang EA / EC / CP58

Orang kerja kerajaan, sediakan borang EC.
Orang kerja swasta, sediakan borang EA.
Orang makan komisen (ejen-ejen penapis air, MLM, Takaful, Unit Trust, Remisier) sila minta borang CP58 (penyata bayaran insentif) dari syarikat.

Jika makan gaji sahaja, isi borang BE sebelum 30 April 2020. Jika makan gaji dan ada terima komisen atau income bisnes, sila isi borang B sebelum 30 Jun 2020.

Sila take note kalau korang makan gaji dan termasuk dalam gaji kasar tu elaun petrol, elaun perjalanan atau elaun tol atau kombinasi darinya, sila tolak sebab elaun/perkuisit ini dikecualikan cukai. Terhad kepada RM6,000 setiap tahun.

  1. No kad pengenalan ibu dan / atau ayah kandung/angkat

Err…Hafal tak no kad pengenalan mak ayah? Ada mak dan / atau ayah berumur 60 tahun dan ke atas yang bermastautin di Malaysia? Kalau mereka masih bekerja pastikan pendapatan tahunan mak atau ayah TIDAK melebihi RM24,000 seorang. Kalau cukup syarat ni anda boleh claim RM1,500 seorang. Kalau dua-dua masih hidup maka boleh claim RM3,000.

“Tapi mak ayah duduk kampung? “

Rileks, korang masih boleh claim walaupun tidak tinggal bersama.

Individu yang LAYAK menuntut pelepasan ini merujuk kepada anak kandung atau anak angkat yang sah di bawah undang-undang. Tuntutan pelepasan ini TIDAK dibenarkan ke atas ibu bapa tiri.

Nota : Kalau yang ada adik beradik ramai dan masing-masing nak claim, cara pengiraan seperti di Helaian Kerja HK15.

  1. Penyata Takaful / Insuran

Sila minta statement tahun 2019 dekat ejen Takaful kalau penyata tu tak sampai rumah. Statement Takaful ini penting sebab dalam bayaran bulanan boleh jadi ada bahagian yang tak dibenar tolak cukai. Dekat statement tu biasa ada tulis. Jadi jangan declare semua kalau ada bahagian yang tak dibenarkan.

Yang boleh claim hanyalah Takaful/insuran nyawa, pendidikan dan perubatan. Takaful/insuran kereta tak boleh.

Takaful/insuran nyawa boleh claim untuk individu, suami atau isteri / isteri-isteri. Bayaran premium atas polisi nyawa anak tidak dibenarkan.

Manakala premium Takaful/insurans yang dibayar atas polisi pendidikan atau manfaat perubatan boleh untuk individu, pasangan atau anak.

  1. Resit Gaya Hidup

Silalah korek semula resit-resit dan bil kalau tahun lepas (2019) ada beli dan bayar;

smartphone/komputer/laptop/tablet
buku/ subscription news online
bil langganan internet
Pembelian alat sukan / yuran gym
Boleh claim bawah pelepasan gaya hidup maksimum RM2,500. Belian mestilah untuk kegunaan peribadi saja, bukan untuk bisnes.

Ingat, tipu dosa.

  1. Resit Alatan Penyusuan

Korek juga resit-resit berkaitan peralatan penyusuan (kalau ada beli). Pelepasan ini untuk pembayar cukai wanita saja atas pembelian peralatan penyusuan ibu untuk kegunaan menyusukan anak yang berumur 2 tahun dan ke bawah. Encik suami tak boleh claim (rasanya dalam borang dia disable ruang ini untuk lelaki).

Amaun claim adalah terhad kepada amaun yang dibelanja dan maksimum RM1,000 walaupun ada lebih daripada seorang anak.

Peralatan penyusuan ibu yang layak mendapat potongan adalah:

(i) set pam susu dan pek ais (breast pump kit dan ice pack);
(ii) bekas pengumpulan dan penyimpanan susu (breast milk collection
and storage equipment); serta
(iii) set penyejuk atau beg penyejuk (cooler set / bag).

  1. Resit Pra-Sekolah

Ada anak berumur 6 tahun dan ke bawah yang dihantar ke pra-skolah atau pusat asuhan? Simpan lagi tak resit bayaran tu?

Potongan ini terhad kepada amaun yang dibayar dan maksimum boleh claim hanya RM1,000. Tapi tahun depan (tahun 2021) masa isi borang untuk taksiran 2020 boleh claim maksimum RM2,000. Yelah, yuran pra-sekolah macam Little Caliphs, Children Islamic Centre (CIC), Brainy Bunch, Genius Aulad, Smart Reader bukan biashe-biashe.

Tapi, pastikan taman asuhan kanak-kanak yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau pra-sekolah kerajaan/swasta yang berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Negeri di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

  1. Penyata SSPN-i

Ada menabung untuk anak dalam SSPN-i? Baguslah. Rasanya sekarang dah boleh print penyata SSPNN-i secara online. Kalau takde boleh ke kaunter PTPTN yang berhampiran.

Ingat, boleh claim amaun bersih, bukan berapa banyak korang masukkan dalam akaun.

(Jumlah simpanan dalam tahun 2019 tolak jumlah pengeluaran dalam tahun 2019).

Contoh: Dalam tahun 2019,
Baki Bawa Hadapan: RM4,500;
Simpanan : RM2,000; dan
Pengeluaran : RM1,500.
Potongan yang layak dituntut adalah RM500 (RM2,000 – RM1,500).

Untuk taksiran tahun 2019, maksimum boleh claim RM8,000, sebelum ini hanya RM6,000.

LHDN mesti dah ada data pencarum SSPN-i ni, jadi berfikir panjang sebelum bertindak mengisi ruang pelepasan tu.

  1. Resit bayaran zakat

Resit atau penyata bayaran zakat boleh dapatkan dari Pusat Zakat Negeri masa buat bayaran. Kalau bayar online memang senang nak print balik. Kalau ikut FAQ LHDN, zakat yang dimaksudkan adalah semua jenis bayaran zakat yang dibuat dalam sesuatu tahun tu. Maknanya termauklah zakat fitrah, zakat pendapatan, zakat emas dan zakat wang simpanan. Biasa yang orang claim adalah zakat fitrah dengan zakat pendapatan.

Dokumen lain yang perlu disediakan (jika ada) adalah yuran sambung pengajian ke peringkat Ijazah di peringkat Sarjana atau Doktor Falsafah, penyata Skim Persaraan Swasta (PRS), resit-resit kalau ada derma dekat institusi atau organisasi yang diluluskan oleh LHDN (cari dan semak di sini).

Paling penting selain no akaun bank untuk LHDN refund duit PCB kita, ingat lagi tak password e-filing? Kalau boleh rekodkan maklumat e-filing ni. Senang esok-esok nak login, id dengan password dah tersedia.

Ingat, TAK PERLU hantar resit-resit atau dokumen atas ni, simpan saja elok-elok mana tahu dapat surat audit dari LHDN supaya tunjuk bukti.

Ingat, tipu dosa.

Bersamalah kita membangunkan negara yang tercinta.

Sekarang Dunia dah Terbalik. Isteri yang Menafkahi Suami.

Perkongsian daripada Facebook Nurul Izzah Zainol:

PELIKLAH SAYA

Sebelum pergi kerja tadi, salam suami sambil cakap kat dia, “Syg pergi kerja dulu demi mencari sesuap rezeki”. Sebenarnya ingin berseloroh walaupun dalam maknanya tu.

Suami jawab, “Ok syg, terima kasih.”

Bukan nak bagitau saya sorang yang keluar kerja tanggung keluarga. Suami saya lagi lah kerja 7 hari seminggu. Saya juga lebih kurang sama. Weekend pun terpaksa kerja sebab banyak appointment client consultation.

NORMALISASI

Cuma, nak highlight satu perkara. Yang telah dinormalisasikan dalam masyarakat kita. Bahawa isteri sama2 keluar mencari nafkah demi menanggung keluarga itu normal. Tidak pelik. Seolah-olah tanggungjawab menafkahi keluarga turut wajib ditanggung isteri bukan suami seorang.

Sedangkan, dalam hukum syarak, sekaya apa pun seorang isteri, tanggungjawab nafkah tetap TIDAK berpindah ke atasnya. Sefakir apa suami pun, tetap tanggungjawab menafkahi keluarga TIDAK berpindah ke atas isteri. Itu kalau cakap bab hukum. Masih kekal wajib menafkahi isteri ikut kemampuan suami. Kalau isteri bantu tanggung belanja keluarga itu bukan legal obligation, hanya moral obligation atau ihsan sahaja.

Tapi, disebabkan ia dah jadi terlalu normal isteri pun bekerja menggalas tanggungjawab nafkah bersama, sanjungan dan pengiktirafan jarang diberikan atau dipopularkan. Lebih malang lagi, dianggap pentingkan diri dan buta perut kalau sanggup bebankan suami seorang yang tanggung nafkah. Tu belum lagi dapat mertua yg jeling manjang tengok anak jantan dia berhabis duit mencukupkan nafkah isteri dan anak2.

DAH TERBALIK

Tapi lain halnya kalau suami tu diketahui rajin masak, buat kerja rumah, pandai bab2 urus anak dan rumah tangga, terus spotlight hala ke depa. Terus 1 dunia kagum, sanjung dan popularkan.Seolah-olah, itu aneh dan rare sekali bila ada lelaki melakukan kerja orang perempuan. Sampai diidam-idam buat calon suami. Sampai digelar-gelar suami mithali pembela wanita.

Yang sepatutnya dianggap pelik adalah wanita yg sama kuat bekerja cari nafkah. Yang patut dihargai dan di’terima kasih’ sebanyak-banyaknya adalah si isteri yang sudah pukul 5 pagi bangun siapkan keperluan keluarga dan langsung ke pejabat. Setelah 9 jam, mengharung jem pulang ke rumah dan bersilat pula melayan suami dan anak2. Hujung bulan gaji masuk, wanita inilah yg membayar sewa rumah, kereta, bil2 utiliti, yuran sekolah anak dan sebagainya. Kadang, sampai tiada sisa duit utk diri sendiri. Ini baru rare, baru pelik, baru aneh dan patut dikagumi.

