Dah Jadi Isteri Orang, Kena Pandai Bawa Diri dan Jaga Nama Baik Suami

man hugging woman near seashore

Sejak lepas kahwin ni, aku jarang update status bertulis pendek atau panjang..Paling hebat pun aku share artikels ja..Kadang idea tu datang..opinion tu ada…tapi bila tulis, padam…tulis lagi..padam…last2 padam..tak post pun

Kalau dulu single, takpa. Ayat2 aku dah la pedas mengundang marah. Kalau dulu orang nak kecam, aku peduli hape…tak jadi kudis pun 😅

Tapi sekarang, setiap bait ayat, aku kena fikir nanti apa pandangan orang kat husband aku, kat family mentua.. kena fikir masyarakat ni peel diorang hampeh… salah individual, depa takut nak tegoq, depa kait la, ini bini sapa, ini anak sapa, menantu sapa.. perangai tel aviv kan?

Bg aku, aku yang loud, jadi you have to deal with me la. Tapi sayang, not in our culture, so….

Aku pun dah kurang la bagi pendapat2 kontroversi. Sedaya upaya aku control ‘mulut’ aku sebelum berkata2..nak ikutkan mulut sebenar aku kurang bercakap, cuma otak aku ligat berfikir itu ini dan menterjemah dalam bentuk penulisan melalui jari jemari..

Jadi aku perlu lebih berhati2 dalam berkata2.. I’m now someone else’s wife 😎

Ada baiknya jugak. Daripada aku jenis sound direct, aku jadi seorang yang kerah otak untuk jadi lebih kreatif dalam pemilihan kata2 supaya tidak menyakitkan hati orang… Semua ada hikmahnya ❤❤ kerana Islam itu indah, dan Allah Maha Indah.

dalam pada itu, aku kongsikan sebuah perkongsian daripada gerbang kebahagiaan. antara tips menjadi isteri solehah. yang mana baik, sila ambil. yang mana buruk, tinggalkan..


“Sentiasalah memelihara diri, keluarga dan kehormatannya”.

Ketika suami keluar bekerja, peliharalah maruah dirimu. Jangan menjemput orang asing ke rumah sesuka hati. Apabila kita berkahwin, kita bukan hanya berkahwin dengan pasangan kita tetapi juga berkahwin dengan keluarganya. Peliharalah maruah diri suami dan keluarganya. Jangan menceritakan aib mereka kepada orang lain.

“Simpankan segala rahsianya dengan baik, jangan kamu sesekali membantah suruhannya kerana ini akan melukakan hatinya”.

Orang perempuan, memang suka bercerita tetapi hati-hati jangan sesekali menceritakan tentang suami kita kepada orang lain. Khuatir ada yang jatuh cinta dengan suami kita pula. Kalau suami kita menyuruh kita melakukan sesuatu, taatilah dia selagi mana permintaannya itu tidak melanggar hukum syarak.

“Andainya suamimu nanti sedang bergembira, janganlah kamu menunjukkan kesedihan pula, tetapi kamu hendaklah pandai menyesuaikan keadaan dan bijak mengikut suasana hatinya”.

Bersama-samalah suami dalam senang dan susah. Jika dia bergembira, anda perlulah menunjukkan anada juga gembira. Dan jika dia bersedih, pujuklah hatinya agar tenang semula supaya dia tahu anda akan selalu bersamanya.

“Kamu hendaklah sentiasa menghiasi dirimu selalu supaya suamimu nanti berasa senang apabila menatap wajahmu”.

Isteri yang baik adalah isteri yang berhias dan bersolek cantik ketika berada di rumah. Bukannya bersolek dan berhias sakan ketika berada di luar rumah. Ada isteri yang kurang prihatin, apabila dia berada di rumah, badan berbau bawang dan rambut kusut-masai. Suami yang penat bekerja, bertambah penat melihat sikap si isteri. Anehnya, bila keluar ke pasar…amboi, cantiknya mengalahkan Miss Universe.

“Jalinkan hubungan dengan suamimu penuh ketaatan, perhatikan tempat menjadi kesenangannya dan jangan sampai dia melihat kepada sesuatu yang buruk atau tercium sesuatu yang busuk” .

Jangan melakukan sesuatu yang tidak disukai oleh suami. Malaikat akan melaknat si isteri sehingga waktu subuh seandai si suami tidur dalam keadaan marah terhadapnya. 

 

Advertisements

2 thoughts on “Dah Jadi Isteri Orang, Kena Pandai Bawa Diri dan Jaga Nama Baik Suami

Add yours

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: