[Proses] Permohonan Rayuan JPJ Untuk Lesen Memandu Tamat Tempoh Melebihi 3 Tahun

Related image

Assalamualaikum. Segala Puji Hanya Bagi ALLAH SWT.

Kat sini ada tak di antara kita yang kehilangan lesen memandu, lesen memandu tamat tempoh, lupa nak renew, atau sekadar rasa takda keperluan lagi nak renew jadi dibiarkan saja? Bila tiba-tiba perlukan lesen, pergi JPJ nak renew dah tak boleh dah. Pasal dah tamat tempoh melebihi 3 tahun?

So, macam mana nak buat? nak biarkan saja ke? Rugi la. dulu ambil lesen bayar mahal tau. paling cikai 8 tahun lepas pun RM1200 untuk lesen manual. Habis tu macam mana? Serupa jugak, kena mula balik dari awal. kena pergi ujian berkomputer balik. betul ke macam tu?

Sebenarnya ada cara yang lebih baik iaitu dengan memohon surat rayuan JPJ untuk kes-kes lesen memandu tamat tempoh melebihi 3 tahun.

Berikut langkah-langkah yang perlu diikuti untuk mendapatkan semula lesen memandu anda…

  1. walk in ke mana-mana cawangan JPJ, ambil no giliran dan tunggu dipanggi. masa dekat kaunter tu nanti, bagitau nak renew lesen tapi lesen dah lama mati. JPJ akan tanya dah berapa lama mati? kalau tak sure cakap je x sure, dan dia akan minta IC untuk check dalam sistem.
  2. lepas dah check JPJ akan beritahu lah dah mati berapa lama dan sejak bila. dan dia bagitau, kalau dah lama sangat ni kena ambil lesen semula.
  3. masa tu kalau korang blah macam tu je, alamatnya memang kena ambil semula lah lesen memandu from zero.
  4. tanya baik-baik, boleh tak saya buat rayuan? dan JPJ akan beritahu, boleh buat rayuan tapi boleh buat dengan pegawai atasan sahaja. dia akan tolong masukkan dalam sistem yang kemudiannya akan di’approve’kan oleh pegawai atasan JPJ.
  5. untuk keluarkan surat rayuan tu, kaunter tu akan tanya lah beberapa soalan. macam interview macam tu. dia akan suruh kita beritahu betul-betul apa masalah kita sehinggakan tak renew lesen bertahun lamanya. alasan lupa tak boleh pakai. sis beritahu sis tak guna kereta sangat duk KL, pun dia tak boleh terima. last-last dia cakap macam ni lah, memandangkan JPJ yang kami pi tu memang terletak sedikit jauh dari bandar, dia letak alasan dalam surat rayuan kami tu sebagai ‘pedalaman’. maksudnya sukar dapat access keluar untuk buat urusan rasmi. ceh, jadi orang aslik pulak kitak. takpa la janji urusan setel.
  6. dah keluarkan surat tu, kena dapat tanda tangan pegawai tapi dia cakap sekarang pegawai bercuti, suruh datang semula minggu depan, bawa surat rayuan, sekeping gambar ukuran passport background putih, dan salinan kad pengenalan. dan dia cakap surat rayuan ni hanya boleh bantu untuk dapatkan lesen L serta merta. bermakna masih perlu buat Test JPJ dekat mana-mana driving school. ok lah tu kan. syukur alhamdulillah dah tak perlu lagi nak ambil semula from zero.
  7. the next day kami pergi semula ke JPJ tapi cawangan lain lah sebab nak jumpa pegawai kan. ambil no giliran, dan kalau dokumen lengkap, dapat lesen L hari tu jugak dia buat depan-depan kita siap laminate semua.
  8. oh ya, hanya sah untuk 60 hari saja jadi dalam masa 60 hari pastikan kita dah pi book slot untuk Test JPJ
  9. langkah seterusnya, bawa surat rayuan, lesen L tu td, salinan ic pergi mana-mana sekolah memandu yang berdekatan dengan rumah
  10. bincang dengan pihak pengurusan sekolah memandu, ceritakan kes anda macam mana duduk ceritanya. dan kami cuma bayar rm450 untuk menduduki semula ujian memandu JPJ untuk kedua-dua lesen motor dan kereta (B2, D). ini tak termasuk nak belajar. kami ambik 2 slot belajar untuk 2 jam just untuk tahu jalan dan ingat-ingat balik proses ujian tu macam mana nanti.
  11. jadi setelah siap semuanya, kalau lulus, kita akan dapat balik lesen P untuk dua tahun dan kemudian boleh dapat lesen penuh dah seperti biasa.

jadi, jangan takut takut nak pi bertanya proses macam mana. setiap perkara ada jalan keluar nya. dah dapat lesen tu nanti jaga baik-baik. nak dapat bukannya senang. banyak tenaga, masa dan wang ringgit yang kena dikorbankan.

semoga ALLAH swt mudahkan urusan ampa semua untuk ambil lesen memandu secara sah. ingat na, sesuah mana pun proses nya, jangan sesekali merasuah atau beli lesen terbang. tak berkat hidup kita nanti.

wallahualam.

33 thoughts on “[Proses] Permohonan Rayuan JPJ Untuk Lesen Memandu Tamat Tempoh Melebihi 3 Tahun

  1. Salam, terima kasih kongsikan tips ni…sy memang tercari2 cara2 nak dapatkan lesen yg dah lama mati..terima kasih sekali lagi..

    Like

    1. Setakat apa yang kami faham orang JPJ tu cakap, macam tu lah..tak pasti lepas 60 hari boleh renew lesen L mcm biasa atau tak boleh. Disebabkan ini special kes , kami taknak amik risiko jadi kami selesaikan dalam masa 60 hari tu dapatkan jugak lesen P. Cepat2 pi daftar utk ujian JPJ. Skip part belajar. Terus book tarikh test.

      Like

    1. Hi,sekolah memandu tu di simpang 4 traffic light bukit lama, balik pulau, penang. Phone number sy tak ambil pula sebab kami berurusan terus di kaunter pejabat mereka.

      Like

  2. Assalamualaikum, boleh bagitahu saya berapa lama permohonan diproses sehingga bejaya selepas borang dihantar?

    Like

    1. Kami berjaya buat semua dr a to z, dlm masa 2 minggu. Xpayah belajar sgt sbb dh pandai kan, cuma amik satu sesi utk hafal jalan, then trus book jpj test. Lps seminggu test, dpt lesen.

      Like

  3. lesen saya sudah tamat tempoh 2013 sampai sekarang 2019 macam mana saya boleh mendapatkan semula

    Like

  4. Tumpang tanya,boleh bagitahu tak mcm mana proses sepanjang ambil ujian praktikal tu. maksud sye mcm ada buat latihan dulu ke,berapa jam,total semua kena bayaran berapa. SampaiLah dah siap ujian jpj tu.

    Liked by 1 person

    1. depends pada kes cik…mcm kami mmg dah pandai bawak kereta jd cuma byr 450 utk test JPJ dan rm200 utk 2 jam latihan sekas\dar utk hafal jalan dan hafal litar, maksudnya kena buat yg mana dulu, flow hari test tu, mcm raptai. itu je lah. selebihnya secara detail mcm point no.10

      Like

    2. Assalamualaikum cik, saya nak tanya lesen saya dah mati so saya kena ambil balik test jpj .. tapi boleh ke saya ambil auto sebab dulu saya ambil manual

      Like

      1. Wassalam, boleh tapi kena ambil pakej auto.rasanya mahal sikit dr manual. Dan kena belajar litar semula sebab auto punya litar tak sama dengan manual

        Like

  5. Tumpang tanya, bayaran cik yang rm450 tu utk lesen memandu kereta + motor ke? Dan total cik kena bayar ialah rm650 betul?

    Terima kasih 🙂

    Like

    1. Rm450 ada lah total utk kedua2nya, motor dan kereta. Kalau fail, mgkin kena bayar lebih lah. Tp itu lah harga nya kita byr utk motor dan kereta utk re-sit ujian jpj. Bagaimanapun, bincang dulu dengan driving school, lain2 tempat mgkin lain budi bicaranya.

      Like

  6. Assalamualaikum sy dah lebih 10 tahun agak2 kalau p JPJ boleh lagi ke buat rayuan?adakah rayuan sy JPJ akan diterima atau sebaliknya.sebab sudah melebihi 10 tahun.kalau disuruh pergi sekolah memandu buat dari zero Kene redha jela p.Jadi mcm budak abis sekolah baru nak amek lesen pakat dok kena gelak Gan budak2.lantak p,terima kasih saudara sebab berkongsi cara bagaimana untuk menyelesaikan masalah bab lesen tamat tempoh ni.. memudahkan masalah seseorang Allah akan memudahkan saudara di akhirat nti..Amin..