Dah terbalik pula kita memandang perkara ini. Yang sepatutnya pelik jadi normal. Yang patutnya normal jadi pelik.

TANDA-TANDA TERKENA GANGGUAN (Sihir, Saka, Lintasan atau A’in)

Berikut adalah antara simptom-simptom yang menunjukkan seseorang itu telah terkena atau adanya gangguan Jin dan Syaitan (angkara Sihir, Saka, Lintasan atau A’in):

1. Badan terasa berat / lemah / panas / sejuk tanpa sebab munasabah.
2. Badan terasa bisa-bisa / gatal / miang tanpa sebab klinikal
3. Batuk yang berpanjangan tanpa sebab klinikal
4. Bau nafas yang terlalu busuk
5. Bau wangian / busuk / hanyir / hangit yang tidak diketahui puncanya
6. Bayi kerap menangis
7. Belakang tengkuk / bahu terasa berat
8. Benda bergerak / berubah tempat dengan sendirinya tanpa sebab munasabah
9. Bermimpi bayi / kanak-kanak
10. Bunyi air pili dibuka di tandas / bilik mandi
11. Bunyi perabot / benda berat / tukul besi diseret / dihempas di rumah atas (flat, apartment, condo)
12.. Bunyi guli / bola ping-pong / menumbuk dengan lesung di rumah atas (flat, apartment, condo)
13. Bunyi orang berjalan di dalam / tingkat atas rumah
14. Bunyi pasir jatuh di atas syiling atau bumbung rumah
15. Bunyi sesuatu mencakar bumbung / pintu / tingkap
16. Darah haid turun lebih dari 15 hari
17. Gagal melakukan hubungan kelamin tanpa sebab munasabah
18. Gelisah dan panas di tengkuk bila dengar bacaan Al-Quran
19. Hujung jari kaki / tangan sering terasa menyucuk / kebas
20. Kaki atau tangan berasa berat
21. Kaki, tangan atau anggota badan lain terasa panas
22. Kemurungan yang berpanjangan
23. Kerap berdebar / takut / gagap / sesak nafas
24. Kerap keguguran
25. Kerap sendawa bila mendengar Al-Quran
26. Ketumbuhan ganjil pada anggota badan
27. Kuat berangan / berkhayal / hilang daya tumpuan
28. Lampu / alat elektrik terpadam dengan sendirinya
29. Loya / sebu perut tanpa sebab klinikal
30. Malas mengerjakan Solat dan beribadat
31. Marah secara keterlaluan / panas baran
32. Melihat lembaga / jin / hantu secara terus
33. Mendengar suara berbisik / menyergah / memanggil nama
34. Mengantuk bila dengar Al-Quran
35. Mengunyah gigi sewaktu tidur
36. Mimpi jatuh dari tempat tinggi, melayang atau terbang
37. Mimpi makan
38. Mimpi ular, kelawar, lembu, anjing, serigala, gajah, harimau dan binatang buas
39. Mimpi apa jua yang menakutkan
40. Mimpi serangga berbisa seperti lipan, kala jengking, labah-labah dan sebagainya
41. Mimpi tempat yang kotor; seperti tandas, longkang dan sebagainya
42. Nafsu seks yang melampau / tidak normal
43. Nampak kepulan asap hitam / putih dalam rumah / bilik / premis perniagaan
44. Pelupa / Nyanyuk tanpa sebab klinikal
45. Pintu / Tingkap bergegar / terbuka dengan sendirinya
46. Ragu-ragu tentang keimanan diri / ingin murtad
47. Sakit / takut ketika ziarah orang meninggal
48. Sakit bebola mata
49. Sakit di bahagian ulu hati, tulang rusuk, pinggang atau belikat tanpa sebab klinikal
50. Sakit jiwa / mental / gila
51. Sakit kepala, dada, tangan atau kaki selepas waktu Asar ke atas
52. Sakit perut tanpa sebab klinikal
53. Sakit tapak kaki / tumit yang berpanjangan
54. Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali
55. Selalu ditindih / dicekik ketika tidur
56. Selalu melihat kelibat / bayangan di rumah
57. Sering kehilangan wang secara tiba-tiba
58. Sering pengsan tanpa sebab klinikal
59. Sering terjaga di waktu malam / tengah malam
60. Sesuatu menyentap kaki semasa sedar atau tidur
61. Sikap berubah secara tiba-tiba (kepada yang negatif)
62. Suami isteri / penghuni rumah / pekerja kerap bertengkar walaupun perkara kecil
63. Suka bangun tidur selepas tengahari
64. Suka bercakap besar, takbur, riak dan bangga diri
65. Suka bercakap seorang diri tanpa sebab munasabah
66. Suka berbuat maksiat
67. Suka melihat diri di dalam cermin
68. Suka menggulung rambut dengan jari
69. Suka mengingati / bercakap tentang perkara-perkara lucah
70. Suka tidur di dalam keadaan berbogel dan meniarap
71. Suka melakukan onani / gemar pada pakaian dalam orang lain
72. Suka tidur pada siang hari
73. Sukar mendapat jodoh
74. Sukar mendapat zuriat
75. Sukar tidur malam
76. Tanda lebam pada anggota badan
77. Terasa ada lembaga tidur bersama / bersetubuh / menganggu / berdialog ketika tidur
78. Terasa benda bergerak-gerak di bawah kulit
79. Terasa diri selalu diperhatikan / diekori
80. Terlalu rasa rendah diri / tidak berkeyakinan / hilang semangat
81. Terasa bahu ditepuk dari belakang
82. Terasa terkena renjisan air
83. Udara di dalam rumah / premis perniagaan berasa mampat

dan sebagainya lagi…

PENTING: Jika anda ada mengalami sekurang-kurangnya TIGA (3) simptom yang disenaraikan di atas, segeralah berjumpa dengan Perawat Islam yang patuh syariah serta diyakini untuk mendapatkan rawatan. Gangguan Jin dan Syaitan yang berterusan boleh membawa kepada berbagai gejala Penyakit dan Masalah yang lebih serius, kronik dan sukar untuk disembuhkan.
.
.

Dalam masa yang sama anda juga dinasihatkan untuk berusaha merawat diri sendiri. Allah menguji kita kerana hendak menaikkan martabat disisiNya. Salah satu cara untuk kita mencapai objektif ini ialah dengan meningkatkan amalan dan ibadah kita. Para Ustaz mahupun Muallij hanya membantu dan sebaik-baik bantuan adalah datangnya dari diri sendiri.
.
.

Tips Nak Ke CAMERON HIGHLANDS, Pahang

Tips Nak ke CAMERON HIGHLANDS🍓

1) Yg mana dr KL boleh ikut Tapah, dr Penang ikut Simpang Pulai.
Tganu boleh lkut kuala berang – felda aring – gua musang.
Atau
Raub – sungai koyan pon boleh

2) Bertolak awal okey! Sesudah subuh harap dah start enjin Lambat confem jem oi🚌🚕🚖🚗🚑🚐

3) Merancang itu penting. Kena tahu info tempat2 menarik CH
-Ladang Teh Boh di Ringlet @ Bharat Teh Garden 9.30am-4.30pm (isnin cuti)
-KEA Farm 8.30am-6pm
-KHM Strawberry Farm Taman Sedia 8.30am-6pm
-Ladang anggur bertam valley 9am-5pm (Bulan 12 baru musim anggur)
-Taman Abang steamboat & grill
Harga Dewasa RM39 Kanak2 RM29
-Pasar malam Sg. Ruil dekat Golden Hills (waktu operasi lewat petang sampai malam untuk hari jumaat, sabtu & hari2 dibuka untuk cuti sekolah)
-Penginapan: Salah satunya GOLDEN HILL RESORT CAMERON HIGHLANDS (jalan kaki je pergi pasar malam)

4) Seeloknya pergi bukan pada musim cuti sekolah atau cuti perayaan. Kenapa?
+ harga jualan produk berlipat ganda daripada harga asal.
+ sukar untuk dapat parking kereta.
+ kebanyakan hotel penuh dan harga juga lebih mahal.
+ kurang privasi.

5) Jika anda mahu membeli buah, sayuran, teh dan lain-lain sebagai buah tangan, belilah di kawasan S corner. Ada sign board S Corner sebelum menuruni bukit di situ. Di sini berderetan kedai dan gerai yang sangat murah berbanding di tempat-tempat lain seluruh Cameron Highlands.
.
Anda boleh dapat buah strawberi yang besar dan manis.harga murah berbanding jika anda beli di kawasan lain
.
Anda boleh beli teh uncang dengan harga murah sekotak. Kalau beli banyak, boleh dapat murah lagi jika anda bijak mengayat.
.
6) Kalau mahu makan nasi berlauk dengan portion yang kenyang, lauk yang sedap, harga yang memuaskan, cari di Tanah Rata. Berdekatan sebelah terminal bas Cameron. Nama kedai Kak Yam, ada banner yang besar boleh nampak.
.
7) Cari hotel di sekitar tanah rata. Berhampiran kedai makan Kak Yam itu juga. Park kereta, jalan kaki untuk buat survey. Biasa backpackers suka menginap di hotel seperti itu.
Kalau datang bersama anak-anak kecil, ada bilik yang sesuai pada kadar harga RM80 dengan kemudahan yang baik.

