Rentetan Kes Antivax Pro Choice Dr Huda vs Vaccinated Dr. Musa

Dipetik daripada Facebook Dr Sakinah Sulong

Saya puas hati duduk di kerusi depan di studio semalam.

Dan hasilnya, ini rumusan pendek hasil sessi live semalam.

1. Dalam perubatan, hujah mesti ada fakta, bukan persepsi. Dan fakta mestilah disokong berdasarkan kaedah yang hieraki tinggi. Randomised controlled trial, adalah kaedah pembuktian yang paling tinggi.

Bukan testimoni.
Itu yang paling rendah.
Jadi adik-adik Doktor, tolong jangan gunakan testimoni untuk memberi nasihat perubatan.

Dan kajian yang dilakukan mesti reproducible, bermaksud penemuan kajian boleh diulangi dalam kajian-kajian lain selepas itu. Sedangkan dalam kajian Andrew Wakefield berkenaan vaksin dan autism, ia tidak pernah dibuktikan oleh mana-mana kajian berimpak tinggi selepas itu. Maksudnya kajian Andrew Wakefield diragui hasilnya!

2. Vaccine saves live. Manafaat lebih tinggi daripada risiko AEFI.
Contoh, vaksin influenza boleh melindungi daripada flu, dan salah satu side-effectnya ialah Gullain Barre Syndrome iaitu 1 dalam sejuta.
Tapi sekiranya tidak divaksin dan dijangkiti influenza, risiko untuk mendapat Gullain Barre Syndrome adalah 17 kali ganda! Akal yang waras pasti nampak angka 17 tu jauh lebih bahaya, bukan begitu?
Dan kena ingat, penyakit-penyakit yang dicegah oleh vaksin ini mampu membunuh, bukan penyakit yang kita nak tengok pada anak-anak kita.

3. Kaedah untuk menjaga imuniti dengan pemakanan, pendedahan cahaya matahari, bersenam, elakkan stress, itu semua tidak sesuai disarankan untuk bayi. Bermakna, pilihlah kaedah perlindungan yang bersesuaian.
Vaksin lah dan berikanlah susu badan.

4. Bagi ibubapa yang risau dengan AEFI, memang jadi kewajiban untuk monitor bayi dan pergi kembali ke klinik sekiranya bayi ada masalah. Perawat kesihatan sila nilai keadaan bayi dan buat laporan kepada NPRA untuk tujuan dokumentasi. Ibubapa sendiri pun boleh membuat aduan tersebut di atas talian. Sekiranya AEFI itu serius, sila rujuk GPFVK.
(GPFVK adalah Garis Panduan untuk perawat bagaimana untuk mengendalikan AEFI)

5. Jangan sempitkan pandangan dengan terlalu fokus kepada AEFI hingga lupa manafaat vaksin. Kerana gerak hati bukanlah satu kaedah yang baik untuk kita menilai satu keputusan yang penting sebegini.
Kerana takut dan kembali kepada Tuhan (khauf wa raj’i) kita berusaha mengikut pengetahuan sahih yang ada dan kita bertawakal. Bukan bila ambil vaksin, bermaksud kita tak bertawakal.
Ikatlah tali unta, kerana itu tanda kita bertawakal.

6. Dato Dr Musa memang awesome!
Memang layak dia duduk di kerusi tersebut malam tadi. Semoga ada ibubapa yang terjentik hatinya untuk memvaksinkan anak selepas ini. Jangan takut, sila ke klinik kesihatan atau klinik swasta terdekat untuk catch-up immunisation.
I don’t think you parents still adamant taking risk of ur kids’ lives after listening to Dato Dr Musa last night, right?

7. Kalau ada lagi golongan ‘pro-choice’ uhuk, antivaksin yang cakap berdegar-degar di FB ni, saya cadangkan orang itu pula yang akan dijemput oleh TV Al Hijrah lepas ni. Mungkin itu saja caranya kita boleh senyapkan mereka.
Ada ke yang berani nak tampil?

Kudos to the producer, the host and the 2 panelis, nevertheless.

Dr Sakinah Sulong,
Pakar Perubatan Keluarga,
KKM

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: