[Mortgage] – CARA UBAH PINJAMAN KONVENSIONAL KEPADA PEMBIAYAAN ISLAMIC. — Ikmal Jamil

Kredit kepada: Facebook Ikmal Jamil

CARA UBAH PINJAMAN KONVENSIONAL KEPADA PEMBIAYAAN ISLAMIC.

Izinkan saya menjawab salah satu komen yang ada di posting saya. Saya tepek sekali sekali komen kawan saya tu. Secara ringkasnya, sahabat kita ini bertanyakan beberapa soalan seperti di bawah ini:

>SOALAN 1:

Macam mana nak ubah pinjaman perumahan non-Islamic (conventional) kepada pembiayaan Islamic?

>SOALAN 2 :

Apa baik-buruk berbuat demikian (ubah conventional kepada Islamic financing)?

>SOALAN 3:

Bimbang apabila tukar kepada pembiayaan Islamic, tempoh pembiayaan menjadi panjang semula.

Ini respond saya. Macam biasa, lets agree to disagree.

SOALAN 1:

Macam mana nak ubah pinjaman perumahan non-Islamic (conventional) kepada pembiayaan Islamic?

Ada beberapa cara dan antaranya ialah:

a)cara 1: Pergi ke bank yang sama, minta ubah dari conventional kepada Islamic financing. Nanti bank akan bagi tahu cara-cara nak buat.

b)cara 2: Refinance property anda dari bank A kepada bank B. Masa di bank B, cakap saya nak buat Islamic financing.

c)cara 3: Jual rumah tersebut dan settle loan conventional. Dapat duit lebihan hasil jual rumah, gunakan deposit utk beli umah baru dan ambil pembiayaan Islamic.

SOALAN 2:

Apa baik-buruk berbuat demikian (ubah conventional kepada Islamic financing)?

i.Bila anda ubah dari conventional kepada Islamic financing dengan bank yang sama, akan ada kos legal baru yang perlu ditanggung. Biasanya, setiap bank mempunyai subsidiary (entity) yang berbeza untuk jaga pinjaman conventional dan juga pembiayaan Islamic. Ambil contoh Maybank. Untuk pinjaman conventional, Maybank akan jaga. Manakala untuk Islamic financing, Maybank Islamic akan jaga. Maka, apabila customer minta ubah daripada conventional kepada Islamic, semua legal dokumentasi baru diperlukan. So, kena pertimbangkan jumlah kos legal yang baru, yang dikenakan.

ii.Jika anda refinance dari bank A kepada bank B, kesan utama yang harus dipertimbangkan ialah sama je macam jawapan kat item i). Anda perlu pertimbangkan kos legal baru yang terlibat.

iii.Pilihan di tangan anda. Mungkin rumah anda sudah semakin naik nilai, dan pada masa yang sama mampu untuk membeli rumah yang lebih besar dan selesa, apa salahnya kan. Maka jual sahaja rumah lama, beli rumah baru dan ambil pembiayaan Islamic.

SOALAN 3:

Bimbang apabila tukar kepada pembiayaan Islamic, tempoh pembiayaan menjadi panjang semula.

Jika anda memilih untuk ubah melalui bank itu sendiri atau melalui refinance, anda boleh meminta untuk mengekalkan tempoh bayaran yang masih berbaki. Dalam contoh ni, beritahu bank asal (atau utk refinance, beritahu pada bank B), saya nak tempoh pembiayaan 33 tahun saja (40-7).

Mana-mana yang saya terkurang info, kawan-kawan sekalian boleh la top-up kat ruang komen yea.

Harap membantu. (Fb: Ikmal Jamil)

Leave a comment