Ladang teh.
1. Bharat Valley Tea House
2. Bharat Valley Tea House 2 ( lagi besar)
3. Ladang Teh Boh Sungai Palas.
➡⛰( Mossy Forest )
4. Boh Tea Garden
✅ Masuk Percuma
✅ Buka 9.00am- 4.30pm
✅ Nikmati tea, cake dll desert

Tempat menarik yang FREE.
🌼 YZ Agro Farm (Kebun strawberry Melayu)
(8.30 pagi – 6 ptg)
🌼KHM Strawberry and Jem
(8.30 pagi – 6 ptg)
🌼 Cactus point
(9 pagi – 6 ptg)
🌼 Big Red Strawberry Farm
(8 pagi – 6 ptg)
🌼 Ladang Lebah
(8 pagi – 7 mlm)
🌼 Ladang Anggur Bertam Valley
(9 pagi – 5 ptg)
🌼 Kea Farm
(8.30 pagi – 6 ptg)
🌼 Pasar Malam Brinchang (Jumaat dan Sabtu)

Tempat menarik yang BERBAYAR.
📌 Taman Agroteknologi MARDI
Dewasa RM5, Kids RM3
(8.45 pagi – 5 ptg)

📌 Lavender Garden
Dewasa RM10, Kids RM7
(9 pagi – 6 ptg)

📌 Butterfly Garden
Dewasa RM7, Kids RM5
(9 pagi – 6 ptg)

📌 Orkid and Rose Garden
Dewasa RM8, Kids RM6
(9 pagi – 6 ptg)

Makanan yang wajib cuba.
🍧 Aiskrim Malaysia Strawberry
🍧 Aiskrim Strawberry
🍧 Scone
🍧 Strawberry coklat
🍧 Nasi Lemak Sambal strawberry
🍧 Sayuran goreng
🍧 Steamboat cheese highlands
🍧 Jagung mutiara rebus
🍧 Ubi rebus

Ole-oleh wajib beli.
🍓 Strawberry
🍓 Jambu epal (merah dan hijau)
🍓 Sayuran segar (10 sayur RM10)
🍓 Buah-buahan Kering
🍓 Coklat buah-buahan
🍓 Kordial buah-buahan

📌
Extra info Suhu di Cameron Highlands.
🌇Pagi – 17*C
🌁Siang – 24-26*C
🌃Malam – 18*C
highland steamboat cheese
dewasa-RM 35
kanak2- RM 20
(5 ptg – 12 mlm)

the stone valley steamboat
dewasa – RM 35
kanak2- RM 18
(5 ptg – 12 mlm)
.
Share parking di wall anda nanti nk pergi boleh rujuk :-

Untuk makluman pengunjung2 yg datang dan sesiapa juga
di group ini :-

🚖POMEN/WOKSYOP
Cameron Auto Repair & Services (Towing kereta & hantar ke bengkel – 24 hours- 019-3992888

🚖Cameron Fastline Sdn Bhd. (24 hours towing & Bengkel).
Lot Atri B10-76 (Bengkel Atas), Jalan Sultan Abu Bakar, Brinchang.
Tel : 05-4915679; Tel : 019-3921166 (YH Liu)/016-3877710 (Roy)/012-2176368 (Roy)

🚖Cameron Highlands Tyre Auto Centre.
Jalan Royal Lily 5, Tmn Royal Lily. Tanah Rata. – 05-491 5669 (GPS : 4.468576 , 101.371582)

🚖Cameron Highlands Tyre & Car Centre.
A-G-1 Tmn Royal Lily 5, Tanah Rata. – 05-4915669/012-6511005 (SF.Phoon)

🚖Cameron Highlands Tyre & Car Centre.
No.9 (Ground floor), Jalan Angsana 3, Brinchang Point, Brinchang – 019-5295151

🚖Ah Boy Bengkel – 016-5058738
🚖Kedai Tayar (Tringkap) – 05-4961430
🚖Awie (Kg Raja) – 019-9086694
🚖Liu Pomen – 019 392 1166
🚖Lenchai Pomen – 016 505 8735
🚖Kama Koi Pomen – 012 542 4201
🚖Rosli Pomen – 017 5777047

FARMASI.
Tigas Cameron Pharmacy;
58-a Persiaran Camellia 3, Tanah Rata – 05-491 4791

Watson.
L ot 7,8, Grd. Floor, Marigolds Square, Tanah Rata.
KLINIK/HOSPITAL
Hospital Tanah Rata – 05-491 1966 (GPS : 4.466836, 101.390448)

Klinik Dr Ayob Tanah Rata – 05-4911654

Klinik Wong, Brinchang. (Sebelah Pasaraya Jimat One Stop) – 05-491 1478
Brinchang. (GPS : 4.492137, 101.389074)

BALAI POLIS / PONDOK POLIS.
Tanah Rata – 05 491 5443
Brinchang – 05 491 1222
Kg. Raja – 05 498 1222
Ringlet – 05 495 6222
PP Tringkap – 05-496 2222
PP Lembah Bertam – 05-4956373

Zam

Resepi AYAM MASAK GARAM (Indian Food)

Resepi #AYAMMASAKGARAM versi MEK (mek olah sikit dr resepi asal utk sesuaikn dgn tekak mek).
.
.
.
Seinci halia + 7 ulas bawang putih – ditumbuk jdkn paste
.
Sebiji bunga lawang + 2 biji buah pelaga + 2 biji cengkih (biji ke? Ah janji paham kan? 🤣 ).
.
Cili kering 20 tangkai, dibuang biji , dikerat dua
.
Sebiji tomato di hiris kasar mcm dadu tu tp jgn halus sgt agak2 besar duit 50 sen tu. Chunk dice.
.
Carrot potong suka hati
.
Cili hijau dibuang biji dan dikerat 4 je
.
Daun kari 2 tangkai
.
Bawang merah besar 3 biji dibelah 4
.
Satu sudu kecil paste asam jawa adabi
.
Satu sudu kecil serbuk kunyit
.
Garam secukup rasa.
.
Ayam yg dah dibasuh bersih.
.
1 sudu kecil serbuk cili
.
.
Cara2:
1. Panaskan minyak, tumis bunga lawang, cengkih dan buah pelaga (resepi asal pakai halba dan jintan bulat tp i ubah)
2. Masukkan garlic n ginger paste, tumis sampai wangi
3. Masukkan bawang merah belah 4 td
4. Masukkan cili kering dan tomato
5. Masukkan serbuk kunyit dan garam
6. Daun kari
7. Ayam
8. Carrot n lada besar
9. Taburkan serbuk cili utk enhance rasa dan warna
10. Asam jawa paste. Kalau xnk gntikan dgn perahan lemon masa dh siap masak nnt.
11. Masak sampai ayam empuk dan kuah likat. Resepi ni x pakai air setittik pun. Air keluar dr tomato, bawang dan ayam. Tp kalau rasa suka berkuah, boleh tambah secawan air dan ejas balik rasa garam tu.
.
Sedap weh cuba laaa makan ngnn nasi putih ke nasi tomato ke ngam sgt aihh
.
.
.
.
.
.
.
#carasaya #lunchbox
.
.
.
.
.
.
#asianfood #asiancuisine #foodie #foodporn #foodblogger #delicious #foodofinsta #syukurselalu #misscosmicswordpress #instafood #instafoodie #homecook #homecooking #jjcm #kajangfoodie #kajangeateries #bangifoodie #bangieateries #foodhunter #foodhunting #obsessedwithfood #realfood #alhamdulillah #syukur

Resepi – AYAM PENYET HOMEMADE

Teringin kan sekali sekala makan ayam penyet kat rumah? Fresh, dijamin kebersihan, boleh makan bertambah2, panas2 dan mengeratkan hubungan kekeluargaan. Sebenarnya tak susah tau nak buat ayam penyet ni. Jom kita cuba resepi ayam penyet mudah cepat dan sedap nih

.

.

#AYAMPENYET HOMEMADE cara MEK
.
2 cawan beras, masak nasi mcm biasa. Air basuhan beras masuk dalam bekas utk cuci ayam (Tips utk ayam kurang berbau hanyir)
.
Panaskan seperiuk air, masukkan sebatang serai, sebiji bawang merah dibelah 4, bawang putih 5 ulas, akar ketumbar, 2 inci halia, garam dan kunyit. Rebus sampai mendidih.
.
2 ketul ayam bahagian thigh atau dada atau mana2 bahagian yg anda suka, basuh bersih2 masuk dalam air rebusan yg tgh mendidih td. Rebus sampai ayam empuk atau selama 30min but jangan overcook sgt nnt isi dia pejal x manis.
.

Then take out the ayam, goreng dgn api kuat sbb nak garingkan kulit luar dia je since dalam dah masak.mcm ni boleh kunci the juiciness of the ayam inside.

.

Bahan2 utk sambal:
.
3 tangkai cili merah besar
10 tangkai cili merah kecil (tambahkan utk tahap kepedasan yg disukai)
Sebiji tomato belah 4
Sebiji bawang besar merah belah 4
Seinci belacan
.
Kesemua bahan diatas digoreng dalam minyak sehingga separa garing. Angkat, toskan dan ketepikan utk dia sejuk.
.
Dah sejuk, tumbuk bahan2 diatas. Bila dah hancur, panaskan kuali, masukkan semula bahan tumbuk td, tambahkan garam dan gula dan masakkan sampai pecah minyak.
.
Ayam yg digoreng td, letak atas chopping board and smash it with anak lesung ( that is come the name of ayam PENYET coz we penyek it before we eat it hahaha)
.
.
.
Air rebusan ayam td, tambah tomato, kentang, daun sup dan bahan perasa. Sup ni sbg side dish utk ayam penyet.
.
Done utk dihidang. Selamat mencuba. 😘😘
.
.
.
.
.
.
.
.
.
#carasaya
.
.
.
.
.
.
#asianfood #asiancuisine #foodie #foodporn #foodblogger #delicious #foodofinsta #syukurselalu #misscosmicswordpress #instafood #instafoodie #homecook #homecooking #jjcm #kajangfoodie #kajangeateries #bangifoodie #bangieateries #foodhunter #foodhunting #obsessedwithfood #realfood #alhamdulillah #syukur

[Mortgage] – CARA UBAH PINJAMAN KONVENSIONAL KEPADA PEMBIAYAAN ISLAMIC. — Ikmal Jamil

Kredit kepada: Facebook Ikmal Jamil

CARA UBAH PINJAMAN KONVENSIONAL KEPADA PEMBIAYAAN ISLAMIC.

Izinkan saya menjawab salah satu komen yang ada di posting saya. Saya tepek sekali sekali komen kawan saya tu. Secara ringkasnya, sahabat kita ini bertanyakan beberapa soalan seperti di bawah ini:

>SOALAN 1:

Macam mana nak ubah pinjaman perumahan non-Islamic (conventional) kepada pembiayaan Islamic?