    Like

    1. Aaaaminnn..Allahu saudara , jgn malu2, pergi saja buat rayuan..InshaAllah mereka faham..semoga saudara dpt renew balik lesen lama..kerana itu juga satu keperluan dh zaman skrg…..mudah2han berjaya..aaaminn

      Like

  7. Hai saya nak tanya kalau lesen L ni saya punya dah tamat tempoh 2 tahun lebih 1 bulan sahaja, adakah lesen L ni boleh di renew dengan buat rayuan atau kena buat balik semula, saya tak sempat nak renew sebab pkp dan lagi satu saya tak dapat balik dari universiti baru dapat balik😭

    Like

    1. Maaf lambat reply, ya, lebih1 bulan saja dikira tamat tempoh. Kerana sudah tempoh matang 2 tahun telah habis. Selalunya akan kena start semula dr awal iaitu ujian berkomputer, then akan dpt balik lesen L utk tempoh 2 tahun lg

      Like

  8. Salam..sy juga skrg ni sedang hadapi masalah yg sama sejak setahun lepas..pendek cerita dr seblum pendemik covid bermula lg sy sudah mengalami masalah kewangan serius shgga tpaksa tutup bengkel (gulung tikar) & yg paling buruk sy telah tersenarai dlm muflis oleh Jabatn Insolvensi..sgt2 perit dugaan yg sy hadapi,spjg 3thn ini sy bt pelbagai keje utk sara keluarga,sdgkan makan minum kami pon kadang2 xckup,ini kan pula bila jd hal ni..sgt2 kecewa apabila sy maklumkan masalah (masalah kewangan) yg sy hadapi pd Pegawai Jpj,dgn harapan dpt la kembalikan lesen memandu sy smula spt yg normal (boleh renew) die hny jawab kene ikut prosedur mcm biasa,kalau tak de duit suh sy kumpul dlu.lain situasinya klu atat tu utk bdk2 bru hbs skolah,sy suarakan hajat sy cuma untuk sara keluarga dgn ada lesen competan spt sblum ini,paling koman sy nak jd rider penghantar makanan @ pnghantar brg syarikat kurier itu shj..tp phm sndr la birokrasi di Msia,undang2 manusia ni lebih kejam dr undang2 Allah..nak jd rider pon xboleh pakai lesen L.. nak dptkan smula kelas2 lesen sy sblum ni,Bfull+ D + GDL melebihi rm1000..hari ini khamis 18nov 21, shgga saat ini jam 5 ptg,sy dan anak2 masih belum makan tgh hari,duit yg ada da digunakan bt tambang grab car pg td pegi balik ke JPJ PDG JAWA,sy da xtau nak luah kat mana..maaf admin..wsalam.

    Liked by 1 person

    1. MashaAllah tuan, hebat ujian yg dihadapi.. mcm mana kami boleh bantu ya? Kami doakan urusan tuan sekeluarga dipermudahkan lepas ni. Org yg dipilih utk berjaya biasanya di kalangan org2 yg plg hebat ujiannya. Sabar lah ya. Semua ni akan berlalu nanti.

      Liked by 1 person

      1. Assalamualaikum saya nak tanya,macam mana nk buat semakan samada rayuan kita diterima atau tidak ye? Saya pergi JPJ aritu bagitau nak buat rayuan diorang tak terima surat rayuan,diorang yg akan buat kan rayuan online dan print kan semua tu.. saya hanya perlu tunggu selama 14 hari.. sekarang dah 14 hari berlalu saya nak cek semula dalam website jpj samada rayuan saya diterima atau tak… Tapi takde pulak ditulis nya.. saya pilih alasan terlupa..

        Like

    2. Assalamualaikum saya nak tanya,macam mana nk buat semakan samada rayuan kita diterima atau tidak ye? Saya pergi JPJ aritu bagitau nak buat rayuan diorang tak terima surat rayuan,diorang yg akan buat kan rayuan online dan print kan semua tu.. saya hanya perlu tunggu selama 14 hari.. sekarang dah 14 hari berlalu saya nak cek semula dalam website jpj samada rayuan saya diterima atau tak… Tapi takde pulak ditulis nya.. saya pilih alasan terlupa..

      Like

      1. Memang surat rayuan bukan kita yg buat, pegawai sana yg akan buat dan pegawai atasan dorg yg akan sign. Ikut budi bicara kat tmpt tu, selepas dia dgr dr pihak kita. Mcm sy pergi semula ke jpj utk dptkan surat yg dah di sign pegawai atasan tu. Mmg xde check online. Surat tu nnt nk kena bawa pula utk dptkan lesen L sementara utk daftar sekolah memandu. Cuba cik kembali semula ke premis yg cik pergi utk buat rayuan tu

        Like

Leave a reply to misscosmics Cancel reply