Resepi – Nasi Daging Utara dan Air Asam Kerisik

Hello! Jumpa lagi di bulan Ramadhan 2020. Haritu sis surprised kan suami dgn masak makanan kegemaran dia iaitu nasi daging utara dengan air asam. Secara jujur, sisboun dh start menyukai menu ni lebih2 lagi dimakan ketika berbuka puasa. Menjadikan moment iftar tu lebih indah, kenyang tp simple je menunya.

Sis nak kredit recipe yg sis ambil drp Azie Kitchen dan sis olah sikit la sbb nak makan dua org je jd ada yg sis kurangkan atau lebihkan tp sis bg resepi penuh azie kitchen kat bawah ni, uols alter la ikut kesesuaian tekak masing2 ye


Bahan Nasi

1 kg/ 6 pot beras Basmathi – basuh dan tos

Air – nisbah 1 beras: 1.5 air – atau ikut beras

Rempah – bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga

1 sudu besar minyak sapi2 sudu besar minyak masak½ tin susu cair 

1 helai daun pandan


1 kiub pati ayam Maggi


2 biji buah tomato – potong 2 atau 4

3 sudu besar rempah kurma – sangai

Bahan hiris:

1 biji bawang besar, 3 ulas bawang putih, 1 inci halia 

Cara cara:Panaskan minyak sapi dan minyak. Tumis rempah penumis dan bahan bahan yang dihiris sehingga wangi. 

Masukkan rempah kurma dan dikacau rata. Kemudian masukkan sedikit air. Kacau lagi sehingga pecah minyak.

Masukkan beras yang telah di tos dan kacau rata seketika bersama daun pandan. Ia akan menjadikan nasi cantik berderai. 

Masukkan daging, air rebusan daging, susu cair dan kiub pati ayam Maggi. Jika suka, masukkan tomato yang dipotong. 

Pindahkan ke dalam rice cooker dan masak seperti biasa. Setelah masak baru dikacau nasi rata rata. 

Ok siap.tgu nasi masak.sementara tu kita sediakan air asam kerisik.

Air Asam Kerisik
Bahan kisar: Sambal Belacan

10 tangkai cili merah 

10 tangkai cili padi – warna hijau dan merah

¼ ketul belacan

2 sudu kecil Maggi Cukup Rasa
Garam – jika perluGula

Bahan lain:

2 biji buah tomato – belah dua dan hiris nipis

2 biji bawang besar – belah dua dan hiris nipis

Sedikit kerisik – dari ¼ biji kelapa parut1 cawan air rebusan daging
1 sudu besar pes asam jawa
Sos tomato 
Sos cili 

Cara cara:Campur Sambal Belacan dengan bahan bahan yang dihiris. Gaul sebati. Masukkan asam jawa yang dibancuh dengan air rebusan daging. 

Tumbuk kelapa parut yang telah digoreng garing sehingga berminyak untuk dijadikan kerisik. 

Masukkan kerisik, sos cili, sos tomato serta serbuk perasa Maggi Cukup Rasa. Sesuaikan rasa. Kacau sehingga semuanya berpalut rata. Sedia untuk dihidangkan. 

Tp sos cili dgn sos tomato sis tak letak ye… Itu resepi asal. Sis olah. Dan sis tambah gula melaka satu inci, dan belacan tu sis bakar dulu dan sis guna limau kasturi 5 biji

Ok siap…kat bawah ni sis tunjuk gmbar2 drp hasil sis buat nasi daging utara guna resipe kak azie…

.
.
.
.
.
.

carasaya instagram @mek_masakmasak @mek_masakmasak @mek_masakmasak

.
.
.
.
.
.

asianfood #asiancuisine #foodie #foodporn #foodblogger #delicious #foodofinsta #syukurselalu #instafood #instafoodie #homecook #homecooking #jjcm #lunch #dinner #foodhunter #foodhunting #kariikan #sambalbelacan #obsessedwithfood #realfood #alhamdulillah #syukur

.
Disclaimer: Sis takda niat nak menunjuk.. masakan sy bukan hebat pun.. bukan premium, bukan juga masakan mahal.. sis cuma minat #foodphotography je..masakan kampung je..doakan sis siti hasmah ni murah rezeki eh? Thank u…😘😘😘

Leave a comment