>SOALAN 2 :

Apa baik-buruk berbuat demikian (ubah conventional kepada Islamic financing)?

>SOALAN 3:

Bimbang apabila tukar kepada pembiayaan Islamic, tempoh pembiayaan menjadi panjang semula.

Ini respond saya. Macam biasa, lets agree to disagree.

SOALAN 1:

Macam mana nak ubah pinjaman perumahan non-Islamic (conventional) kepada pembiayaan Islamic?

Ada beberapa cara dan antaranya ialah:

a)cara 1: Pergi ke bank yang sama, minta ubah dari conventional kepada Islamic financing. Nanti bank akan bagi tahu cara-cara nak buat.

b)cara 2: Refinance property anda dari bank A kepada bank B. Masa di bank B, cakap saya nak buat Islamic financing.

c)cara 3: Jual rumah tersebut dan settle loan conventional. Dapat duit lebihan hasil jual rumah, gunakan deposit utk beli umah baru dan ambil pembiayaan Islamic.

SOALAN 2:

Apa baik-buruk berbuat demikian (ubah conventional kepada Islamic financing)?

i.Bila anda ubah dari conventional kepada Islamic financing dengan bank yang sama, akan ada kos legal baru yang perlu ditanggung. Biasanya, setiap bank mempunyai subsidiary (entity) yang berbeza untuk jaga pinjaman conventional dan juga pembiayaan Islamic. Ambil contoh Maybank. Untuk pinjaman conventional, Maybank akan jaga. Manakala untuk Islamic financing, Maybank Islamic akan jaga. Maka, apabila customer minta ubah daripada conventional kepada Islamic, semua legal dokumentasi baru diperlukan. So, kena pertimbangkan jumlah kos legal yang baru, yang dikenakan.

ii.Jika anda refinance dari bank A kepada bank B, kesan utama yang harus dipertimbangkan ialah sama je macam jawapan kat item i). Anda perlu pertimbangkan kos legal baru yang terlibat.

iii.Pilihan di tangan anda. Mungkin rumah anda sudah semakin naik nilai, dan pada masa yang sama mampu untuk membeli rumah yang lebih besar dan selesa, apa salahnya kan. Maka jual sahaja rumah lama, beli rumah baru dan ambil pembiayaan Islamic.

SOALAN 3:

Bimbang apabila tukar kepada pembiayaan Islamic, tempoh pembiayaan menjadi panjang semula.

Jika anda memilih untuk ubah melalui bank itu sendiri atau melalui refinance, anda boleh meminta untuk mengekalkan tempoh bayaran yang masih berbaki. Dalam contoh ni, beritahu bank asal (atau utk refinance, beritahu pada bank B), saya nak tempoh pembiayaan 33 tahun saja (40-7).

Mana-mana yang saya terkurang info, kawan-kawan sekalian boleh la top-up kat ruang komen yea.

Harap membantu. (Fb: Ikmal Jamil)

Kek Coklat Moist Paling Sedap, Murah, dan Berbaloi

Dia punya sedap tu…zuuuuuuppp!! Juling mata hitam..tinggal mata putih je..
.
.
Dgr citer owner ni buat jual niat sedekah. Coklat banyak, lemak, kek lembut tp x manis sgt, ngam betul rasa kat lidah, sprinkle choc rice lagi, teka la harga berapa?
.
.
.
.
.
Rm10? Salahhhhhh
Rm7? Salahhhhhh
Rm5? Salahhhhhhh
.
.
.
Eh betul ke ada lg org jual kek coklat moist camni bawah lima ringgit?
.
.
Ada u ols. Harga dia cuma rm2.50 je. Apeee??!!!!! Ye, korg x silap baca. MEMANG RM2.50 SAHAJA. TUNAI.
.
.
.
selain kek coklat, acik ni ada jual jugak kek red velvet rm2.50 dan lemon cheese rm3.00
.
.
.
Malas cakap bnyk, mana2 yg guna lrt tu ce singgah kat lrt stesen universiti, landmark, #klgatewaymall , acik ni meniaga lorong sidewalk depan #vistaangkasa apartment. Another landmark, bersebelahan #federalhighway yg selalu jammmed tuhhhh
.
.
.
Hari apa dia cuti x igt. Xtnya la plak. G la usha sendiri.confirm x tipu confirm x nyesal korg mesti borong lebih dr 3 bekas punya! Dan mesti nak repeat skli rasa nak lagi..
.
.
Utk acik, post ni sy ikhlas nak siarkan mcm mana acik ikhlas meniaga harga zaman jepun camni. Semoga makcik sentiasa sihat dan murah rezeki.
.
.
#kekcoklatsedap #kekcoklatviral #kekcoklatmoist @vista angkasa apartment, jalan kerinchi, kuala lumpur

Your TikTok Account Always Been Deleted for No Reason? Try This..

I am nobody but i just wanna try to help. I have read somewhere that TikTok users complaining about their account has been banned or deleted for no reason

If you are having the same problem, maybe you could try any of these solution below:

1. Username

Change your username into your real name instead of trying to be “softpxrning” it like you-know-how-it-sound or try to avoid using names that represents pxrn, gang or terrorism.

2. Age in bio

For those who asking, “my name is normal but why it still been deleted?” The answer is your age that you put in your bio. Try to put 13 and above even though you look younger than that.

3. Your content

TikTok maybe advise user to post some creative and genuine content but i read that they also want to control content that against community standard, so you know what your community standards about right? Things like pxrnography, drugs, pedophile, violence and etc should be avoided.

Conclusion:

I don’t know if those works but you may try. No harms right? Left a comments below if you succeed using these tips.

Kat Mana Nak Makan Tengahari Sedap Kat Jalan Reko?

Harini meks “masak” kat kedai je. Sedap kedai ni lauk tengahari dia….#recommended. #swipeleft
.
.
.
Rate: 7/10. 🔥🔥🔥🔥🔥🔥🔥
.
.
Mcm2 lauk ada tp x sempat snap pic ramai sgt org tgh beratur nak cedok lauk. Kang x pasal2 meks kena marah 🤭
.
.
.
Check it out their restaurant at @ Mak Tok Gulai Kawah, Jalan Reko atau just click at the location.
.
.
.
.
.
#asianfood #asiancuisine #foodie #foodporn #foodblogger #delicious #foodofinsta #syukurselalu #misscosmicswordpress #instafood #instafoodie #homecook #homecooking #jjcm #kajangfoodie #kajangeateries #bangifoodie #bangieateries #foodhunter #foodhunting #obsessedwithfood #realfood #alhamdulillah #syukur

Gerai Bomboloni Balakong Tepi EcoShop

#minumpetang ala malaysian!
.
.
#blackcoffee #mocha & #bomboloni eh korang jangan judge a book by its cover tau nampak je bomboloni tu comot macam tu tapi rasa sangat heaven😍 wei
.
.
Donut yang lembut. Takda gigi pun boleh makan. Cair di mulut. Inti yang banyak melimpah ruah 😍 ada bnyk flavor tau tp meks beli yg original lemon, red velvet choc and original nutella
.
.
Taknak cakap banyak la kalau korang nak try, brader ni bukak stall tepi eco shop balakong bole p try rasa sendiri ada bnyk lg flavors, pandan lah, strawberry lah, jagung lah, rambang mate wei..🤭🤭
.
.
.
Korg klik je kat location tu nanti jumpa la.. kalau lambat, habis!
.
.
.
.
.
.
.
.
#asianfood #asiancuisine #foodie #foodporn #foodblogger #delicious #foodofinsta #syukurselalu #misscosmicswordpress #instafood #instafoodie #homecook #homecooking #jjcm #kajangfoodie #kajangeateries #bangifoodie #bangieateries #foodhunter #foodhunting #obsessedwithfood #realfood #alhamdulillah #syukur

Phone Scam

#SharingIsCaring #PleaseShare dengan orang tersayang

*PENIPUAN TERBARU*
*SILA BERHATI2 !!*

Contoh di bawah ini adalah apa yang berlaku kepada seseorang, dia sendiri yg bercerita:

Saya menerima panggilan daripada seseorang yang mendakwa bahawa dia berasal drp sykt pembekal perkhidmatan mudah alih dan dia minta saya menutup telefon saya selama *2 jam* untuk kemas kini data internet 4G untuk beroperasi.

Semasa saya bergegas untuk mesyuarat, saya tanpa byk soal trus menutup telefon bimbit saya. Selepas 45 minit, saya berasa sangat mencurigakan kerana pemanggil tidak memperkenalkan namanya.

Saya dengan cepat menghidupkan telefon bimbit saya dan melihat beberapa mesej dari ahli keluarga saya dan yang lainnya dari nombor (scamer) yang telah memanggil saya lebih awal.

Saya memanggil ibu bapa saya dan saya terkejut bahawa mereka terdengar suara saya yang sangat bimbang dan bertanyakan sama ada saya selamat. Ibu bapa saya memberitahu saya bahawa mereka telah menerima panggilan daripada seseorang yang mendakwa bahawa mereka telah menculik saya dan meminta wang tebusan untuk membebaskan saya.

Panggilan yg begitu nyata dan ibu bapa saya juga mendengar _suara saya_ menangis dengan kuat meminta bantuan. Ayah saya terus ke bank menunggu panggilan seterusnya untuk meneruskan pemindahan wang.

Saya memberitahu ibu bapa saya bahawa saya selamat dan meminta mereka untuk membuat laporan polis. Apabila mereka mengetahui saya telah membuka telefon, mereka telefon saya minta ditutup lagi selama 1 jam dan saya enggan berbuat seperti yang diminta. Mereka terus memanggil telefon bimbit saya untuk memastikan telefon saya sentiasa sibuk sehingga panggilan lain tidak dapat dijawab sehingga bateri habis.

Saya sendiri membuat laporan polis dan saya dimaklumkan oleh pegawai polis tersebut bahawa terdapat banyak penipuan seperti itu dilaporkan. Kebanyakan kes melaporkan bahawa mangsa sudah pun memindahkan wang! Dan adalah mustahil untuk mendapatkan kembali wang itu.

