Resepi Gulai Ayam Tersedap Di Alam Semesta!

Ewahhhh tajuk bikin panas… takda la actually tahap kesedapan tu depends pada lidsh dan tekak masing2 punya selera lah ya

Plan harini nak masak sambal ayam. Tp cuaca kat luar mendung dr pagi. Lagi 30min nak lunch break, tukar plan. Kita masak gulai ayam. Gu dgn telur asin, sambal tempoyak, ulam dan tahu goreng.


Resepi Gulai Ayam (video will be uploaded kat sebelah k)

Bahan2
400g ayam potong kecil, kalau boleh bahagian dada dan tulang2. Baru sedap masak gulai. Ala2 nasi berlauk pagi2 tuh pehhh
2 biji kentang belah 4
4biji bawang merah dimayang
3 ulas bawang putih di mayang
5 tangkai cili kering dikerat dua
¼ biji tomato dicincang dadu
2 tangkai daun kari
4 sekawan
1 sudu kcl serbuk cili
1 sudu kcl serbuk kunyit
2 sudu bsr (atau sepaket) rempah raja kari @syarikat_faiza_official
2 sudu bsr cili blend/cili giling
Gula melaka sebesar duit 20sen
Asam keping (optional)
Santan cair (sbb nk buat gulai light2 jek)
Olive oil utk menumis
Baki tomato tadi sbg garnishing belah 4 jek
Bahan perasa/garam


Cara masak.
Mcm biasa panaskan minyak zaitun (olive oil), nak buh bnyk pun takpa, minyak sihat . Then tumis bawang, 4 sekawan, daun kari. Bwg dh brown, masukkan tomato yg hiris dadu tu. Kacau2 sat bg hancoq. Then masukkan cili blend, serbuk cili dan serbuk kunyit. Masukkan air satu senduk. Pastu masukkan rempah kari raja kari Faiza. Reneh smpai pecah minyak. Kalau kering,mmasukkan air sedikit demi sedikit. Dah pecah minyak, masukan gula nisan dan asam keping.  Then terus masukkan kentang dan ayam. Biaq reneh sampai ayam keluar air. Reneh api kecil. Kalau rasa2 kesat sgt, masa ni masukkn sedikit santan cair. Bila ayam semua dh masak, baru masukkan kesemua santan. Last skli bg cukup rasa garam dia. Doneeee. Perh bertambah la hujan2 ni dpt gulai ayammmm… selamat mencoba..olah2 la sikit ikut tekak ampa naaa..
.


.
.
.
#asianfood #asiancuisine #foodie #foodporn  #foodofinsta  #masakmasak #misscosmicswordpress #instafood #instafoodie #homecook #homecooking #jjcm #lunch #dinner #foodhunter #foodhunting #obsessedwithfood #realfood #alhamdulillah #syukur #MyFoodie #Mukbang #Reels #DontYuckMyYum #mekmasakmasak #Recipe #gulaiayam #sayamasak #kajang

Leave a comment