Berhati-hatilah kerana penipuan seperti ini berlaku kepada mana-mana keluarga kita !!! Mereka sangat profesional dan sangat meyakinkan semasa panggilan.

Jika anda diminta untuk *menutup telefon bimbit anda* untuk kemas kini oleh pembekal perkhidmatan, INGAT SEBELUM TERKENA! Keluarga atau rakan anda mungkin menerima panggilan yang sama.

So Sentiasa Selamat dan Tetap Alert!

Sila beritahu kpd keluarga dan rakan-rakan anda !!!

*JANGAN HANYA MEMBACA, AMBIL PEDULI DAN SEBARKAN*

_sharing is caring_

Resepi Bubur Nasi / Rice Porridge

#riceporridge #buburnasi makanan org demam😝
.
1 small cup of basmathi rice.
1 litre of water
Minced chicken / chicken fillet
Ginger
Chicken stock / cube chicken stock
Black pepper
Salt
Cauliflower / Brocolli / Carrot .

.

Basuh secawan kecil beras, masak dengan air yang banyak, dalam masa 1 jam.

Nasi dah hancur,masukkan isi ayam atau ayam cincang

Masukkan hirisan halia

Masukkan kiub pati ayam atau chicken stock

Masukkan kubis bunga, brocolli dan carrot

Perasakan dengan garam

Makan bersama telur masin, dan sambal kicap, dan bawang goreng

Selamat mencuba
.
.
.
.
.
.
#carasaya
.
.
.
.
.
.
#asianfood #asiancuisine #foodie #foodporn #foodblogger #delicious #foodofinsta #syukurselalu #misscosmicswordpress #instafood #instafoodie #homecook #homecooking #jjcm #kajangfoodie #kajangeateries #bangifoodie #bangieateries #foodhunter #foodhunting #obsessedwithfood #realfood #alhamdulillah #syukur

Cincau Sebagai Penawar Alternatif Darah Tinggi

#SharingIsCaring #PleaseShare dengan orang yang tersayang.
.
P/s : setiap badan tak sama penerimaan terhadap makanan sejuk, sila cuba sehari dua dulu, jika tidak serasi, berhenti pengambilan serta merta!
.
CINCAU PENAWAR DARAH TINGGI
-Info Kesihatan- Bacalah, Amat bermanfaat

“Maklumat terbaru yang aku perolehi setelah lama mencari penawar untuk mak mentua aku ni.

Sebelum tu aku nak beritahu mak mentua aku setelah pulih dari kencing manis secara tiba-tiba darah tinggi dia meningkat kepada 206. Aku amik bacaan yang atas ajer ler. Terperanjat semua ahli keluarga yang lain.

Pelbagai usaha dilakukan selain menggunakan perubatan moden. Apa yang kami tak guna dari daun hempedu ular, ke pucuk jantan betik dan satu daun lagi aku pun lupa. Semuanya gagal, memang turun tapi dalam anggaran 180.

Pada suatu hari, adik ipar aku yang bekerja di UITM Melaka beritahu , profesor dia yang ada darah tinggi hanya makan cincau sahaja. Dah berbelas tahun makan malahan ubat hospital langsung tak disentuh!!

Untuk mengesahkan cerita ini benar atau tidak. Aku beli cincau di Tesco. Nak cari cincau kat pasar mana ada masa..hehehehahe. Beli yang dah pasang siap punya ler….

Aku kasi kat mak aku dan mak mentua aku makan.
Cara makan ialah setiap dua hari sekali mak aku makan cincau ini. Dalam 3 hari lagi nak pergi jumpa doktor makan tiap-tiap hari.
Kalau nak lebih mudah, mak aku buat ialah blender semua cincau tu dan minum macam biasa.

Kalau cincau kat Tesco senang nak sukat sebab dia jual dalam bentuk packing silinder kecil. So mak aku makan setiap hari satu. Takut juga nak makan tiap-tiap hari, cincau ni kan sejuk. Nanti krem lak kaki mak aku ..hehehehehe. cincau

Hasilnya darah tinggi mak mentua aku dari 180 yang tak turun-turun selama 2 bulan menurun kepada 156.

Manakala mak aku dalam anggaran 150 telah menurun kepada 126!! Hilang darah tinggi!! Kat sebelah ialah ini bukti resit mak aku!!

Cincau adalah satu bahan yang menurunkan darah tinggi anda!!!!
Jika saudara mara anda mempunyai darah tinggi sila cuba petua ini.

Syukur alhamdulilah akhirnya darah tinggi mak mentua dan mak aku menurun. Suka melihat senyuman mereka semula.

Aku telah mencuba kepada 2 subjek iaitu mak dan mak mentua aku dan ternyata ia berjaya. Dan tolong sharekan maklumat kepada semua.!!! Aku memang berniat nak kongsikan maklumat ini..

Sekarang ini aku melihat penggunaan jangka panjang penggunaan cincau ini. Risau ler..benda sejuk ini.. Takut semput atau krem kaki orang tua aku lak..hehehehe.

Selamat mencuba!! ” Try at your own risk.

p/s:lepas ni boleh lah minum cincau,byk khasiat tau #cincau #grassjelly

Kredit penulis asal

Resepi Ayam Masak Kurma

Simple tapi sedap makan bertambah menjilat jari confirm husband makin sayangg#kurmaayam #ayammasakkurma
.
.
Tumis bawang putih, bawang merah (cincang halus), halia (hiris kasar), satu sudu cili giling utk rasa pedas. Optional kalau tak suka pedas jangan bubuh
.
Dah garing, masukkan sepaket rempah kurma @adabi_consumer
.
Masukkan secawan air. Reneh sampai rempah naik bau semerbak.
.
Masukkan ayam dan kentang yg dibelah 4.
.
Satu sudu kerisik. (Optional. Ini utk prkatkan kuah atau nak dptkan tekstur “rich gravy”)–tanak letak pun tapee..
.
Masukkan sekotak santan @santanMS , reneh sampai ayam masak dan kentang empuk.
.
Perasakan dgn serbuk perasa atau garam
.
Dah empuk, masukkan bawang besar yg dibelah 4, cili besar (kalau xda masukkan cili merah vietnam tu pun ok), dan tomato yg dibelah 4.
.
Tutup api. Siap utk dihidang.
.
.
.
.
.
.
#carasaya
.
.
.
.
.
.
#asianfood #asiancuisine #foodie #foodporn #foodblogger #delicious #foodofinsta #syukurselalu #misscosmicswordpress #instafood #instafoodie #homecook #homecooking #jjcm #kajangfoodie #kajangeateries #bangifoodie #bangieateries #foodhunter #foodhunting #obsessedwithfood #realfood #alhamdulillah #syukur

Resepi Mudah Ikan Tongkol Masak Lemak

Resepi ini untuk seekor ikan tongkol saiz sederhana.

Seekor ikan tongkol yg dibersihkan dan siap dipotong, direbus dahulu dengan generous amount of asam keping. Proses ini adalah untuk menghilangkan bau hanyir ikan tongkol yang terkenal dengan ikan yang banyak darah.

Lepas tu, toskan dan ketepikan. Amik ikannya saja. Air rebusan dan baki asam keping dalam tu buang je.

.

Bahan blend:

7 biji bawang merah yang color purple pekat tu lebib sedap, manis dan wangi. Tak suka banyak, bole kurangkan tp kurang umphh la kuahnya. Bnyk bawang, kuah lebih pekat

6 ulas bawang putih , saja sy lebihkan sbb sy suka garlic. Natural anti inflammatory. Kalau x suka bole kurangkan letak 3 ulas je

10 tangkai cili padi merah (cili vietnam)

10 tangkai, cili padi hijau

Seinci kunyit hidup

Seinci dua lengkuas

Blendkan kesemuanya.

Bahan2 lain:

Sebiji tomato dibelah 4

Semangkuk santan pekat

Sedikit air

Timun dipotong2

Sebatang serai dititik

4 keping asam keping

Perasa garam dan gula

Cili api hijau dan merah sbg hiasan

Serbuk kunyit sbg tambahan jika kuah kurang warna

.

.

Cara cara memasak:

Masukkan bahan blend ke dalam periuk, bersama satu mangkuk santan, dan sebatang serai yang dititik.

Hidupkan api.

Kacau sampai mendidih.

Masukkan ikan. Reneh lagi sekejap smpai mendidih. Jangan berhenti stir kan kuah lemak ni sbb naik dia naik kepala santan.

Masukkan bahan2 perasa,garam, gula, asam keping apa semua

Masukkan serbuk kunyit jika perlu

Masukkan tomato dan timun.

Masukkan cili api sbg hiasan td tu.

Biar mendidih sebentar. Kuah dah melikat sikit tutup api tp jgn berhenti kacau lg.kacau perlahan jgn kuat nanti hancur habis isi ikan. Lepas tu siap utk dihidang bersama nasi panas.

Selamat Menjamu Selera

#ikantongkolmasaklemak #masaklemakciliapiikantongkol #ikantongkol
.
.
.
.
.
.
#carasaya
.
.
.
.
.
.
#asianfood #asiancuisine #foodie #foodporn #foodblogger #delicious #foodofinsta #syukurselalu #misscosmicswordpress #instafood #instafoodie #homecook #homecooking #jjcm #kajangfoodie #kajangeateries #bangifoodie #bangieateries #foodhunter #foodhunting #obsessedwithfood #realfood #alhamdulillah #syukur

Resepi Butter Milk Chicken Confirm Sedap!!

Bahan2:

Ayam bahagian dada dipotong dadu kecil2 (besar duit syiling 20sen)

Tepung goreng ayam

5 ulas bawang putih dicincang kasar

10 tangkai cili padi merah dan hijau. Campur kedua2 nya atau nak merah saja pun boleh. Hiris halus2 . Lebihkan jika suka pedas

Satu tin susu cair Carnation

Daun kari dua tiga tangkai.lg banyak lagi sedap

Satu sudu kecil tepung jagung dicairkan

Garam/gula/perasa

Mentega/Butter utk menumis

Langkah2:

Mula2 prep ayam dulu

Basuh ayam yang dah dipotong dadu tadi. basah2 tu, campur tepung gorengan ayam . Gaul sampai sebati. Agak2 je jangan tebal sgt jadinya

Panaskan minyak dalam kuali.

Letak tepung goreng ayam yg lain dalam mangkuk , masa nak goreng ayam nanti, ambik ayam yg dah sadur tepung basah tadi, golek2kan dalam tepung kering dan masukkan dalam minyak panas. Goreng sampai garing.angkat dan ketepikan.

Dalam kuali yg baru,

Ambil 3-4 sudu butter atau marjerin, panaskan

Masukkan bawang putih tumis sampai garing dan naik bau

Lepas tu masukkan daun kari dan cili

And then bila dah layu cili, masukkan satu tin susu cair. Tunggu mendidih sambil kacau perlahan

Masukkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit.

Masukkan garam gula perasa . Rasakan dengan seimbang

Lastly masukkan ayam yg digoreng tadi. Siap! Sangat enak dimakan dengan nasi panas2

#garlicbutterchicken #chickenbuttermilk #butteredchicken #buttermilkchicken padu beb🤣🤣🤣
.
.
.
.
.
.
#carasaya
.
.
.
.
.
.
#asianfood #asiancuisine #foodie #foodporn #foodblogger #delicious #foodofinsta #syukurselalu #misscosmicswordpress #instafood #instafoodie #homecook #homecooking #jjcm #kajangfoodie #kajangeateries #bangifoodie #bangieateries #foodhunter #foodhunting #obsessedwithfood #realfood #alhamdulillah #syukur

[Resepi] Kari Sotong (Squid Curry)

#karisotong #squidcurry

ada dua versi..ada org guna rempah kari daging. Xda santan..utk versi ni, guna 4 sekawan utk menumis…

lagi satu versi ada org guna rempah kari ikan, buh santan sikit..aku guna rempah kari ikan. Sbb versi ni, rasa Kari dia x heavy sgt mcm versi 1 tadi.

Resepi Kari Sotong utk dua org makan:

Bawang merah 3 biji, bawang putih 4 ulas, seinci halia, cili padi 2 biji, — blend

Panaska minyak, Tumis bahan blend, masuk daun kari

Dah naik bau, masuk dua sudu bsr cili kisar..(cili boh)

Masuk satu paket rempah kari ikan. Campur satu cawan air. Biar smpai pecah minyak.

Masukkan half packet santan jgn bnyk sgt x sedap. Masukkan air utk kuah lebih

Dah mendidih, masukkan asam keping, dan segala mak nenek sayuran mcm bendi, kentang, carrot dan cili besar dan bawang bessr yg dipotong 4.

Dah mendidih semua last skli masukkan dalam 6@7 ekor sotong dan sebiji tomato yang dibelah 4. Biarkan sekejap, then tutup api. Sotong x bole masak lama nnt liat.

Done kari sotong hehe
.
.
.
.
.
.
#carasaya
.
.
.
.
.
.
#asianfood #foodie #foodporn #foodblogger #delicious #foodofinsta #syukurselalu #misscosmicswordpress #instafood #instafoodie #homecook #homecooking #alhamdulillah #syukur

Kisah Wanita Yang Bekerja Di Kilang Daging

Kisah wanita yang bekerja di kilang daging.Suatu hari, semasa dia hendak menyelesaikan tugasan harian, dia masuk ke bilik daging sejuk beku untuk memeriksa baki stok bekalan daging, akan tetapi nasib nya tidak baik, tiba2 pintu bilik sejuk itu tertutup dan dia terkunci dari dalam tanpa apa-apa alat untuk membantunya.Dia berusaha menolak pintu bilik sejuk namun tidak berganjak, pintu setebal 10inci itu terlalu utuh baginya.
Walaupun dia menjerit dan mengetuk pintu sekuat hati, tiada seorang pun yang dapat mendengarnya. Dia mulai panik. Kebanyakan pekerja sudah lama pulang, dan adalah mustahil untuk mendengar apa-apa di dalam bilik sejuk pada kawasan di luar bilik sejuk.Satu jam berlalu dia mencari apa2 alat yg dapat membantunya keluar namun sia2 dalam bilik itu hanya terdapat daging semata-mata, badannya semakin lemah kerana kesejukan.Tiga jam kemudian dia semakin hampa, badannya semakin lemah suhu badannya turun mendadak. Muka semakin pucat, tangan menggeletar nak berdiri pun tak mampu.Lima jam kemudian, dia mula berfikir akan mati kesejukan dalam bilik sejuk itu, air matanya menitis memikirkan nasibnya, adakah begini cara kematiannya? Nafasnya mula tercungap-cungap…. sedang dia dalam helaan nafas kematian, tiba2 tuppp… terdengar pintu bilik terbuka, seorang security guard di kilang tersebut membuka pintu bilik sejuk itu. Nasib nya baik kerana dia terselamat dari kematian pada hari itu.Pak guard terkejut melihat wanita itu terbaring kaku kesejukan, lantas membawanya keluar dan menyelimutinya.Beberapa ketika… Setelah itu, perempuan itu bertanya pada pak guard itu bagaimana dia boleh membuka pintu bilik sejuk itu walaupun ia bukan rutin pekerjaan hariannya.Pakcik itu menjawab : “Saya telah bekerja di kilang ini selama 35 tahun, dan terdapat ratusan pekerja keluar dan masuk setiap hari, tetapi kamu adalah segelintir yang akan menyapa saya pada sebelah pagi dan akan menyapa selamat tinggal kepada saya pada sebelah malam setiap hari kamu meninggalkan kerja. Kebanyakan dari mereka melayan saya seperti saya tidak pernah wujud.Hari ini, sebagaimana kamu bila masuk ke kerja dan juga hari-hari sebelumnya menyapa saya dengan sapaan ringkas “Assalamualaikum”. Tetapi malam ini selepas waktu kerja, saya berasa pelik kerana saya tidak mendengar sapaan “Bye. Jumpa lagi esok”. Jadi, saya merasakan saya perlu check di sekitar kilang.Setiap hari saya akan mengharap sapaan “salam” dan “bye” dari kamu kerana kamu mengingatkan bahawa saya masih seorang insan dan saya masih rasa dihargai oleh seseorang. Dengan tidak mendengar ucapan selamat tinggal hari ini, saya dapat mengagak mungkin ada sesuatu yang telah terjadi.Sebab itu, saya mencari kamu di merata tempat. Syukurlah Allah telah menggerakkan hati saya untuk memeriksa bilik sejuk itu, sebab saya pernah melihat kamu disitu, dan saya bertindak dgn naluri yg Allah cetuskan… kalau ikutkn logik memang x masuk akal dah… tambah lagi tengah malam begini…Wanita itu sujud syukur kerana Allah masih meminjamkn nyawa padanya.Pengajaran untuk diri:
Jadilah seorang yang merendah diri, penyayang dan hormat pada setiap individu di sekeliling. Cubalah untuk memberi kesan kepada setiap orang yang melalui perjalanan hidup dgn anda, kerana anda tidak tahu apa akan terjadi di masa depan. Biarlah cerita ini menjadi satu inspirasi. Tak hilang bisa ular yg menyusuri akar…

Tips Rumahtangga – Kenali Isteri Anda…

Kenali isteri anda ..

Akan ada dua jenis isteri bila ada masalah rumah tangga.

1. Pertama, Jenis confront, nangis2, marah2, pi mengamuk (kalau melibatkan org ketiga), pi cerita masalah kat org. Jenis ni memang dia sayang suami dia. Dia kecewa dan cuba selamatkan hubungan. Dia minta bantuan nak selamatkan rumahtangga. Bila org tanya, dia akan cakap mcm2. Dia luah macam2. Dia cerita semua, sbb dia perlukan nasihat. Org mcm ni mmg sayangkan suami. Inshaallah kalau kena cara fight, korg akan masih bersama. 😘

2. Kedua, Jenis nangis puas2 sorang2. Pastu dia chill. Dia buat macam biasa. “Tak apa lah kalau jodoh tak panjang drp bersama tp dua2 menderita”. Bila org tanya, dia takkan citer sedih2, dia akan jawab “aku dah cuba yang terbaik, bahagian aku dah lepas. Kami mmg jodoh tak panjang.” Yg jenis ni bahaya. Sbb anytime dia sedia angkat kaki. Mungkin jenis hati kuat n independent. 🤣

😅😅😅

Harap membantu ya. Terima kasih sudi baca.

*Gambar sekadar hiasan

Tips Kereta – Apa Beza Timing Belt Dan Timing Chain?

Dipetik daripada FB Ruzlan Abd Rahman

.

.

TIMING CHAIN

Tidak perlu ditukar selagi belum berbunyi nyaring. Timing chain boleh bertahan sekurang-kurangnya sehingga 400,000 km atau lebih.

.

Timing chain terletak di dalam enjin. Jadi ia terendam sekali dengan minyak enjin. Selagi minyak enjin (minyak hitam) ditukar mengikut jadual dan menjaga kuantitinya dalam enjin, lagi lama rantai tersebut boleh bertahan. Pastikan anda ikuti cara penjagaan minyak hitam yang betul.

.

.

TIMING BELT:

.

Ia perlu ditukar setiap kali 90,000 km atau 100,000 km dan kos menggantikan belting yang baru agak mahal. Jika anda menggunakan Perodua Viva, ia lebih mahal dari timing belt Proton Wira.

.

Kebiasaannya Timing Belt tidak bagi apa-apa tanda atau hint bila ia nak putus. Tiba-tiba saja ia boleh putus dengan sendiri. Sesetengah enjin, ia akan berbunyi. Untuk memastikan bunyi tersebut berpunca dari timing belt, anda jiruskan sedikit air paip pada timing belt yang sedang berputar. Jika bunyi hilang semasa dibahasahi air tersebut, maka memang timing belt kereta anda wajib segera diganti.

.

Apabila timing belt putus, ia akan melibatkan kos yang sangat tinggi kerana komponen-komponen dalam enjin banyak yang akan rosak, patah dan retak.

.

Jadi pastikan anda tukar timing belt tepat pada masanya. Timing belt – 60,000km untuk kereta proton Wira, Saga. Waja boleh tahan sampai 90,000km dan Honda CRV tahan sampai 160,000km. Jadi timing belt ni ikut jenis kereta. Banyak orang tak tahu, depa sampai aje 60,000km terus tukar tak kira la dia pakai apa kereta pun!

.

** timing belt direkomen tukar 60000km atau 100000km bergantung kepada jenis belt yg dipakai. GEARBOX ATF (Automatic Transmission Fluid) mesti ataupun paling bagus tukar 20000km, GEARBOX CVT (Continuously Variable Transmission) jangan main-main mesti tukar selalu pada 20000km.

.

.

BAHAYA KARBON DALAM ENJIN

.

Karbon yang terbentuk dalam enjin kereta sekiranya dibiarkan menebal akan membuatkan :

1. Penggunaan minyak kereta anda bertambah

2. Kereta jadi kurang pick-up (kurang kuasa pecutan)

3. Kereta tersengguk-sengguk ketika menaiki bukit

4. Susah hendak dihidupkan terutama semasa enjin sejuk

5. Enjin terasa berat

6. Bunyi bising dan gegaran yang kuat pada enjin

Kesihatan – Elok Minum Air Sejuk Ke, Air Suam?

0haMccQLWgJWHAZ2dsMCchlg

Dipetik daripada Facebook Prof. Imelda Balchin.

Ada orang pantang minum air sejuk, hanya boleh minum air suam. Ada juga orang yang suruh orang lain pantang minum air sejuk dan suruh pantang minum air ais.Selalunya mereka yang tak tahan minum air sejuk mempunyai metabolisma badan yang rendah dan kurang cergas.

Tetapi orang yang cergas, berbadan fit, selalu bersukan, mempunyai metabolisma badan yang tinggi akan lebih suka pilih air sejuk, terutama sekali semasa bersukan. Bukan air suam.Ramai budak-budak yang cergas aktif bermain-main sangat suka makan icecream dan air ais, tetapi orang tua yang kurang cergas memang tak tahan air ais.

Sememangnya metabolisma badan kanak-kanak dan orang muda adalah lebih tinggi dari orang tua. Metabolisma badan akan menurun dan menjadi lebih rendah disebabkan penuaan badan dan kekurangan jisim otot badan, terutama sekali untuk orang tua yang tidak cergas. Untuk mereka yang cergas dan selalu bersukan, metabolisma badan akan tetap tinggi walaupun umur sudah semakin tua.Air sejuk telah terbukti meningkatkan prestasi sukan apabila diminum sebelum bersukan lagi jika dibandingkan dengan minum air suam.

Dalam keadaan panas, badan kita akan berpeluh lebih lagi untuk menyejukkan badan. Air dari peluh itu datangnya dari darah kita dan jika berpeluh banyak-banyak ini menyebabkan dehidrasi dan nadi jantung kita akan bertambah cepat. Bila heart rate atau nadi jantung terlalu tinggi ini boleh menjejaskan prestasi sukan dan akhirnya terpaksa berhenti berehat untuk menurunkan nadi jantung atau heart rate kita semula.

Walaupun minum air suam juga menambahkan air dalam badan, tetapi minum air yang sejuk adalah lebih baik dari air suam untuk mengurangkan peluh (maka mengurangkan masalah dehidrasi) dan mengurangkan heart rate, supaya ahli sukan boleh terus bersukan dengan masa yang lebih lama tanpa berhenti untuk berehat terlalu cepat. Inilah yang dinamakan improved endurance.Jadi untuk kawan-kawan yang berlatih Marathon untuk Standard Chartered KL Marathon, jangan lupa, minum air sejuk sebelum kita mula berlari di garisan permulaan.Untuk orang yang tak tahan minum air sejuk, janganlah suruh orang lain pantang minum air sejuk atau air ais.

Pada hakikatnya, orang lain yang tiada masalah minum air sejuk dan sendiri lebih suka memilih minum air sejuk, mempunyai metabolisma badan yang lebih tinggi, berpeluh lebih banyak, lebih cergas dan badan yang lebih sihat.Tetapi jangan lupa, apa yang terbaik untuk kesihatan tetap juga air kosong bersih, bukan air manis-manis, tidak kira sejuk atau panas. Tak payah air alkali.

Tips Kereta – Coolant System

Hye assalamwallaikum smua…malam ni saya nak review sikit tentang penjagaan dan bagaimana memilih coolant yang bagus untuk engine cooling system korang…

Seperti sblm2 kes2 engine overheat adalah di sebab beberapa faktor:

1) Masalah utama adalah tiada coolant dlm engine cooling system..

2)selalu org nak budget..isi air paip jer dlm radiator…kebanyakan nya beraggapan..sama jer air..sbnrnya tanggapan itu adalah salah..

3)coolant yang bagus mengandungi lapisan minyak di dalam coolant tersebut..cara nak test dia senang..curahkan sedikit air coolant dkt tangan and blh feel rasa dia mcm ada minyak2 skit atau likat sedikit.tujuan utama ia di buat begitu adalah utk melindungi engine internal cooling system drpd berkarat..

4).coolant cap ayam yg biasa harga 5 ringgit ke 10 ringgit tu memang tak bleh paka..hrp colour air jer ada hijau..merah..pink…clear.. coolant tu hanya air semata2…tak ada perlindungan apa2 pun..

5).coolant dia ada beberapa jenis…kalau kereta continental dan japanese car..kebanyakan dia guna jenis anti freeze coolant..maksud dia..walaupun cuaca bawah takat beku…engine masih boleh operating seperti biasa..kat malaysia boleh jer pakai tak ada masalah…ikut spec asal yang di sarankan oleh pengeluar kenderaan.

6).akibat tidak jaga coolant adalah…engine cooling system akan berkarat..water pump akan jammed dgn cpt drpd waktu yg sepatut nya di tukar..thermostat akan berkarat dan tidak berfungsi..radiator system akan bersumbat sbb kesan habuk2 karat melekat pada system radiator…hose2 akan cpt rosak dan berkarat..kos baik pulih terlalu tinggi..

Credit: Basri Haritz..

The Powerful of Vision Board

Vision Board (VB)

Aku pernah buat sekali je vb ni tu pun dalam diari kerja aku (planner)

Aku kerja bahagian sales jadi kemana2 ada dua benda penting yg selalu kena ada disisi. 1. Handbag. 2. Planner/diary

Aku buat vision board versi lukis sendiri takda la aku gunting majalah ke apa api hasilnya mashaAllah.

Aku tak perasan benda ni betul2 terjadi kat diri sendiri sehinggalah semalam aku baca artikel tentang bagaimana mudahnya kita capai matlamat menggunakan visions berbanding wordings.

Dan ianya ibarat sebuah doa spesifik yang kita ratibkan setiap kali kita nampak VB kita.

Nak cerita awal tahun lepas aku ada buat VB. Dalam vb planner aku tu aku lukis dua org lidi, berpegangan tangan, satu pakai skirt satu xda. Aku gambarkan itu adalah aku dengan mus.

Voila. Bulan dec 2018 kami kahwen.

Dalam page yg sama aku lukis kereta sedan dengan lambang H.

Voila. Dapat tukar kereta walaupun bukan H, tapi yang setanding, T.

Lepas tu lukisan buruk aku tu juga aku ada lukis sebuah kedai yang ada papan tanda bertulis “dobi mesra”.

Ha this is interesting. Aku minat sgt industri dobi ni tak tau kenapa. Mula berkecimpung masa aku student kat U, nak cari duit lebih, aku kerja kedai dobi. Sejak dr itu aku kemaruk bau sabun , bau baju bersih, bau mesin dryer. Dan pendapatan tokey aku masa tu boleh tahan. Tak menang tangan.

Ok apa kaitan dengan VB aku?

Bulan lpas balik Penang, mak ada usulkan, “kalau siti nanti suatu hari dah taknak kerja pejabat, balik lah usahakan dobi mak ni. Dalam kedai tu semua lengkap dah peralatan dobi. Nak cari kontrak hospital ke, restoren ke hotel ke, itu inshaallah mak ayah boleh tolong sbb kami orang sini”

Jadi aku boleh nampak in future kalau dah x sesuai dh kerja office, VB ketiga ni pun bakal jd kenyataan

Ada satu yg belum lunas

Dalam vb tu aku ada lukis rumah.itu je yg masih belum makbul/dapat.

Rasa rugi plak buat vb main2. Lepasni nak sambung buat betul2 nak focus kat semua perkara.hutang,anak, rumahtangga, lifestyle,keagamaan . Bg org yg dalam kepala asik nak fikir negatif je, elok la ada vb yg baik2 mcm ni. Penawar hati galau.

Benda ni kalau kita x buat sndiri kita tak tau. Dgr org cakap, gajah pun boleh terbang kan tp kalau org x percaya pun aku rugi apa? 🤣🤣

Aku share kot2 bermanfaat bg sesetengah dr kita. Mari keluar dr negative thought dan isikan brain n imagination kita dengan vision yg kita nak dalam hidup .

Sbb apa tau.kita solat 5 kali sehari, masa itu je la kita minta yg baik2. Dalam masa baki 23 jam tu, kita sentiasa fikir bnda tak baik “laki aku curang la”, “bos aku jahat la”, “kawan2 mengata belakang la” —- semua inner thought kita ni lama2 akan jd kenyataan tau tak.

Sebab apa?

Sebab Allah berfirman,

“SESUNGGUHNYA AKU MENGIKUT SANGKAAN HAMBA-HAMBAKU”

jadi marilah kita sangkakan yang baik2, idamkan yang manis2 je. Inshaallah. Selebihnya usaha doa dan tawakkal. Dgn adanya vb ni akan ada kekuatan dalam diri kita secara bawah sedar utk fight tentang apa yg kita mahu. Ini namanya usaha kan. Dan igt tak lagi satu Allah pernah berfirman?

“AKU TIDAK AKAN MERUBAH NASIB SESUATU KAUM ITU MELAINKAN MEREKA SENDIRI MERUBAH NYA”

inner self push utk usaha. Usaha push utk ubah nasib.= Berjaya! Now everything seems connected. Alhamdulillah.

Mek.

How to Successfully Applied for a Job

Hi, i would like to share how I apply for a job that outranked my qualifications. I am 32. I have degree in science. For years I’ve been in banking line, insurance, IT security, hotels, manufacturing, and i just decided that this year i would like to try something new, something I’ve never done before: content review or content moderator. Since my passion for blogging can never be stopped, i think this time the job suits me much.

If you are facing hard time finding a suitable job for you, i recommend that you started by creating a lively LinkedIn account.not only having an account but you must actively adding and sending connection.i have about 2,280 connection up-to-date.

Why?

Because there,at LinkedIn you can find almost everyday people posted about job vacancy.if you missed out any of them, you can use the filter to trace back vacancy post that you have missed.

Bear it in mind as well, you have to put target in which industry or which type of job you wanted? Because this preference will helps you adding a correct connection. At the end of the day you don’t want adding someone in IT department or hotel line whilst your aim is to work in a bank. You have to add more banking people and HR people who works in a bank.

When you found a job that suits you, write up proper email to apply for it. I did not say my email is the most proper one but you can take the idea from it. I attached you the screenshot. May it helps.coz it helps me already.

Last but not least,
I understand the feeling of the struggle in finding good jobs but let it not stop you there, ok?

And don’t forget to say thank you for any agency that helps you through the process. It doesn’t have any effects if you don’t because you already got the job but, this is something we are missing as a human, : appreciation. Starts with ourself.

Much love,
Mek. MrsMus.

Resepi Sambal Sotong

🌺SAMBAL SOTONG
.
7@8 EKOR sotong, disiang, dibasuh dn dipotong. Kalau nak masak sekor2 pun boleh kalau sotong kecil
3 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering diblend dengan seinci belacan sampai halus
Garam, gula, perasa
Air asam jawa satu mangkuk kecil
Bawang besar utk hiasan
2 sudu sos cili
Seinci gula merah
.
Cara2
1.panaskan minyak utk menumis. Tumis bawang merah dan bawang putih yg telah ditumbuk terlebih dahulu
2. Bawang dah wangi masukkan cili blender. Tumis sampai naik minyak
3. Masukkan sos cili dan gula merah
4. Masukkan air bancuhan asam jawa
5. Masukkan sotong.
6. Agak2 sotong dah mula masak, masukkan bahan perasa secukupnya dan terus tutup api. Sotong xboleh masak lama sangat nanti liat
7. Masukkan bawang besar yang dihiris bulat. Kaup ratakan. Sedia untuk dihidang.
.
#sambalsotong
.
.
#masakansimpleorangbujang #foodreview #placereview #cafereview #giftreview #portmakanbest #tempatmakanbest #tempatmakansedap #jalanjalancarimakan #misscosmics #masakapaharini #msob #mahn #resepibujang #dapurbujang #bujangtrangtangtang #eh
.
.
Blogsite: https://misscosmics.wordpress.com
.
.
Facebook Page: https://www.facebook.com/MasakanSimpleOrangBujang/

Resepi Sagu Gula Melaka — Pemanis Mulut Paling Mudah!

🌺Sago/Sagu Gula Melaka — hidangan untuk 4 orang makan
.
Secawan sagu
Daun pandan 4 helai
Gula melaka sekeping besar
Gula pasir satu cawan
Susu cair dalam tin/boleh juga diganti susu kotak dutch lady full cream milk — sejukkan siap2
Pewarna makanan jika perlu
.
Cara buat
1. Rendam sagu dua tiga jam. Lepas tu masak dengan 3 cawan air dalam periuk sambil dikacau sehingga semua kembang sekata. Kalau belum kembang, tambahkan air sikit-sikit. Masa masak atas dapur tu masukkan daun pandan yg disimpul 2 helai. Warnakan ikut sesuai selera. Letak setitis dua je. Warna merah boleh, hijau boleh, atau plain putih pun boleh.
2. Dah kembang sekata, masukkan dalam loyang atau bekas, buangkan daun pandan, dan sejukkan dalam peti sejuk
3. Utk kuah, panaskan secawan air, secawan gula pasir dan sekeping besar gula merah.kalau keping kecil pakai dua keping. Masukkan juga dua helai daun pandan yg disimpul. Masak api perlahan sehingga larut
4. Setelah semua larut, tapiskan air gula tadi kedalam satu bekas bersih atau boleh terus tapis dalam teko kecil supaya mudah dituang kelak.
.
Cara penyediaan.
1.Ambil mangkuk atau bekas kecil2 letak dua tiga sudu sagu yg telah dimasak tadi.
2. Tuangkan susu segar agak2 tenggelam sikit sagu tu
3. Last skli finishing dengan air gula merah td ikut sesuai selera.nak manis bubuh lebih.
.
Sedap desert ni manis2 lemak dihidang sejuk. Buh ais lagi umph. #sagugulamelaka #sagogulamelaka #desertramadhan
.
.
#masakansimpleorangbujang #foodreview #placereview #cafereview #giftreview #portmakanbest #tempatmakanbest #tempatmakansedap #jalanjalancarimakan #misscosmics #masakapaharini #msob #mahn #resepibujang #dapurbujang #bujangtrangtangtang #eh
.
.
Blogsite: https://misscosmics.wordpress.com
.
.
Facebook Page: https://www.facebook.com/MasakanSimpleOrangBujang/

Resepi SPAGHETTI CHEESY & CREAMY CARBONARA Bujang Style

🌺SPAGHETTI Cheesy & CREAMY CARBONARA Bujang Style — WOW Sangat rasa dia macam meletup2 chilli chese dalam mulut. Tak caye cuba try. Browse gambar sampai habis.
By: Cik Siti Hasmah
.
Bahan2:
1. Sepaket spaghetti san remo direbus terlebih dahulu dengan air mendidih yg dicampur sesenduk minyak masak dan dua sudu teh garam
2. Satu botol kaca sos keju mushroom prego
3. Satu tin susu sejat marigold (susu cair)
4. Satu paket sosej ayam ramly (boleh juga gantikan dengan udang yg dikupas jika suka udang. Atau ayam yang dipotong dadu) — dipotong ikut selera
5. 6 ulas atau lebih bawang putih dicincang halus. Lebih banyak lebih sedap
6. Serbuk lada hitam aji shio secukupnya
7. Chili flakes jenama kijang bagi yg sukakan sikit rasa pedas. Kalau creamy semata, rasa muak sangat nanti
8. Mixed herbs Italiano (boleh beli kat supermarket banyak, satu paket boleh pakai lama)
9. Bahan perasa secukupnya
.
.
Cara memasak:
Spaghetti:
— panaskan setengah periuk air, masukkan minyak dan garam. Air dah mendidih baru masukkan spaghetti. Rebus hingga lembut.Kuah carbonara:
1. Panaskan sesenduk minyak masak
2. Masukkan bawang putih cincang. Tumis hingga wangi
3. Masukkan sosej/ayam/udang sesuai selera anda
4. Masukkan sos creamy cheese mushroom prego
5. Masukkan secawan air. Bilas botol prego tu je.masukkan air dalam kuali.
6. Masukkan satu tin susu sejat
7. Masukkan chili flakes ikut suka tahap kepedasan.
8. Masukkan mixed herbs
9. Masukkan lada hitam
10. Biarkan mendidih. Masukkan bahan perasa jika perlu.
11. Siap untuk dihidang
.
#spaghetticarbonara #creamycarbonara #spaghettibujang #simplespaghettirecipe
.
.
#masakansimpleorangbujang #foodreview #placereview #cafereview #giftreview #portmakanbest #tempatmakanbest #tempatmakansedap #jalanjalancarimakan #misscosmics #masakapaharini #msob #mahn #resepibujang #dapurbujang #bujangtrangtangtang #eh
.
.
Blogsite: https://misscosmics.wordpress.com
.
.
Facebook Page: https://www.facebook.com/MasakanSimpleOrangBujang/

Resepi Daging Masak Kicap Moden

🌺Daging Masak Kicap Menantu
Kredit: siti hasmah.

  1. Setengah kilo daging lembu
  2. 5 biji bawang merah*
  3. 4 ulas bawang putih*
  4. 3 inci halia tua*
  5. Lada benggala
  6. Bawang besar dihiris bulat
  7. Cili giling 2 sudu besar
  8. Sos tiram 2 sudu
  9. Sos cili 2 sudu
  10. Kicap pekat manis 2 sudu
  11. Daun bawang
  12. Lada besar 2 tangkai dibelah 4 bahagian hujung sahaja supaya nanti kembang macam bunga. Ini utk hiasan

Cara memasak.

  1. Ada orang suka rebus dulu daging bagi empuk. Tapi cara mak saya, daging mentah tu dilumur kunyit, digoreng dengan sedikit minyak sampai keluar semua air, lepastu ketepikan
  2. Kuali yg sama, tumis bahan bertanda * yang ditumbuk terlebih dahulu
  3. Bawang dah naik bau dan sedikit garing, masukkan cili giling. Tumis sebentar smp cili tu masak
  4. Masukkan sos cili, sos tiram dan kicap. Gaul rata
  5. Masukkan daging td.
  6. Masukkan air asam jawa
  7. Masukkan lada benggala, cili besar bawang besar hirisan
  8. Masak sebati
  9. Ttup api dan taburkan hirisan daun bawang.
  10. Siap utk dihidang

.#dagingmasakkicap
.
.
#masakansimpleorangbujang #foodreview #placereview #cafereview #giftreview #portmakanbest #tempatmakanbest #tempatmakansedap #jalanjalancarimakan #misscosmics #masakapaharini #msob #mahn #resepibujang #dapurbujang #bujangtrangtangtang #eh
.
.
Blogsite: https://misscosmics.wordpress.com
.
.
Facebook Page: https://www.facebook.com/MasakanSimpleOrangBujang/